Wednesday, August 21, 2013



Blogger pro PAS, Wan Ji Wan Husein hari ini mengesahkan dia adalah individu yang bercakap dalam satu rakaman video bertajuk “[TERGEMPAR] Ust Wan Ji Hapuskan Sistem Sultan”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata dia memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang Sultan.

“Saya telah memberikan contoh-contoh tentang bagaimana Nabi Muhammad sentiasa membuat perancangan untuk masa depan. Saya telah memberikan banyak contoh, contoh Sultan adalah salah seorang daripadanya,” katanya.

Wan Ji seorang blogger pro Pas yang juga dikenali sebagai Wan Ji Al Bakistani dilaporkan berkata usaha memuat turunkan rakaman video 3 minit itu berkemungkinan sebagai usaha sabotaj di kalangan partinya sendiri.

“Ini boleh dilakukan kerana saya tidak bersetuju dengan pandangan beberapa sayap ulama PAS, supaya orang melihat saya sebagai anti-ulama,” katanya sambil menjelaskan bahawa dia tidak mengintai apa-apa jawatan dalam pemilihan Muktamar parti itu yang dijadualkan pada November ini.

Dalam rakaman video itu, Wan Ji menyebut beberapa perancangannya untuk menghapuskan institusi Kesultanan Melayu di Malaysia yang bermula dari tahun 2011 hingga diganti dengan sistem pemerintahan sistem Republik Malaysia pada tahun 2030.

Perancangan pertama : Menyamakan Sultan dengan Syaitan.

Perancangan kedua : Membuat provokasi terhadap institusi Raja-raja Melayu hingga ditangkap polis.

Dalam perancangan kedua itu, Wan Ji merujuk kepada seorang individu bernama ‘Aduka Teruna’, seorang lagi blogger pro Pas yang pernah ditahan polis pada tahun 2010 berhubung kenyataannya yang disifatkan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Perancangan ketiga dan seterusnya kata Wan Ji bermula dari tahun 2013 hingga 2030.

“Kita dah buat perancangan. Sebenarnya game (perancangan) ana (saya) ini awal lagi, 2011 dah ada.

“Apa ana punya game? Game ana, tahun yang pertama, ana nak buat game orang kata sultan syaitan. Mulut orang, syaitan, syaitan, syaitan dan terbukti berjaya.

“Game yang kedua, 2012 dan 2013, macam mana nak letup bagi gegar sikit?

“Mesti ada orang kena tangkap kerana faktor sultan. Maka lahirlah orang nama Aduka Taruna, Ahmad Abd. Jalil dan ada orang namanya, Wan Ji. Game tu dah berjaya, sekarang fikir game 2013. Apa nak buat? Itu aku tak boleh cerita. Maknanya, dia ada game step by step (langkah demi langkah) untuk mencapai kejayaan sultan zero. Inflasi sultan,” katanya di dalam video tersebut.

Wan Ji turut menyifatkan sistem kesultanan negara ini membawa banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

“Sultan, monarki ini ada baik sikit tetapi mudaratnya banyak. Hukum lebih kurang macam babi juga.

“Habis duit rakyat, mengarahkan sesuka hati, banyak dasar yang agak terbantut kerana faktor sultan, tak lantik Exco, menyusahkan orang, goyang kaki, pembaziran. Baik sikit je kot, nak jaga Melayu je,” ujarnya di akhir rakaman video berkenaan.

Rujuk rakaman video Wan Ji di bawah :

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.