Wednesday, August 21, 2013


Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut bekas Setiausaha Akhbar beliau, Helmi Khalid, rombongan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Md Rozai Safian tiba di wad hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi untuk proses angkat sumpah itu.

"Proses berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Antara yang hadir semasa proses angkat sumpah itu ialah Timbalan Speaker Datuk Azmi Che Husain; Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Syed Isa Syed Ibrahim; Penasihat Undang-undang negeri Datuk Anas Ahmad Zakie dan Adun Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Difahamkan proses angkat sumpah berkenaan berjalan lancar dan Azizan tidak menandatangani, sebaliknya hanya menggunakan cap jari sebagai pengesahan diri.

Azizan dipotong kedua-dua belah kakinya kerana mengalami komplikasi diabetes yang kronik 10 Mei lalu dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira tiga bulan sebelum dipindahkan ke HSB minggu lepas. - Bernama

** EP doakan semoga Ustaz Azizan cepat sembuh...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.