Thursday, September 12, 2013


Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan, beliau tidak pernah meminta ahli Pas untuk tidak memilih bukan ulama untuk menjawat jawatan timbalan presiden Pas.


“Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam Pas dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Nik Aziz dalam reaksi terbarunya berhubung isu itu.

Sebelum ini, Nik Aziz dalam satu kenyataan mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan jawatan itu sementara jawatan timbalan presiden boleh dipertandingkan.

“Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi presiden, tetapi timbalan, atas undi, dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan," katanya sebelum ini.

“Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu yang membezakan, mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya,” katanya lagi.

Kenyataan Nik Aziz berhubung jawatan timbalan presiden itu bagaimanapun menimbulkan pertikaian awam sama ada pemimpin Pas itu mahu memberikan isyarat untuk menyingkirkan Mohamad Sabu.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan sebelum ini berkata, kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan itu memang ditujukan kepada orang nombor dua parti itu.

“Setelah satu penggal beliau memegang jawatan itu, banyak perkara yang memudaratkan Pas berbanding perkara yang memberi manfaat.

“Saya melihat ini serampang dua mata Tok Guru, pertama untuk menghindarkan Mat Sabu, kedua, untuk mempromosikan calon ulama," katanya kepada Sinar Harian.

Pas dijadualkan akan mengadakan Muktamar Agung ke-59 bermula 22 November depan dan bakal membuat pemilihan pucuk pimpinan baharu parti itu.

Pemilihan kali ini dijangka akan terus menyaksikan pertembungan kumpulan yang digelar 'Erdogan' -kumpulan pro Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim- dan kumpulan pro kepimpinan ulama.

Pada pemilihan tahun 2010, Mohamad Sabu berjaya menduduki kerusi timbalan presiden dalam pertandingan tiga penjuru melibatkan bekas timbalan presiden sebelum ini, Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. -SH

** Mat Sabu tu Ulama ke atau Komunis??


2 comments:

Anonymous said...

DOA IKHLAS

Kenapa lah Nik Aziz, Hadi Awang dan barisan kepimpinan ulamak dalam Pas bengap dan bodoh sangat. Saya nak bagi tahu para ulamak dalam Pas bahawa :

" Ada pun tujuan pihak Kristian nak menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu adalah berniat untuk mendekatkan orang melayu (generasi selepas saya dan para ulamak Pas) kepada agama Kristian "

Memang layak sangat kalau kita memanggil Nik Aziz, Hadi Awang dan para ulamak Pas yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu dengan gelaran :

Nik Aziz Laknatullah
Hadi Awang Laknatullah
Nasrudin Hassan Laknatullah
.... dan yang lain2 nya.

Doa dari ku :

" YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM SELAMATKAN ANAK BANGSA KU DARIPADA MENJADI KRISTIAN. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM BERIKAN KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA DALAM PERBICARAAN MENGHALANG PENGUNAAN NAMA SUCI MU DALAM MAJALLAH HERALD DAN BIBLE BERBAHASA MELAYU. AMIN .... "

Ana Muslimah

Anonymous said...

Pasai apa Nik Aziz nak buang Mat Sabu. Apa kosa Nik Aziz dalam Pas. Apa dosa Mat Sabu kepada Pas.

Nik Aziz kena sedaq dia pun bukan betul sangat.

Dalam Pas sapa yang cuba menyebarkan kristian kepada anak bangsa melayu ? Dalam Pas sapa yang kata Allah swt juga tuhan Kristian ? Dosa Nik Aziz kepada Islam lagi besaq daripada dosa Mat Sabu.

Mat Sabu memang terang2 sokong komunis. Mat Sabu dituduh Syiah tapi belum terbukti. Tapi Mat Sabu menentang Kristian guna kalimah Allah.

Setakat ni darjat Mat Sabu di sisi Islam lebih mulia daripada Nik Aziz. Mat Sabu tak menyamakan Islam dengan Kristian, sedangkan Nik Aziz terang2 kata agama Islam dengan Kristian sama. Tak sama apa kejadahnya kalau dah tuhannya sama .. kata Nik Aziz Islam tuhannya Allah swt .. kata Nik Aziz lagi Kristian juga tuhannya Allah swt .. macam bersaudara satu bin tapi mak lain2.

Mat Kedah

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.