Wednesday, January 29, 2014

Keputusan yang dibuat oleh Lee Chin Chen ADUN PKR untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh merupakan satu tindakan yang memalukan dan telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat terhadapnya.. 

Walaupun alasan yang diberikan oleh ADUN ini adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor..tetapi umum tahu pengosongan kerusi ini dibuat semata-mata hendak memberi laluan pada Anwar Ibrahim untuk bertanding..

Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, YB Dato' Seri Reezal Merican turut memberi beberapa pandangannya yang menarik berhubung isu perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba menerusi laman Facebooknya (KLIK SINI)


Kenyataan Dato' Seri Reezal Merican mengenai perletakan jawatan ADUN Kajang.. 

Pertamanya, saya ingin mengucapkan 'takziah' kepada mantan ADUN Kajang, kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar, semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari 'luar Selangor' untuk bertanding di kawasan tersebut.

2. Dalam pengumuman keputusan sebentar tadi, beberapa kali Anwar mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak 'khidmat cemerlang' PKR Selangor selama ini. Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha 'melonjak' ego politik Anwar semata-mata.

3. Ahli PKR, rakyat Selangor, pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik penting diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat.

4. Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kepada seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman. 

5. Secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang. 

6. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir.

Secara peribadinya EP rasa SPR kena gubal semula undang-undang pilihanraya yang sedia ada kerana insiden perletak jawatan Ahli Parlimen atau ADUN semata mata nak bagi laluan pada calon lain bukannya baru sekali berlaku. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini hanya akan membazirkan wang dan tenaga rakyat tanpa sebab yang munasabah..

1 comments:

Anonymous said...

Ini lah masalahnya pemimpin Umno...macham Si sial Reezal ni...

Personal positioning ! Tunjuk pandai chakap dah tu chakap banyak Tunjuk Pandai...keluar blog..so what?

Your son of bitch words Can't shut up the BUGHAHs and the infidels..

bodoh punya Reezal...ACTION and not WORDS !

Tu la geng umno banyak makan wang/ pendapatan yang SHUBHAH..mewah kerana Power Abuse...


Akhirnya LOST dalam Speeches and write ups !

We DONT want to hear talks and long speeches..

We want action la hoi Pemimpin Umno yang BODOH ...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.