Tuesday, January 21, 2014


Inilah realiti sebenar apabila kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang sejak 2008. Satu persatu peniaga kecil yang melibatkan orang Melayu ditindas dan diusir. Kalau awal bulan Januari yang lalu peniaga kecil di kawasan Bayan Lepas menjadi mangsa, kini tiba pula giliran peniaga kecil di Jalan Hassan Abbas,Teluk Bahang, Balik Pulau.


Apa yang menyedihkan jika kita lihat gambar di atas..kita sesama Melayu terpaksa bergaduh sesama sendiri untuk mempertahankan hak masing-masing...peniaga terpaksa mempertahankan gerai mereka daripada diroboh manakala pegawai dan pekerja MPPP terpaksa melaksanakan tanggungjawab seperti yang diarahkan sedangkan arahan dikeluarkan oleh bangsa lain..

Manakala peniaga-peniaga kecil cina pula semakin senang lenang berniaga tanpa diganggu oleh mana-mana pihak..Ada diantara mereka siap diberi bantuan infrastruktur lagi oleh kerajaan negeri untuk memudahkan mereka..Adakah ini adil??


Seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera di kepala dan leher dipercayai akibat dikasari ketika sekumpulan peniaga dan penduduk kampung Teluk Bahang menghalang tindakan pihak berkuasa meroboh gerai mereka, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lebih 80 penduduk kampung berhampiran dan pemilik gerai menghalang anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) masuk ke kawasan mereka.

Pihak MPPP hadir diiringi pihak polis, dengan dua lori, dua van dan sebuah jentolak untuk meroboh gerai-gerai berhampiran pintu masuk ke Taman Negara Teluk Bahang.


Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Lai Fah Hin yang mengesahkan kjadian, berkata ketika perbincangan dengan polis seorang lelaki dipercayai melepaskan tumbukan ke arah kepala pegawai berkenaan.

"Siasatan awal juga mendapati dua individu cuba menumbuk dan mencekik mangsa tetapi berjaya dihalang oleh polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kes itu diklasifikasi mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian leher dan kepala dan polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis terpaksa menasihatkan pihak MPPP meninggalkan kawasan itu.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga Kecil Teluk Bahang Mohd Redza Zainal Abidin berkata MPPP di bawah kerajaan pimpinan DAP tidak seharusnya menghancurkan mata pencarian kira-kira 50 peniaga di sini.

"Kami telah berniaga di sini lebih 30 tahun dan kerajaan negeri seharusnya berbincang dengan kami sebelum mengambil tindakan meroboh gerai kerana ini mata pencarian kami," katanya yang menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah itu. - Bernama



video

10 comments:

Yb Raz said...

DAP amalkan dasar pecah dan perintah. Sama seperti British. Tujuannya nak lemahkan kuasa orang orang melayu terutama dalam bidang ekonomi. Robohkan penempatan orang melayu untuk pecahkan undi dan sokongan melayu disesuatu kawasan.

Tapi malang orang melayu masih tak sedar. Yang penguatkuasa itupun sama jadi talibarut cina. Jadi barua cina. Orang melayu dah terjajah lebih 400 tahun. Dan selepas ini orang melayu akan dijajah lagi. Kali ini oleh cina pula.

Anonymous said...

Dap jahat....Umno lagi jahat

Anonymous said...

umno kangkong lagi kongkang

Anonymous said...

yang tak puas hati tentu puak puak kangkong

Anonymous said...

Ini semua hasil perjuangan pas dan pkr..tahniah.

kingkong said...

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id

Anonymous said...

ye pada ko umno jahat, sedangkan selama hidup ko tu kalu ko melayu atas jasa umno, apa dap dah bagi kat ko tu. sedor le. org bodoh belajor dari kesilapan diri sendiri, org pandai ambik iktibar dari kesilapan org, nak bukti ape lagi. telepas singapore tak mungkin dapat balik, abis tu penang tu pun dah payah nak dapat balik, dah payah. ni yg lain nak tegadai lagi ke. sejahat umno pun masih ramai org melayu bejaya, dap tu, siap muslimah bagi alquran konon khalifah umar abd aziz, org bodoh aje yg befikir cam tu. bodoh muslimah pas tu bodoh.

Anonymous said...

Gua tak akan sedih dan hairan dengan tindakan DAP terhadap orang melayu. Dah lama gua tahu niat mereka. Hanya pencacai yang dungu je yang tak paham-paham. Maka terima lah nasib malang yang bakal menimpa di P. Pinang. Jangan salahkan UMNO.

Anonymous said...

Puak Kangkang PAS je yg sokong DAP..
jd balaci seumur hidup PAS.. londeh dah pasal hudud ke nagara Isle ka.. kalimah Allah pun sokong gereja sama2..apa kah bab gerai Melayu PAS nk tolong..sorrylah.. lepas tu anjing2 macai nk kaitkan dgn UMNO pulak..mmg bangsa laknat lah PR nih.. Jepun xhingin Nuar pun salah UMNO.. bahlol lah macai!

Anonymous said...

I agree with you....melayu mudah lupe...sedih tgk melayu skrg....hanye org yg paham sejarah akan paham yg sebenarnye..tp x ramai yg paham.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.