Monday, January 27, 2014



Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian negara kita kerana mempunyai rekod baik daripada perspektif pembangunan ekonomi. Pembangunan sektor Industri dan pertumbuhan prasarana serta penggalakan pelaburan yang intensif membolehkan ekonomi kita tumbuh pesat dalam tempoh 20 tahun. Jumlah dagangan Malaysia yang besar telah menjadikannya antara negara pengeksport dan pengimport utama dunia... 

Walau bagaimanapun cara aktiviti ekonomi dikawal di negara ini masih bermasalah dalam hal tertentu terutama pengawalan aktiviti peniaga yang boleh menggagalkan fungsi pasaran. Kita sering mendengar keluhan rakyat dan rasa tidak puas hati kerana sejak kebelakangan ini harga barangan keperluan naik mendadak tanpa alasan kukuh... 

Kalau dulu alasan seperti kekurangan dan kehabisan bekalan barang sering kedengaran walaupun kita tahu jumlah pengeluaran domestik adalah besar tetapi kini harga barangan dinaikkan sesukahati tanpa sebarang alasan yang kukuh. Maka keperluan pemantauan dalam persaingan perniagaan di Malaysia menjadi satu isu yang sangat relevan.

Bagi mengatasi masalah kenaikan harga barangan yang tidak terkawai ini , pihak kerajaan telah menubuhkan sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi memastikan isu ini dapat diatasi segera..EP yakin ramai rakyat Malaysia tidak sedar tentang kewujudan suruhanjaya ini dan apakah fungsi suruhanjaya ini ditubuhkan??...

The Malaysia Competition Commission (MyCC)
is an independent body established under the Competition Commission Act 2010 to enforce the Competition Act 2010. Its main role is to protect the competitive process for the benefit of businesses, consumers and the economy.
       Commission's Main Functions
The Competition Commission Act 2010 empowers the Malaysia Competition Commission (MyCC) to carry out functions such as implement and enforce the provisions of the Competition Act 2010, issue guidelines in relation to the implementation and enforcement of the competition laws, act as advocate for competition matters; carry out general studies in relation to issues connected with competition in the Malaysian economy or particular sectors of the Malaysian economy; inform and educate the public regarding the ways in which competition may benefit consumers in, and the economy of, Malaysia.
EP ingin berterima kasih pada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Saudara Khairul Azwan kerana membangkitkan tentang penubuhan suruhanjaya ini ke pengetahuan umum didalam tweetnya pada 22 Januari yang lalu..

Didalam kenyataannya, Khairul Azwan menyatakan MyCC berperanan untuk membantu kerajaan dalam menangani manipulasi harga oleh orang tengah yang mendominasi rangkaian bekalan (supply chain).

"Masalah manipulasi harga timbul apabila segelintir orang tengah yang bergerak seperti sebuah kartel mengawal bekalan barang menyebabkan harga barang menjadi tidak menentu," jelas beliau lagi. 
"Apabila bekalan, harga dan kualiti barang menjadi tidak menentu ia secara tidak langsung akan mempengaruhi kenaikan harga barang di pasaran pengguna akhir (end customer market)." 


"Maka peniaga yang tiada pilihan terpaksa membeli stok dari orang tengah yang bergerak secara kartel dan mendominasi rantaian bekalan akan menjadi terdesak dan terpaksa menaikkan harga barang." 

Tambah Khairul Azwan lagi, dari semua sebab itu maka pengguna akhir iaitu rakyat yang terpaksa menanggung beban di atas manipulasi oleh orang tengah.

"MyCC perlu bertindak sebagai agen anti-monopoli oleh syarikat-syarikat dalam rantaian bekalan bagi mengelakkan dominasi orang tengah yang bergerak secara kartel," kata Khairul Azwan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Kita sebagai rakyat Malaysia dan pengguna akhir patut menyokong usaha yang cuba dibangkitkan oleh Khairul Azwan ini kerana bekalan atau harga sesuatu barang dalam pasaran akan lebih terjamin jika MyCC memainkan peranannya dengan baik. 

Garis panduan persaingan yang ditetapkan dan pemantauan yang dilakukan oleh MyCC dapat merangsang akauntabiliti, ketelusan dan penyertaan dalam pasaran seterusnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.