Friday, October 18, 2013


Pastinya ramai ahli-ahli UMNO yang menjadi perwakilan tak sabar menunggu tarikh keramat 19 Oktober 2013 untuk membuat pilihan bagi menentukan kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi bagi penggal 2013-2016...

Apa yang EP lihat, pemilihan kali ini merupakan terjemahan kepada kebebasan sebenar dalam UMNO apabila seramai 150,000 ahlinya di setiap sayap dan bahagian dapat memilih pemimpin yang mereka rasakan yang benar-benar layak mengemudi parti Melayu terbesar di negara ini bagi membela nasib orang Melayu...dan yang paling penting adalah untuk menghadapi PRU14 yang akan datang.



Jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang terutamanya DAP, mereka sering menyalak mengenai kebebasan sama ada dalam bersuara mahupun dalam membuat keputusan. Malangnya cakap tak serupa bikin..salakan-salakan sumbang yang kononnya mahukan kebebasan dan mahu suara demokrasi ditegakkan tidak dilaksanakan oleh mereka sendiri.

Contoh yang terbaik ialah pemilihan semula CEC DAP yang baru selesai baru-baru ini..Jawatan tertinggi dalam DAP (ala-ala komunis) iaitu Setiausaha Agong hanya ditentukan oleh 20 orang sahaja dan yang paling menarik jawatan tersebut telah diberikan pada Guan Eng yang mendapat tempat ke-5 (1304), 134 undi dibelakang Liew Chin Tong yang mendapat tempat pertama. (PALING POPULAR)..

Itu belum lagi kita kira jawatan tertinggi dalam PKR dan PAS iaitu Penasihat PKR dan Mursyidul AM PAS..tidak dipertandingankan tetapi dilantik...Kenapa? Jadi dimanakah suara demokrasi dan keterbukaan yang dilaungkan oleh mereka selama ini??


Berbeza dengan UMNO, kepimpinan UMNO sendiri sedar dan mendengar suara ahlinya..Perubahan yang dilaksanakan dalam UMNO adalah salah satu manifestasi untuk membawa transformasi UMNO kepada generasi akan datang dalam konsep yang lebih demokrasi dan terbuka bagi memastikan UMNO lebih kukuh dan mempunyai lapisan pemimpin yang benar-benar berkaliber yang diterima oleh golongan muda dan lama bagi membawa suara mereka..

EP sendiri sudah mempunyai calon pilihan untuk diundi selepas menilai sendiri keupayaan dan sumbangan mereka pada UMNO terutamanya pada Agama, Bangsa dan Tanahair...Oleh itu dalam kesempatan ini EP ingin memohon pada rakan-rakan perwakilan supaya memberi undi dan beri peluang pada calon-calon ini bagi memastikan UMNO menjadi sebuah parti yang lebih baik dan releven untuk semua peringkat usia sebelum menghadapi PRU14 yang akan datang...Insya'allah...

Calon Wajib Naib Presiden UMNO



YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri

No. Calon : 01


EP melihat ketegasan DS Dr Zahid memerangi jenayah di bawah portfolio Menteri Dalam Negeri. Berani dalam membuat keputusan bagi memastikan UMNO dan Melayu terus kuat untuk bertarung pada PRU14 nanti. 

------------------------------------------------




YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein

Menteri Pertahanan

No. Calon : 02

Kesetiaanya pada UMNO tidak boleh dipertikaikan..Perkara ini dibuktikan ketika beliau menerajui sayap Pergerakan Pemuda yang berpecah susulan keadaan huru-hara pada 1998 di mana hampir kesemua kepimpinan tertinggi pergerakan itu meninggalkan parti ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan.

Beliau telah berjaya menyatukan semula ahli Pemuda dan menyelamatkan institusi Pemuda dari terus berpecah dan menjadi tidak releven pada ketika itu. Sejak daripada itu beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Pergerakan Pemuda selama tiga penggal sebelum memenangi jawatan Naib Presiden pada 2009.

Bagi EP DS Hisham wajib diberi peluang untuk mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO kerana kesetiaannya pada parti dan idea yang dibawa akan menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih baik dan releven untuk semua peringkat usia bagi menghadapi PRU14 yang akan datang.


------------------------------------------------


Calon Majlis Tertinggi UMNO



YB Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim
Ahli Parlimen Baling/ Pengerusi Tabung Haji

No. Calon : 15

Dengan membawa semangat "Prihatin, Ikhlas Berjuang" Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji merupakan calon favourite dan wajib diberi peluang untuk menjadi Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2013-2016.

Lebih dikenali sebagai Azeez Putra, beliau cukup terkenal bukan sahaja di parlimen Baling, malah beliau telah mengharumkan nama UMNO dan Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan, lasak dan kemasyarakatan.


------------------------------------------------



Tun Faisal Aziz
Pengerusi BN Youth Cyber Team
No. Calon : 60

Salah seorang daripada calon terbaik untuk ahli Majlis Tertinggi UMNO ialah pemimpin muda yang telah diuji keupayaannya iaitu Tun Faisal Aziz. Beliau adalah di antara pemimpin muda yang diberi mandat oleh Pemuda UMNO Malaysia untuk mewakili generasi muda dalam Majlis Tertinggi UMNO. 

Jika sebut tentang media sosial atau media baru, Kita tidak dapat nafikan sumbangan besar Tun Faisal yang menerajui Pengerusi UMB dalam membantu mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO dan kerajaan di dunia maya yang sebelum ini dimonopolikan oleh pihak pembangkang. 

Antaranya ialah mencorakkan keputusan PRU12 dan PRU13 dengan isu-isu yang dibawa dalam dunia maya memandangkan ramai pengundi muda yang menjadikan media alternatif sebagai tempat rujukan mereka. 

Maka kerana itu, UMNO amat memerlukan wakil dalam Majlis Tertinggi UMNO untuk memfokuskan usaha dalam dunia maya ini dan Tun Faisal Aziz adalah di antara calon yang terbaik wajib diberi undi.

------------------------------------------------



YB Datuk Wira Idris Haron
Ketua Menteri Melaka
No. Calon : 49


Umum mengetahui DW Idris Haron seorang yang tegas dan berpegang teguh dalam membuat keputusan tetapi siapa tahu sebenarnya orang yang nampak garang ini dalam hati ada taman yang mudah didekati.

Misi utamanya ialah membantu pucuk pimpinan parti meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa di samping meneruskan perjuangan bagi mengekal dan mengukuhkan kedudukan Melayu di bawah wadah perjuangan UMNO.

------------------------------------------------



YB Datuk Seri Reezal Merican
Ahli Parlimen Kepala Batas
No. Calon : 63

DS Reezal Merican adalah salah seorang daripada empat wakil yang dilahirkan oleh ‘kilang politik’ Pergerakan Pemuda UMNO untuk menyahut cabaran bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dalam pemilihan kali ini. Beliau merupakan mantan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan kini menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas yang sering berdebat dan mematahkan hujah-hujah pembangkang di dalam sidang Parlimen

Misi utamanya akan terus perjuangkan isu rakyat, baik di dalam Parlimen mahupun dalam MT. Kita berdepan isu yang semakin hari semakin kompleks. Antaranya TPPA, GST, kesenjangan ekonomi - bandar dan luar bandar, ketidakseimbangan pendapatan, akses kepada peluang ekonomi, kualiti pendidikan dan kesemua isu ini memerlukan 'suara dan idea baru' di dalam MT. Jika diberikan amanah, EP berpendapat beliau mampu untuk memberi sumbangan bermakna di dalam MT terutamanya pada golongan muda.

EP harap calon-calon ini diberi ruang dan peluang bagi memastikan UMNO terus kekal relevan sebagai sebuah parti politik yang dapat memperjuangkan dan membela nasib orang melayu di bumi yang bertuah ini...




1 comments:

Anonymous said...

Azeez putra ke azeez spa?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.