Thursday, August 1, 2013


Maznah Mohd Yusof, wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya akan dibawa ke mahkamah Majistret di Segamat yang berkemungkinan bagi mendapatkan perintah lanjutan reman terhadapnya.

Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah telah dibawa ke Segamat awal pagi Khamis iaitu tempat di mana laporan polis pertama dibuat ke atasnya.

"Ini sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka sepatutnya boleh menjalankan siasatan di Kuala Lumpur atau Selangor," kata pada Khamis.

Menurut Latheefa beliau sempat menemui Maznah di Bukit Aman awal pagi ini.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz ditahan pada Rabu.

Wanita itu mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

6 comments:

Anonymous said...

Elok dakwa terus kat neraka. Sgmat tu dekat

ps.. bawa tipak koya sekali

samagreen said...

"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul".

Teman cuba ngengok isu ini dari sudut yg positif!!

Dlm negara kita Malaysia yg dicintai, penganut Islam-Melayu (sebagai 'tuan rumah') harus bersikap terbuka meraikan Aidilfitri bersama tetamu yg berbilang bangsa dan agama.

Walaupun yg datang tu 'anjing-anjing' dari berbagai 'spesies, warna dan asal-usul' > kita tetap menghargai tetamu.

Harap2 'anjing-anjing' tu nanti jangan le pulak nak gigit balik org yg telah meraikan dan mengangkat dema sebagai tetamu.

Anonymous said...

Lebih baik hidup bersama "anjing-anjing" daripada spesies bangsa yang terkenal sebagai pemalas sehingga sanggup minta rasuah dengan muka tak malu daripada "anjing-anjing" ini sama macam anjing menunggu tulang. Tanya dulu berapa ramai sanak saudara bangsa pemalas ini yang hidup dengan makan duit rasuah. Kerja kerani tapi kereta merz depan rumah. Malulah sikit ooi. Tanpa bantuan "anjing-anjing" ini bangsa pemalas ini masih duduk kat hutan pakai cawat makan ubi kayu......

Anonymous said...

RBA detected....

samagreen said...

Tk sampai 50 hari lpas pasca pru12, nkm hadiahkan kontrak 'makanan anjing' seluruh perak kpd spesiesnya. Kurang dari 50 hari? satu rekod dunia!!

Layak ke spesies jenis ai, lks, ks cakap pasal kronism dn nepotism?

Anonymous said...

bnyak juga anjing kat sini

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.