Sunday, February 9, 2014


PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim anggap apabila memenangi PRK Kajang yang bakal berlangsung itu, ia akan memperkuatkan kedudukan beliau dalam perjalanan yang berliku ke Putrajaya, cita-cita yang tidak pernah padam dalam jiwa beliau sejak dahulu lagi.

Perjalanan beliau ke Putrajaya yang sudah hampir ke garis penamat, tetapi telah tersekat oleh kerana disekat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998 dahulu.

Beliau dipecat dari parti dan jawatan beliau pada 2 September 1998 oleh bos beliau sendiri.

Sekarang Anwar terpaksa kembali ke garisan permulaan semula dan tidak siapa tahu sama ada beliau akan berjaya atau akan gagal ke Pejabat Perdana Menteri, pejabat idaman beliau itu.

Beliau tahu jika beliau duduk dalam pejabat itu beliau akan mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri, jawatan yang boleh memenjarakan atau melepaskan sesiapa dari penjara kepada sesiapa yang beliau suka.

Jawatan PM Malaysia itu lebih hebat dari kuasa yang ada kepada Presiden Amerika Syarikat (AS).

Apabila sudah berada di sana beliau boleh membalas kembali tindakan oleh sesiapa yang beliau anggap telah membantut usaha beliau untuk ke mercu kuasa suatu ketika dahulu.

Beliau telah melakukan banyak perkara dan kaedah untuk menuju ke puncak idaman beliau itu dan yang terakhir ini ialah untuk duduk dalam Dun Selangor dan jika diperkenankan Tuanku Sultan beliau mahu menjadi menteri besar negeri terkaya ini.

Tindakan beliau untuk mendapatkan kemahuan beliau itu tidaklah tindakan yang salah. Hidup hanya sekali, dan menjadi Perdana Menteri itu juga adalah sekali, melainkan ada beberapa tokoh di dunia yang menjadi PM lebih dari sekali.

Dari segi demokrasinya sememangnya tidak ada langsung kesalahan beliau bertindak meminta seorang Adun Kajang itu turun untuk memberikan laluan untuk beliau menawarkan diri untuk mewakili kawasan itu. Undang-undang pun tidak mencegah beliau mengambil tindakan itu.

Tetapi dalam politik selalunya orang tidak hanya bersandar kepada undang-undang sahaja.

Dalam demokrasi ada elemen moralnya juga dan ia perlu diambil kira kerana yang hendak ditadbir oleh demokrasi itu adalah manusia, kejadian Tuhan yang tidak statik. 

Manusia bukan sebagai makhluk yang lain seperti batu yang besar yang susah untuk dianjak dan dialih.

Manusia tidak seperti haiwan yang boleh dikurung dan disembelih dan dijadikan masakan dan hidangan yang enak-enak dan juga tidak boleh dianggap sebagai angin dan membiarkan sahaja ia berlalu tanpa diambil perhatian. Hanya jika dipandang dari sudut moralnya tindakan Anwar itu boleh dipersoalkan kerana kawasan itu baru juga menghadapi PRU seperti juga kawasan-kawasan lain pada Mei tahun lepas.

Ia terjadi semata-mata kerana kemahuan Anwar yang digalakkan oleh beberapa orang pemimpin di dalam PKR yang agak bercita-cita tinggi sambil mengaku yang beliaulah yang bertanggungjawab menyebabkan Anwar bertindak demikian.

Dalam usaha melaksanakan apa yang dikatakan strategi jalanan ke Putrajaya Anwar itu ia telah mengusik dan meluluhkan perasaan beberapa orang pemimpin yang lain dalam parti itu.

Ia juga telah mengusik dan memilukan pimpinan sebuah parti yang lain dalam pakatan itu.

Segala yang baik sudah dianggap buruk. Di mana-mana pujian kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang menteri besar yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam memberikan pentadbiran yang bersih dan berjaya, telah dianggap sebagai buruk sebaik sahaja Anwar mengumumkan bertanding di Kajang dan mempunyai kecenderungan untuk menurunkan Khalid dan jawatan MB itu diambil alih oleh Ketua Pembangkang itu. Ada sahaja kesalahan Khalid sekarang ini.

Sekarang ini berbagai-bagai alasan sedang dikilang oleh mereka dalam PKR itu sendiri untuk memberikan keyakinan ramai yang Khalid sudah tidak berguna lagi dan cara penyelesaiannya ialah dengan Anwar sendiri mengambil alih jawatan itu untuk mendiamkan mana-mana pihak yang mengidamkan jawatan MB itu termasuk Azmin Ali sendiri.

Bagi Azmin agaknya ini tentulah jalan terbaik baginya kerana beliau tidak mahu Abdul Khalid berada di kerusi MB itu berterusan.

Beliau boleh menerima Anwar duduk ditempat itu dari melihat Abdul Khalid yang beliau tidak sebulu sejak dari dulu lagi terus menduduki jawatan MB itu.

Anwar mengambil kesempatan ini secara ‘expedient’ dan ia menepati strategi beliau hendak melangkah ke Putrajaya nanti.

Itu matlamat beliau dan itu ‘ultimate’ bagi beliau. Sama ada cita-cita beliau itu berjaya di perolehi, itu terpulanglah kepada Maha Penentu, kerana seseorang itu boleh merancang, Maha Penentu juga yang akan meletakkan siapa di tempat idaman banyak pemimpin itu.

Banyak faktor penting perlu diingati oleh Anwar dan PKR dalam perjalanan ke Putrajaya itu. Sumber

4 comments:

Anonymous said...

Jika benar Anuar akan menjadi MB Selangor maka saya dahului dengan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Selangor. Sungguh memalukan bilamana seorang yang pernah mejawat jawatan Timbalan Perdana Menteri sanggup untuk menjawat jawatan selaku MB sebuah negeri. Ini lah hakikat orang politik diMalaysia. Tidak bermaruah moral den etika selaku seorang insan. Apa yang mereka ingin hanya jawatan dan kuasa.

Anonymous said...

agaknya anwar tertarik dengan gaji baru MB selangor!
gaji MB selangor kan lebih tinggi dari gaji PM.

Anonymous said...

..boring.. tak payah guna "beliau" la.. cukup sekadar panggil lahanat sekoq ni aljuburi.. bekas banduan yg kjaan jepun dihalau seperti anjeng kurap.. hehe.. taqbir !.. laung mat sabu barua aljuburi..

vipmaster power said...

Rahsia Pancutkan Isteri Terbongkar !!
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !! >>> http://mantopbro.blogspot.com

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.