Thursday, August 22, 2013


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang kerana dianggap sebagai liabiliti kepada Umno.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, kontroversi melibatkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu boleh menjadi penghalang kepada hasrat Umno untuk melaksanakan proses transformasi.

“Apatah lagi, dengan desakan pembangkang yang menuntut ketulusan dalam Umno. Namun, kontroversi Shahrizat telah mengheret parti ke kancah pertandingan peribadi dan menjadikan beliau sebagai liabiliti kepada parti.

“Jika benar Shahrizat sayangkan Umno, beliau akan melakukan sesuatu yang baik untuk parti (melepaskan jawatan). Kita tidak tahu sama ada pencabarnya boleh menjadi sebaik beliau, tetapi Shahrizat patut tahu bila hendak berundur,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Baru-baru ini, Shahrizat mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya sejak pemilihan 2009.

Pendirian itu, katanya, selaras dengan perlembagaan baru Umno yang membenarkan ahlinya bertanding bagi sebarang jawatan.

Dalam pada itu, Jayum berkata, setakat ini tiada calon yang dilihat layak mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno.

“Dengan pelbagai agenda transformasi negara yang dilaksanakan Najib, beliau berada di landasan yang betul. Mereka yang ingin mencabar Najib perlu mengemukakan idea yang lebih baik daripada beliau.

**Bagi EP..Jawapannya Ya..

13 comments:

Kimi said...

yup...she is a damn liability to UMNO.she should withdraw from any contestant!

maae said...

Sekarang ok. Pemilihan Umno dah macam pilihanraya. Biar demokrasi Umno tentukan. Nak pengaruh dengan duit agak mustahil kerana pemilih yang terlibat ramai.

Nothing to lose.

Azahari Rahman said...

pendapat aku yg bkn ahli UMNO eloklah KAK JAT rehat dlu.biar kes LEMBU selesai.kerana setiap sesuatu menjadi isu.kalau niat jgk nk bertanding mmg UMNO akan jd LEMBU.

Anonymous said...

tukar sharizat ok
tapi ganti dengan lesbian no way

Anonymous said...

Let the delegates decide. This is what democracy is all about.

All posts should be contested. But there shouldn`t be grudges against contenders after that. Fair play as a gentleman.

Anonymous said...

UMNO perlu menilai persepi dan pandangan rakyat umum ke atas sharizat. Memang umum tahu sharizat memang kuat kerja dan mudah rapat dengan rakyat. Apa yang telah terjadi kepada ahli keluarga sharizat telah merosak reputasi beliau dan ini adalah pandangan umum rakyat terhadap sharizat. UMNO perlu korbankan sharizat demi menghormati expectation dan persepsi rakyat umum....baru UMNO akan dilihat kredible dan dihormati. Orang UMNO jangan lihat impak sharizat dalam konteks UMNO sahaja. UMNO mesti tunaikan expectation umum kerana ini akan menyumbang kepada undi UMNO/BN.

Anonymous said...

Penjualan NFC memulangkan kembali duit rakyat. Saya berasa tidak ada masalah beri satu penggal lagi pasal dia bekerja kuat. Amat penting seorang pemimpin bekerja untuk rakyat, mengutamakan keperluan mereka. Ada juga pemimpin yang menjadi kaya raya, akan tetapi lupa akan keperluan rakyat (ketua bahagian dan some Menteri pls take note). Peluang kedua perlu juga diberi. Jangan terus menghukum. Merit perlu juga diambil kira. Perception is a creation to be managed.....

Anonymous said...

aoa yg nak susah-susah ni...?Kan UMNO recycled semula semua menteri2 ...tak kiralah yg rasuah ke..yg kaki betina ka..yg menyeleweng ka...kan semua ini sinonim dng UMNO...hemtam sajalah Labu!! SiLuncai terjun dng labu-labunya...Biarkan!Biarkan!

Anonymous said...

Kak jat ok ja aku rasa.....hal peribadi biaq pi kat dia.....buat nak ikut rentak dangdut gerudi pembangkang........dah banyak sangat yang rosak bila ikut pembangkang n.......lagipun xdak calon lain yang lebih baik buat masa sekarang.......azalina othman xboleh sebab xcukup sifat2 wanitanya, nanti makin berkembang plak spesies2 seumpamanya.........kalau betul nak berkhidmat, teruskan dan buat lebih baik untuk umno dan islam khususnya........tiada manusia sempurna di dunia ini.....

Anonymous said...

Umno untuk melaksanakan proses transformasi, buang lah yang ada kes dan berlaku adil untuk semua ahli UMNO bukan cronies saja,berjuanglah untuk agama dan bangsa jangan jadi orang yang tak kenang budi orang yang mengundi mereka semasa PRU13.

Anonymous said...

setuju

Anonymous said...

liabiliti yg tersangat. xkanlah dah xde pemimpin -pemimpin wanita UMNO yang berkaliber dan layak untuk mengetuai sayap wanita? kalau xde, maksudnya shahrizat seoarnag yang GAGAL dalam membentuk pemimpin pelapis wanita sekaligus hanya mementingkan diri sendiri sahaja. maybe shahrizat nak jadik cam nik ajis @ hj hadi yang nak pegang jawatan sampai mati.

Orang Sebarangan said...

Adakah satu-satunya isu - NFC (masih tiada bukti yang Sharizat terlibat secara langsung) boleh dianggap LIABILITI yang 'tiada kemaafan bagimu'?

Bagaimana dengan Najib? Bukan liabiliti juga ke?..
Isu Altantuya..
Isu Rosmah jadi PM di belakang tabir..
Bab melebih-lebihkan Cina..
Bab mempertahankan Islam dan Melayu apatahnya lagi.. Lemau..
Banyak lagi.. Boleh lihat luahan bloger-bloger seperti GAP, DinTurtle, Zamkata, Kadirjasin dan ramai lagilah..

Saya bukanlah penyokong Sharizat..
Tapi apabila melihat calon pencabar-pencabarnya, saya rasa lebih baik mengekalkan yang sedia ada dan rapatkan barisan..

Seperti juga Najib..
Kekalkan Najib.. melainkan pencabarnya betul-betul berkelayakan..

Yang dapat mendaulatkan Alif Ba Ta..
Agama Bangsa Tanah Air..

AllahuAkbar!!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.