Thursday, August 15, 2013


Selepas kemelut yang panjang dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), DAP akhirnya memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat CEC yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Sementara itu pengerusi DAP Karpal Singh dalam kenyataannya berkata parti itu memutuskan demikian demi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS.

Karpal berkata, mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada malam tadi memutuskan demikian demi kepentingan jangka panjang parti berkenaan.

Katanya, jawatankuasa DAP memutuskan demikian walau berpendapat bahawa arahan DAP untuk menjalankan pemilihan semula itu tidak mengikut undang-undang...

** Nak cover malu kena kata la arahan DAP untuk menjalankan pemilihan semula itu tidak mengikut undang-undang..Kalau betul tak ikut undang-undang...Buat apa buat pemilihan semula..Cabar la keputusan tersebut atau saman ROS di mahkamah..DAP kan banyak loyar yang hebat-hebat...


1 comments:

Anonymous said...

Natang ni memang jenis dok malu

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.