Thursday, January 16, 2014


Kadang-kadang EP terfikir juga kenapa Demo untuk menghina Perdana Menteri dibuat di cerok penjuru Pulau Pinang iaitu di Macang Bubuk?? Kenapa mereka tidak lakukan di bandar seperti Seberang Prai ataupun Tanjung..kerana secara logiknya jika dibuat di bandar seperti Seberang Prai atau Tanjung lebih ramai orang yang membenci kerajaan dapat menyertai demo tersebut..Bukankah itu objektif sesebuah demo dianjurkan?? Untuk mendapat penyertaan yang ramai...


Tetapi jika dikaji balik...Inilah kehebatan Ketua Menteri Pulau Pinang..Bijak menyusun segala strategi kotor...Kenapa di Machang Bubuk bukan di kawasan pekan atau bandar...Ini kerana kebanyakan kawasan pekan di Pulau Pinang dikuasai oleh DAP dan sudah pasti Guan Eng ingin menjaga imej DAP supaya bersih sebagai pemerintah negeri..

Dan yang lebih penting, apa juga perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu di Pulau Pinang diletakkan diatas kepala PKR dan PAS sebagai kambing hitam kerana bagi DAP undi orang Melayu pada DAP sangat berharga untuk mengekalkan kekuasaannya di Pulau Pinang...Bodohkan PKR dan PAS di Pulau Pinang??..tapi bagi EP orang Melayu yang undi DAP lagi bodoh...


Kankung..kankung juga..tapi rakyat Machang Bubuk jangan lupa janji Kerajaan Negeri dan Adun PKR pada rakyat Machang Bubuk.. Apa sudah jadi dengan Projek Tambatan Banjir di Machang Bubuk.. EP difahamkan kerajaan negeri sudah membelanjakan jutaan ringgit duit rakyat untuk mengatasai masalah banjir di Machang Bubuk..Ini tak termasuk duit dari Kerajaan Persekutuan yang diserahkan pada kerajaan negeri.

Mengikut laporan akhbar Sinar Harian yang bertarikh 2 November 2012 (KLIK SINI ) Kerajaan negeri sudah membelanjakan hampir RM7 juta untuk mengatasi masalah di Machang Bubuk..
Hock Seng berkata, kos projek tebatan banjir yang dijalankan di sini dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sendiri.
“Kami keluarkan peruntukan sendiri untuk melaksanakan projek tebatan banjir. Sehingga kini, kami sudah peruntukkan RM6.5 juta untuk menjalankan sistem perparitan dan lencongan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Machang Bubuk dan Alma,” katanya.
Antara projek menaik taraf yang dijalankan bagi mengurangkan risiko banjir di Machang Bubuk ialah di Taman Remia, Jalan Seladang dan Taman Sejahtera.
Selain itu, satu lagi projek tebatan banjir bakal dijalankan di Kampung Tok Konam dengan peruntukan RM200,000.
Adakah masalah banjir di Machang Bubuk sudah selesai ATAU berkurangan?? Apa yang EP tahu pada Oktober (KLIK SINI), Disember 2013 (KLIK SINI), Machang bubuk sering dilanda banjir kilat ..malah banjir tersebut direkodkan paling buruk sejak 2007...




Kemana hilangnya RM7 juta duit rakyat yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan Projek Tambatan Banjir di Machang Bubuk??

Jom kita soal YB bodoh ni...Buat kerja tak berfaedah pandai tetapi tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kawasan gagal...Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang rakyat mahukan??


1 comments:

Anonymous said...

kalau pilih BN lagi bodoh


Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.