Thursday, January 16, 2014


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri mengutuk sekeras kerasnya perbuatan biadap dan ‘kurang ajar’ sekumpulan kecil penyokong PKR yang dikelolakan oleh ADUN PKR Machang bubuk. 

Sikap biadap kumpulan ini yang telah menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika YAB Perdana Menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah dan tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup.

Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita.
 
Jika mereka ini bertanggungjawab, seharusnya mereka ini berganding bahu dengan Kerajaan untuk mencari punca kenaikan ini dengan melihat ‘supply chain’ khususnya kegiatan ‘orang tengah’ yang memonopolikan barang keperluan seharian. 

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung ini dalam semua saluran media.

Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak katikkan. 


Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin memberi amaran dan pilihan kepada PKR Machang Bubuk untuk tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO jika masih berdegil!!!!! 

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

3 comments:

Anonymous said...

Puak DAP sukalah sbb kangkung salah satu bahan utk Yong Tau Fu,makanan kegemaran mereka

ipohmarley said...

HAHAHA!!!LAGI SEMBANG LEBIH!!CINA XPAYAH BG AMARAN!!PEMUDA UMNO LIBERAL MALAYSIA PENGECUT DAN BACUL!!SEMBANG JE LEBIH HABUK PN XDA!!!TGK PEMUDA UMNO SELANGOR BG AMARAN PADA WEE KA SIONG??ADA DIA MINTA MAAF!!SELAGI KETUA PEMUDA UMNO ADALAH BARUA PMBANGKANG SELAGI TU LA PEMUDA UMNO JADI TIKUS!!BAIK HAMPA LETAK JAWATAN LA!!MELAYU DAH KENA LUNYAI HAMPA SIBUK DGN PROJEK DAN POMPUAN!!!FUCK U PEMUDA UMNO LIBERAL MALAYSIA!!!

Anonymous said...

Ipohmarley jaga mulut bro!!!!!!!!! Belajar hormat orang

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.