Monday, September 30, 2013


Kerajaan Pulau Pinang hari ini digesa memberi penjelasan berhubung status projek pembinaan semula kompleks meletak kereta bertingkat di kaki Bukit Bendera yang menelan belanja RM6.75 juta.

Ketika membuat gesaan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata pemerhatiannya di tapak projek mendapati pembinaan kompleks yang dijadualkan siap 25 Nov ini belum bermula.



"Tinjauan saya mendapati tiada sebarang kerja dibuat malah kerja penanaman tiang cerucuk pun belum bermula lagi. Ini menjadi tanda tanya kerana sekarang dah akhir bulan September, adakah PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) mampu menyiapkan kerja sebelum 25 Nov ini," katanya kepada pemberita di tapak kompleks itu di sini.

Kompleks itu siap pada Mac 2011 namun gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berikutan rekaannya yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Susulan itu kerajaan negeri memutuskan untuk meroboh kompleks berkenaan dan membina kompleks baharu seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.

Muhamad Farid berkata kegagalan kerajaan negeri untuk membina semula kompleks meletak kereta bertingkat itu mengikut tempoh yang ditetapkan amat mengecewakan penduduk dan juga pelancong yang melawat Bukit Bendera.

"Kawasan Bukit Bendera memang mempunyai masalah tempat letak kereta dan pelancong terutamanya rakyat di negeri ini mengharapkan kompleks ini dapat disiapkan segera. Kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan atas kegagalan projek ini.

"Memang benar kerajaan persekutuan yang biayai sepenuhnya projek pembinaan kompleks ini (dulu) dengan kos RM5 juta, namun kerajaan pusat langsung tidak campur tangan dalam proses pembinaan kompleks ini," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila kerajaan negeri mengaitkan kegagalan pembinaan semula kompleks itu dengan kerajaan persekutuan atas alasan kerajaan persekutuan tidak mengeluarkan CF. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Persekutuan ke yang mengeluarkan CF?. Bangunan sebiji pun tak nampak lagi, nak bagi CF ke benda.

Anonymous said...

bila masa lak kerajaan persekutuan kluarkan CF...
nampak sgt bodohnya kerajaan DAP...
yg keluarkan CF @ CCC ialah PBT @ Arkitek....
bolo punya olang.....

Anonymous said...

senangnya hidup kalau pengikutnya percaya apa jua kata pemimpin.

kalau lge kata gagak tu putih pun pengikutnya percaya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.