Tuesday, February 11, 2014



Wow..hebat betul Anwar dan macai-macainya spin cerita..Bermula daripada hari Anwar dihalang memasuki ke Jepun sehinggalah ke semalam apabila wakil dari Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu datang ke Malaysia untuk memohon maaf di atas insiden yang berlaku di lapangan terbang Jepun..

Kalau mengikut berita yang dilaporkan oleh MStar..

Menurut Anwar, beliau dijelaskan bahawa insiden itu berpunca daripada 'masalah teknikal kecil'.
"Masalah teknikal kecil" wakil dari Yayasan tu kata?? Apa yang wakil tu tak tahu ialah habis satu Malaysia dipersalahkan Anwar kerana tak dapat masuk Jepun..Siap dengan DEMO PIJAK dan BAKAR bendera Jepun lagi..

Bukan itu sahaja..macai-macai Anwar siap ajak rakyat Malaysia untuk BOIKOT BARANGAN JEPUN lagi dan mengutuk Kerajaan Malaysia kerana Wisma Putra yang menjadi punca Anwar dihalau dari Jepun..

Padahal kesalahan ini berpunca dari Yayasan itu sendiri yang terlupa nak iystihar Anwar merupakan bekas penjenayah dan memerlukan VISA dan kebenaran khas untuk masuk ke Jepun...


Kiranya dari hari pertama lagi Anwar sudah berbohong kepada rakyat Malaysia dan menimbulkan persepsi yang negatif terhadap Kerajaan Malaysia apabila dia dihalang di Lapangan Terbang untuk memasuki Jepun dan dihalau pulang ke Malaysia menaiki pesawat seterusnya ke Malaysia..

Tidak cukup dengan itu, sekembalinya Anwar ke Malaysia.. macai-macai Anwar ini pula buat hal..berdemo pula dihadapan kedutaan Jepun.. siap bakar dan pijak lagi bendera Jepun..BUKANKAH TINDAKAN INI MEMALUKAN MALAYSIA DAN MENYUSAHKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI JEPUN??..Tapi Akhirnya Kepala Bangang yang anjur Demo tersebut terpaksa minta maaf.. Yang menariknya bukan minta maaf pada kerajaan Jepun tetapi kepada pengawal keselamatan yang menjaga kedutaan Jepun...Tak ke bodoh??

Dan hari ini sekali lagi macai-macai Anwar KANTOI LAGI cuba untuk menutup kemaluan Anwar dengan berbohong pada rakyat menerusi media sosial dengan menyebarkan berita kononnya kerajaan Jepun telah menghantar wakilnya ke Malaysia untuk meminta maaf pada Anwar...


Padahal bukan wakil dari Kerajaan Jepun tetapi hanyalah wakil dari Yayasan yang telah membuat kesilapan teknikal kecil yang menyebabkan Anwar dihalang memasuki Jepun..


Untuk cover malu Anwar punya pasal, Yayasan tersebut telah menjemput sekali lagi Anwar ke Jepun untuk menjadi panel bagi forum ‘Democracy in Muslim World’ ..Entah ye..entah tidak..Bukan ke Forum tu dan berlangsung hari tu..??

Yayasan Jepun tu dan minta maaf dengan Anwar dan Anwar pun dah maafkan kerajaan Jepun..
Anwar accepted the invitation and said he “forgives” Japan for the incident. Immigration officials at Narita Airport had refused him entry to the country on Jan 19 because of his prior conviction.
Apahal pula dia nak maafkan kerajaan Jepun..Setahu EP kerajaan Jepun lansung tak bersalah dan tak ada kena mengena dalam ini cerita kerana Anwar nak masuk Jepun tak ikut prosedur yang telah ditetapkan..Yang patut Anwar maafkan ialah Yayasan tersebut kerana Yayasan tu yang minta maaf dan bersalah dalam hal ini..

TAPI APA YANG RAKYAT MALAYSIA TAK PERASAN...SUDAHKAN ANWAR MEMINTA MAAF PADA KERAJAAN MALAYSIA, WISMA PUTRA DAN KERAJAAN JEPUN DIATAS PERBUATANNYA YANG MENUDUH MELULU DAN MENGHASUT RAKYAT UNTUK MEMBENCI DAN BERDEMO TANPA MENDENGAR PENJELASAN DARIPADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK??

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menerima jemputan semula untuk ke Jepun pada 26 Februari ini. 
Menurut Anwar, beliau turut diberi jaminan bahawa insiden dihalang daripada memasuki Jepun tidak akan berulang. 
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu yang datang ke Malaysia untuk memohon maaf di atas insiden sebelum ini di sini, Isnin. 
"Saya menghargai kedatangan Jiro ke Malaysia. Selepas mendengar penjelasan beliau, saya terima permohonan maaf itu. 
"Saya juga menerima undangan beliau untuk ke Jepun semula pada 26 Februari ini selepas diberi jaminan bahawa insiden saya dihalau tidak akan berlaku lagi," katanya. 
Menurut Anwar, beliau dijelaskan bahawa insiden itu berpunca daripada 'masalah teknikal kecil'. 
"Saya tidak mahu memikirkan insiden (dihalang) itu lagi. Jemputan kali ini sudah diuruskan dengan baik," katanya. 
Pada 19 Januari lalu, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.
Beliau sebelum ini mendakwa tindakan itu didalangi oleh Wisma Putra. 
Namun ketika ditanya bagaimana dengan kenyataannya sebelum ini yang mengaitkan pihak tertentu, beliau sekadar berkata: "Itu perkara lepas, saya mahu lupakan." 
Anwar sebelum ini menerima jemputan peribadi oleh Yoyei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam. Sumber

3 comments:

Anonymous said...

SUKA HATI ANWAR NAK MINTA MAAF ATAU TIDAK. YANG KO SAKIT HATI KENAPA

ajai62 said...

Assalam Bro

Ini masalah orang bodoh bekas banduan yang tak reti nak mohon VISA untuk masuk ke Negara Jepun... Dia kena ingat dia siapa??????

Anonymous said...

jgn suka hati tabur fitnah, nanti makan bangkai saudara sendiri diakhirat. cakap benda yg baik sudah. baik pembangkang, baik kerajaan. Allah ada, Dia tahu semuanya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.