Thursday, August 1, 2013


Kerajaan akan tetap melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tidak ada sebab badan itu harus menentang langkah kerajaan untuk transformasikan sistem pendidikan negara menerusi PPPM kerana ia langsung tidak menggugat kedudukan bahasa Cina dalam pendidikan negara.

"Dong Zong baru-baru ini buat konvensyen bantah pelaksanaan PPPM kerana katanya pelan ini hendak menghapuskan bahasa Cina. Saya cabar mereka untuk baca setiap inci ayat dalam PPPM, jika ada perkataan kita hendak hapuskan bahasa Cina, biar saya jawab, tidak ada.

"Tetapi entah macam mana agaknya ia menghantui mereka kononnya pelan ini suatu hari nanti akan menghapuskan bahasa Cina hanya kerana kerajaan mahu tingkat prestasi bahasa Melayu di sekolah kebangsaan.


"Kerajaan hendak tingkatkan mutu pelajaran di sekolah kebangsaan kerana memang sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu, jadi salah ke tindakan kerajaan itu," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

Muhyiddin berkata, pelan itu juga tidak mempunyai niat terselindung terhadap pengajaran bahasa lain dalam sistem pendidikan negara walaupun ada yang menganggapnya demikian.

Sehubungan itu, katanya sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap usaha membela perjuangan bahasa Melayu, pelan itu akan tetap dilaksanakan tanpa rasa terganggu, tergugat dan takut sedikit pun.

Katanya, kerajaan mahu semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak masuk ke sekolah kebangsaan demi perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di negara ini.

Beliau berkata, jika Malaysia tidak memberikan tumpuan kepada bidang ilmu, negara akan terus mundur dan tidak mampu bersaing dengan negara maju yang lain di dunia.

2 comments:

Megat Alam Gempita said...

Dalam Bajet 2014 nanti jangan bagi lagi bantuan RM100 juta pada sekolah-sekolah cina ini sepertimana bajet-bajet sebelum ini. Jangan kerana nak menjilat kaum yang engkar khianat ini lagi kita masih berlembut sedangkan mereka memang jahat luar dan dalam.

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH dengan KEBERANIAN dan KETEGASAN YB TS Muhyiddin Yassin!

Si Dong SONGSANG DAPBIAWAK/PKR disyaki MENGHASILKAN jenis anak-anak Cina-Cina RASIS dan SAMSENG macam geng Kongsi Gelap, termasuk guru macam si Guru Besar PENJENAYAH CINA RASIS yang HINA pelajar/pemimipin Melayu/Islam, dengan amat keji, yang masih BEBAS (dah kena BUANG KERJA tak - senyap saja kisahnya) - sedangkan guru-guru/Guru Besar Melayu/Islam kita asyik diFITNAH dan TIDAK bersalah, dan CEPAT pula diDENDA! Patutlah si PENDATANG CINARASIS-BANGKAI DAPBIAWAK/PKR makin naik TOCANG dia! Sila lihat di
http://medan-info-kita.blogspot.de/2013/07/cikgu-poh-kim-thye-panggil-murid-melayu.html, Cikgu Poh Kim Thye Panggil Murid Melayu Babi, Bangang, Sial Tak Kena Hukuman..TAPI Guru Besar Melayu SK Sri Pristina Sudah Kena! , Monday, July 29, 2013:

…….Pada 30hb Mei 2013, seorang wanita melayu berusia 37 tahun, ibu kepada pelajar sekolah Tingkatan 2 di Gelang Patah telah membuat satu laporan polis.

Petikan laporan polis tersebut;
Pada sekitar beberapa bulan sebelum Pilihanraya PRU13 yang lepas anak saya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah di Tingkatan 2 kelas RK2 telah beberapa kali meminta agar dipindahkan ke sekolah yang lain disebabkan oleh seorang guru [p] cina yang bernama Poh Kim Thye. Guru ini terlalu bersikap perkauman sehingga menghasut pelajar melayu untuk membenci kerajaan diantara perkataannya

1. Kerajaan Bodoh
2. Kerajaan Lembu
3. Kerajaan Babi Sebab Diketuai Oleh Orang Melayu

Guru ini juga sudah terbiasa memanggil pelajar melayu dengan panggilan “melayu bodoh”, “melayu babi”, “melayu bangang”, “melayu sial”, dan “melayu pukimak”…….

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.