Thursday, September 26, 2013


Hmmm...dah lama juga EP tak menulis blog..maklumlah sibuk dalam pemilihan kali ini...Tapi dalam debaran dan keseronokan menunggu Persidangan Tahunan UMNO yang bakal berlangsung tak lama lagi, tiba-tiba keterujaan itu disentap dek maklumat yang mengatakan bahawa Tun Faisal telah digugurkan dari pencalonan MT atas alasan tidak menepati syarat pemilihan. 

Syarat pemilihan kali ini adalah ahli MT mestilah pernah menjawat jawatan AJK Bahagian sekurang-kurangnya 1 penggal. Secara peribadi EP sangat kecewa dengan keputusan ini dan EP yakin seluruh warga media baru juga turut berduka cita apabila mendengar berita ini...
 
Sebagai seorang tokoh pemuda yang menjadi harapan segenap lapisan pemuda UMNO, Tun Faisal adalah seorang pejuang yang telah banyak mencurah keringatnya di peringkat nasional. Beliau merupakan seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Unit Media Baru. Namanya tidak asing di kalangan Pemuda. Justeru itu apakah hanya kerana beliau tidak menjawat jawatan AJK di Bahagian, sumbangannya di peringkat nasional harus dinafikan?  
 
Pelik…. Bila bintang di langit telah dicapai kenapa buah di pohon yang tidak dipetik mahu dipersoal?


Bukankah jawatan sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia adalah lebih tinggi berbanding jawatan AJK Bahagian? Jika Tun Faisal telah dipilih untuk memegang jawatan sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia, EP rasa hanya kerana tidak memegang jawatan AJK di Bahagian tidak perlu dijadikan alasan untuk menolaknya dari bertanding. Betul tak??
 
EP faham syarat-syarat pemilihan adalah bagi melancarkan proses. Tetapi bukankah syarat-syarat tersebut sepatutnya memudahkan dan bukannya menyusahkan. Syarat tersebut sepatutnya mampu mengenengahkan calon yang boleh membantu UMNO terbang lebih tinggi dan bukannya mencampak calon yang kredibel ke ruang pengasingan. Mungkin syarat itu membuatkan wujudnya calon bidang terjun yang namanya tidak pernah wujud di dalam kotak pemikiran ahli UMNO sendiri. Hanya kerana beliau menepati syarat makanya beliau bertanding.
 
Sebelum ini pelbagai pindaan telah dibuat bagi menetapkan syarat-syarat pemilihan UMNO. Dan EP pasti pindaan-pindaan ini adalah untuk accommodate calon pilihan. Apa salahnya sekiranya satu lagi pindaan dibuat agar calon yang benar-benar layak dapat sama-sama masuk gelanggang. Biar ahli yang memilih. 

EP rasa sumbangan individu terhadap parti harus dijadikan salah satu kriteria yang sepatutnya diletakkan di dalam syarat pemilihan MT. Maka individu yang dah lama mencurah keringat boleh terus menabur bakti dan calon bidang terjun harus diketepi.
 
Janganlah sampai kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Jika pencalonan Tun Faisal digugurkan maka benarlah SUARA ORANG MUDA SEDANG DIKETEPIKAN… Jika ini tidak benar, diharap rayuan YB KJ hari ini didengari oleh Jawatankuasa Pemilihan...



2 comments:

merbah desa sgt said...

UMNO bukan MENGETEPIKAN suara ORANG MUDA tetapi UMNO MENAPIS SUARA[pendapat]ORANG MUDA.

remus Cowciwen said...

UMNO patut buang sahaja pemimpin yg kaki bodek fan tak boleh buat kerja.Ketengah kan pemimpin muda untuk terajui dalam kabinet UMNO demi pentingan UMNO.Pemilihan Majlis Tertinggi Hendak Dibuat Diperingkat Cawangan Jgn Kira Dari Peringkat Bahagian.Baru tahu isi hati akar umbi untuk pemilihan pemimpin tertinggi

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.