HOT : RAZLAN UMUM BERTANDING JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA...


Seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu dalam pergerakan itu yang kini disandang Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafii (kanan, berbaju hijau) berkata, langkah itu hanya akan diambil jika Khairy tidak mempertahankan jawatan itu.

"Setakat ini Khairy masih belum menyatakan pendirian. Saya tidak akan lawan (beliau) sekiranya beliau mengisi borang untuk mempertahankan kerusi itu.

"Saya akan bertanding (ketua Pemuda) jika beliau tidak mengisi borang untuk mempertahankan kerusi tersebut. Kalau dia isi borang, kita kekalkan sokongan (kepadanya)," kata Razlan ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Setakat ini Khairy masih belum menyatakan pendirian untuk mempertahankan jawatannya sekalipun menyokong jawatan nombor satu itu dipertandingkan.

Dengan pengumuman itu, Mohd Razlan menjadi individu terawal menawarkan diri merebut jawatan itu.

'Plan B' jika KJ pertahan?

Ketika ditanya 'plan B' beliau jika Khairy akhirnya memutuskan mempertahankan kerusi itu, Razlan hanya menjawab:

"Saya hanya fokus sekiranya KJ tidak pertahan jawatan ketua Pemuda," katanya yang masih belum mahu mencatur peluangnya ekoran lawannya masih belum jelas.

Pengumuman itu sekali gus menyemarakkan bahang menjelang pemilihan Umno, terutamanya di peringkat sayap parti Melayu itu.
HOT : RAZLAN UMUM BERTANDING JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA... HOT : RAZLAN UMUM BERTANDING JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:19 AM Rating: 5

5 comments:

  1. mangkuk sumbing ini statement bodek - muka pembodek - kok ramai mcm silobai ni bokocai umno - umno satu grabak penuh manusia mcm sibedul niiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. Nasihat untuk mangkuk ini, tidak payah lah nak bertanding KP , Siputih pun tidak dapat ditawan semula inikan pula jika menang jawatan nak jaga satu Malaya.
    Lebih kuah dari sudu, perbetulkan dulu UMNO Seputih sebelum bercadang melangkan jauh.

    ReplyDelete
  3. Skit pun xde aura dan kebijaksanaan serta kebolehan
    Sapa pilih mmg bodoh la
    Pemuda dh tandus sgt calon,.
    Calon parlimen paling haprak nak dipilihnya

    ReplyDelete
  4. Dah jelas menampakan sikap bacul dan mengampu..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.