Thursday, August 15, 2013

Inilah antara pemimpin PAS yang telah berjaya dikafirkan oleh DAP... Sanggup melihat agama sendiri dihina dan dipermainkan hanya kerana untuk menjaga jawatan dan hati rakan sekutu yang menjemputnya untuk merasmikan program...

Sebagai seorang pemimpin... Mujahid sepatutnya berterima kasih pada pihak Polis dan bukannya menyalahkan mereka kerana jika pihak Polis tidak campur tangan dalam kes sebegini, keadaan mungkin akan menjadi lebih tegang dan keselamatan mereka yang terlibat mungkin dalam bahaya.. 

Dan yang paling penting..ada laporan polis dibuat rakyat Malaysia mengenai isu tersebut...Jadi pihak Polis terpaksa menjalankan tugas mereka melakukan siasatan..ADA FAHAM?? Bukannya nak menakutkan rakyat Malaysia seperti yang didakwa...



Seorang pemimpin PAS mengecam perbuatan menerbitkan dan mensensasikan isu-isu agama sehingga mengganggu sensitiviti rakyat Malaysia terutama selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, perkembangan itu tidak baik untuk rakyat Malaysia dan Islam secara keseluruhannya. 

Menurutnya, trend selepas pilihan raya umum itu menunjukkan, 51 peratus pengundi yang kebanyakannya bukan Melayu dan bukan Islam beralih menyokong Pakatan Rakyat. 

Mujahid berkata lagi, "kes-kes terpencil" seperti surau di Johor yang digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha dari  Singapura dan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof yang ditahan kerana menghina Islam sepatutnya boleh diselesaikan di kalangan mereka yang terlibat, bukannya polis.


Mujahid yang juga merupakan Pengerusi Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara itu berkata lagi, apabila seseorang yang beragama Islam melakukan suatu perkara buruk, ia tidak mewakili keseluruhan masyarakat itu dan begitu juga dengan yang bukan Islam. 

"Terdapat satu agenda untuk mewujudkan ketakutan dan kebencian di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu.

"Ia bukan secara langsung tetapi terdapat gambaran bahawa keadaan boleh menjadi lebih buruk kepada masyarakat antara agama dan berbilang kaum ini jika mereka terus menyokong Pakatan," kata Mujahid selepas melancarkan Festival Etnik Rawo Pulau Pinang di Pulau Pinang hari ini.  - 



6 comments:

Anonymous said...

termakan budi dapig di parit buntar

Anonymous said...

alah....PAS bukan nak jaga agama pun...semuanya nak cari makan je...

QalamQabut said...

Tepat sekali tajuk itu.

Demi jawatan dan kuasa, PAS sanggup buat apa saja, walaupun menjual agama.

Anonymous said...

Eleh!pas nk jual mee sop tulang kt ceramah jer.

Anonymous said...

Azeez rahim punya cerita terbaru takde ke? Takkan dah senyap, banyak orang tak senang duduk azeez jadi pengerusi tabung haji, ungku aziz dah letak benchmark pengerusi tabung haji di satu tahap yg tinggi, dari segi akademik dan pangalaman bisnes. Ya betul azeez byk buat kerja kebajikan tapi tak boleh disamakan dgn dunia korporat. Azeez buat kerja kena ada kamera wartawan dan blogger, sbb nak canang satu dunia ex tingkat 4 ni buat kerja moolia, belakang masyukk...buat kerja ada makna

Anonymous said...

Anon. 3.20 PM
Orang ceta pasai ayam hang ceta pasai itik nak kata tak sekolah tak patut tapi bolo..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.