Wednesday, August 21, 2013


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri, Rabu.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter dan laman Facebook beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai 'mendengar suara orang muda'.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," katanya.

Pemuda Umno pada Selasa, membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah CCRIS kerana berpendapat kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman berkata, pelaksanaan CCRIS kepada peminjam PTPTN akan menjadi beban kepada ibu bapa dan pelajar kerana memberi kesan terhadap kelulusan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan, pembelian rumah dan sebagainya adalah amat mendukacitakan dan jelas menzalimi rakyat. 

"Cuba bayangkan anak- anak yang masih belum mendapat peluang pekerjaan tetapi terpaksa membayar pinjaman PTPTN dan jika telah diklasifikasikan sebagai engkar , maka akan di 'black list' atau 'disenarai hitamkan' sekaligus berdepan dengan tindakan akibat pelaksanaan CCRIS yang jelas tidak prihatin dalam mengurangkan beban rakyat.

**Inilah kerja puak-puak pembangkang...setiap isu nak dimanipulasi dan dipolitikkan...sampai bila orang melayu nak bersatu...

2 comments:

Anonymous said...

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman berkata, pelaksanaan CCRIS kepada peminjam PTPTN akan menjadi beban kepada ibu bapa dan pelajar kerana memberi kesan terhadap kelulusan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan, pembelian rumah dan sebagainya adalah amat mendukacitakan dan jelas menzalimi rakyat.

MEMBERI BEBAN? HUTANG PTPTN TAK NAK BAYAR TAPI ADAHATI NAK BUAT PINJAMAN PERIBADI,NAK APPLY KAD KREDIT,NAK BELI KERETA.Zalim kepala hotak kau Normala

Anonymous said...

Kenapalaaa orang2 yg tak pernah meminjam PTPTN suka buat komen..
" anak- anak yang masih belum mendapat peluang pekerjaan tetapi terpaksa membayar pinjaman PTPTN.."

Peminjam PTPTN HANYA MEMBAYAR SELEPAS MEREKA DAPAT PEKERJAAN.

Masalahnya.... yang TIDAK MEMBAYAR adalah mereka2 yg
- TELAH BERJAWATAN TINGGI...!!!
- TELAH BERKERETA MEWAH...!!!
- TELAH BERJAYA MENGUMPUL HARTA !!!

Pemuda Umno menentang... mungkin ke sebab geng depa juga ramai yg tak bayar..???

KJ apa tau... dia anak diplomat... dia tak pinjam duit utk belajar..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.