HOT : PEMIMPIN TINGGI PAS DIHALAU..DIALOG ISLAM - KRISTIAN GAGAL..


Majlis dialog antara Islam dan Kristian anjuran Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa di sebuah restoran di Jalan Kampung Benggali di sini malam tadi kecoh apabila pemiliknya menghalau penganjur dan para peserta program berkenaan.

Pemilik premis makanan itu yang merupakan seorang wanita mendakwa dirinya ditipu kerana tidak dimaklumkan tujuan sebenar orang ramai berkumpul di situ.

Dialog tersebut pada mulanya dijadual berlangsung di sebuah gereja yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ tetapi diubah lokasi pada saat-saat akhir oleh penganjur bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Ketika Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan isterinya, Datin Zuraida Husin tiba pada kira-kira pukul 9 malam, wanita berkenaan dilihat meninggikan suara dan meminta penganjur mengosongkan tempat berkenaan menyebabkan beberapa peserta berang dan menyifatkan tindakannya sebagai biadap.

Keadaan itu memaksa penganjur kembali ke lokasi asal penganjuran iaitu Gereja St. Mark.

Di luar gereja pula, kira-kira 40 anggota polis dilihat berkawal bagi mengawal keselamatan.

Sebelum ini, majlis berkenaan mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang membuat laporan polis kerana bimbang ada pihak tertentu menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam. - Utusan

HOT : PEMIMPIN TINGGI PAS DIHALAU..DIALOG ISLAM - KRISTIAN GAGAL.. HOT : PEMIMPIN TINGGI PAS DIHALAU..DIALOG ISLAM - KRISTIAN GAGAL.. Reviewed by Empayar Pemuda on 2:01 PM Rating: 5

8 comments:

  1. Pati Anjing SeMalaysia. Patutpun, kena halau mcm Anjing.

    ReplyDelete
  2. memang patut pn dihalau cam anjing tak cukup2 lg kah pas dah jadi keldai nak jadi anjing pulak

    ReplyDelete
  3. pas ni sedangkan sesama Islam pun kalut bila berbincang, ini kan pulak nak dialog ngan kristian.

    ReplyDelete
  4. dia ingat ilmu dia byk sangat...

    ReplyDelete
  5. Bila dia kata org kafir boleh guna Kalimah Allah (swt) utk agama mrk bg merujuk tuhan tuhan mrk, mk ilmu agama apa yg dia ada ?

    ReplyDelete
  6. Sapa kata dialog gagal???Jgn jadi bodoh piang UMNO haramjadah!!! Dialog diteruskan di gereja...apa yg tak kena buat kat gereja...dan apa yg tak kena dialog kristian-Islam???...cuba mai cerita kat sini..tu lah fikiran sempit...UMNO ni fikiran luas bila cari jalan mcm mana nak masyukkkk poket!!!

    ReplyDelete
  7. tuan punya premis itu BERHAK menghalau siapa2 saja yang dia kira bolih mengganggu PERNIAGAANNYA kerana premisnya itu adalah TEMPATNYA untuk MENCARI REZEKI.bukan TEMPAT untuk BERBINCANG SESUATU PERKARA.kalau benar digereja itu tempat BERDIALOGNYA ISU ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN,ini bererti bertapa RENDAHNYA MARUAH ISLAM sehinggakan ada orang ISLAM yang SANGGUP pergi kegereja itu untuk BERBINCANG[berdialog] tentang isu ISLAM dan KRISTIAN.

    ReplyDelete
  8. tuan punya premis itu BERHAK menghalau siapa2 saja yang dia kira bolih mengganggu PERNIAGAANNYA kerana premisnya itu adalah TEMPATNYA untuk MENCARI REZEKI.bukan TEMPAT untuk BERBINCANG SESUATU PERKARA.kalau benar digereja itu tempat BERDIALOGNYA ISU ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN,ini bererti bertapa RENDAHNYA MARUAH ISLAM sehinggakan ada orang ISLAM yang SANGGUP pergi kegereja itu untuk BERBINCANG[berdialog] tentang isu ISLAM dan KRISTIAN.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.