Friday, February 28, 2014


Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun.

Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap. 

"Rakyat akan rasa lega kerana projek ini akan berjalan tanpa terganggu dan kita harap projek ini dapat siap mengikut jadual agar sumber air dari Pahang akan mengalir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Anwar boleh menghentikan projek Langat 2 sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini dan menjadi Menteri Besar Selangor. 

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun. 

Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU itu di Putarajaya dan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Mengulas kenyataan Anwar seperti dilaporkan portal berita bahawa beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak tahu menahu mengenai perjanjian MoU itu, Muhyiddin berkata ia adalah satu perkara luarbiasa memandangkan Anwar adalah penasihat ekonomi kerajaan Selangor. 

"Anwar tidak tahu menunjukkan beliau tidak memberikan nasihat dan hanya mahu 'nama' dan langsung tidak memberi perhatian (masalah air Selangor). 

"Dia (Anwar) sebagai penasihat ekonomi patut ambil langkah menyelesaikan masalah air, dalam soal begini nyata beliau tak ada sumbangan," katanya. - BERNAMA

2 comments:

Critiz said...

Jom ke sini pulak gambar bogel melayu www.jawko.com
Awek bogel on Twitter

Anonymous said...

Ada juga orang yang tahu menulis tapi tak faham apa yang dia tulis. Jahil sangatlah kalau tak tahu nak bezakan maksud MOU vs MOA. Besar "kemaluan" weh.......

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.