Tuesday, January 28, 2014

Menarik apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Ridhuan Tee..Dimana letaknya maruah kita sebagai orang Melayu dan Islam??Ada sesiapa yang berani jawab??..


MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.


Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Jawapan EP mudah je..tahap kesabaran orang Melayu dan Islam di Malaysia ni sangat-sangat tinggi..mungkin mencapai tahap infiniti...

4 comments:

Anonymous said...

ASSALAM..

sebagai ahli UMNO.. saya amat terguris dengan apa yg berlaku..

saya x salahkan peguam haramjadah tu.. namanya pun peguam.. always spin.. over n over.. utk cari sesuap nasi !!

saya lebih terguris apabila umno setuju dengan cadangan peguam haramjadah tu...
tengok muka tengku adnan pun, saya dah rsa nak boh penerajang !!

arwah bapa saya.. seluruh keluarga saya yg tinggal di kampung.. di daerah pendang.. mukim ayer putih..
di kelilingi org2 Pas... tapi kami tetap kibar bendera umno bila tiba pilihanraya.. kami bangga jadi sebahagian ahli umno.. tunjang pemerintah yang pastinya diberkati Allah dalam membawa keamanan dan kemakmuran di tanah air ini..

TAPI PADA HARI NI... SAYA DAN KELUARGA TELAH DIKHIANATI OLEH PEMIMPIN UMNO SENDIRI.. INSYA ALLAH.. TIADA LAGI BENDERA UMNO DI RUMAH KAMI.. DAN TIADA LAGI UNDI DARI KAMI !! LEBIH BAIK DARI KALAH DALAM PRU DARI JUAL MARUAH BEGITU SAJA !!

untuk undi PAS, terasa menjual agama..
untuk undi PKR.. terasa menjual bontot..

ELOKLAH KAMI DI RUMAH SAJA

Betullah cakap2 orang bisnes sekarang

Mahathir should stay another years..
zaman paklah, habih rosak..
datang najib, hancur terus !!!

Anonymous said...

Machamana kita Ahli Umno mula baling telor tembelang kat muka Najib dan Muhyiddin bila ada apa apa program nanti...

Nak bagi dia orang Sedar Balik...itu saja...

Ini bukan Jenayah sebab ada SEBAB..

Anonymous said...

Best oi..padan muka Najib dan Muhyiddin..kerana tak pertahankan Islam...

kamarul - kuantan said...

Orang Islam perlu "double offensive" menangani sikap biadap yang saban hari makin berleluasa. HUKUM dulu baru bincang.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.