Monday, October 28, 2013

Hari ni satu Malaysia kecoh apabila akhbar Sinar Harian berjaya kantoikan penipuan tak ingat PAS terhadap pengundi di Dun Sg Limau. 

Cubaan PAS untuk memperdayakan pengundi di kawasan tersebut terkantoi apabila sekeping gambar yang dimuatkan dalam risalah-risalah kempen PAS untuk menunjukkan kemesraan diantara calon PAS dengan Arwah Ustaz Azizan ternyata palsu dan bukan gambar sebenar.


Gambar asal memaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim bersama Ketua Biro Utara, Mohd Idros Mohd Ali bertemu Azizan di pejabatnya pada 25 Mei 2011.

Namun, gambar Muhamad Mat Yakim diganti dengan gambar calon PAS Mohd Azam Abd Samat menggunakan teknik superimpose.

Gambar Asal
Gambar Auta
Dan apa yang lebih menarik sebentar tadi, dalam sidang akhbar yang yang dibuat oleh PAS, mereka tidak mahu mengaku dengan kesalahan mereka sendiri dan cuba untuk menyalahkan pereka grafik yang membuat risalah tersebut kerana mengubahsuai (superimpose) gambar calonnya bertemu dengan Ustaz Azizan.

Pelikkan..Bukankah risalah yang dibuat perlu disemak terlebih dahulu sebelum dihantar untuk dicetak. Jadi siapakah pemipin PAS yang bertanggungjawab memeriksa dan memberi kelulusan sebelum risalah itu dicetak?????
PAS hari ini menyalahkan pereka grafik yang mengubahsuai (superimpose) gambar calonnya bertemu dengan almarhum Tan Seri Azizan Abdul Razak di pejabat beliau seperti dimuatkan dalam risalah kempen mereka sebelum ini.

Menurut anggota Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, pihaknya tidak ada niat untuk "mengada-adakan sesuatu yang tidak ada" dan akan menyiasat perkara itu dengan pereka grafik yang mereka risalah itu.

"Saya akan siasat dan kita bertanggungjawab untuk memperbetulkan perkara ini," katanya yang bertindak sebagai pengarah operasi PAS untuk pilihan raya kecil Sungai Limau.
Pasal nak cover penipuan yang terkantoi..Terpaksalah mereka menipu lagi untuk menutup penipuan yang lepas..Dalam sidang media yang dibuat oleh jurucakap Mahfuz sebentar tadi....

Tambahnya lagi, PAS sendiri sebenarnya ada banyak gambar calon mereka bersama Azizan dan tidak perlu berbuat demikian untuk mengelirukan penduduk Sungai Limau.
Sehingga kini EP tak nampak pun satu gambar asli, tulen dan original kecuali yang palsu yang menunjukkan kemesraan diantara calon PAS dengan arwah Ustaz Azizan seperti yang diwar-warkan oleh jentera pilihanraya PAS di DUN Sg Limau. Kesiankan!!!

Macam mana kita nak percaya bahawa gambar yang dikeluarkan oleh PAS selepas ini merupakan gambar yang asli dan bukannya palsu?? 

Kalau ada la gambar tersebut..EP rasa dah lama mereka akan jaja gambar ini..Betul tak???

Jijikkan cara permainan politik PAS.. Sanggup menipu rakyat dan memperalatkan pengaruh arwah Ustaz Azizan hanya untuk mendapat sokongan rakyat. EP harap pengundi di DUN Sg Limau dapat buka mata dan menilai keikhlasan PAS untuk membela rakyat... 







2 comments:

Mohamad Asyraf said...

Dah selalu sgt bermain dgn fitnah, super impose sana sini. Pastuh hantar dari rumah ke rumah. Kan dah kena batang hidung padan muka. Berhentilah sebar citer fitnah oii. Parti cap islam lah konon maksum Puii

Anonymous said...

YIP KUM FOOK (LAWYER) BOHONG KATA RESITS KUIL HILANG!
Kepada orang ramai yang di hormati,
YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) mengaduan ke Polis resit yang simpan di tempat Kuil yang sunyi pun hilang. Mengapa pencuri bolih tahu? Mengapa CCTV tak rakam? Semua cakap bohong.
Ini semuanya dia bermain wayang sendiri. Siapa mahu curi resit yang tidak berhargai itu? Ini bukan duit? Ini bukan Mas? Kerana dia cuba menutup akaun yang tidak serata Kuil SAMNAK SAMBODHI, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA. Dia ingat orang ramai semua bodoh.
To the public that is respected,
YIP KUM FOOK (MCA Gombak) report to Police: donation receipts keep in Temple a quietly were disappeared. Why thieves can know? Why CCTV not record? All telling lie.
This is his entire play movie. Who wants to steal invaluable receipts? This is not money? This is not gold? Because he tried to cover unbalance account of SAMNAK SAMBODHI, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA. . He thought, people are stupid.
MCA MALAYSIA
FORWAD BY SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.