TERKINI : USTAZ AZHAR JADI CALON PRK KUALA BESUT??


Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili Pas, memberikan jawapan 'tidak' sebanyak tiga kali.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai 'Ustaz Azhar' beliau mengiyakan kerana menyangka pemberita merujuk kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.

“Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan (Besut),” katanya.

Bagaimanapun, beliau membetulkan identiti orang yang disenaraikan itu selepas menyedari Ustaz Azhar yang dimaksudkan media adalah Azhar Idrus.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Ustaz Azhar Idrus sebagai kemungkinan disenaraikan calon Pas pada PRK ini.

Mengulas lanjut mengenai Azhar Idrus, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, ikon agama itu tidak berminat bertanding bagi mewakili parti politik.

“Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,” katanya.

Selain Wan Azhar, satu-satunya calon Muslimat yang ditempatkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.

Beliau turut menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan Pas.

Mohd Abdul Wahid turut mengumumkan Adun Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Negeri.

“Jentera pilihan raya sudah kita lantik dan lepas ini, kita akan pastikan jentera kita bergerak lancar,” katanya.


TERKINI : USTAZ AZHAR JADI CALON PRK KUALA BESUT?? TERKINI : USTAZ AZHAR JADI CALON PRK KUALA BESUT?? Reviewed by Empayar Pemuda on 5:46 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Aku xmau pnceramah mi segera ni.ckp ikut sesedap rasa.menuntut universiti mana pun xtau.guna ayat lucah buat org ketawa spt perangai setan.
    Masjid dah disalah guna.sepatutnya didik org melayu bersatu padu bukan dgn lawak bodo tahap antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Iklankan produk dan perniagaan anda di

    www.produkmuslim.info

    Daftar segera ia percuma

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. saya suka Ibnu Idrus jadi calon Pas, mesti meletop kisah Madu Tiga. Tapi pas dah agak...tempah maut la kalau Ibnu Idrus masuk...mana ada org pempuan nak undi dia.

    ReplyDelete
  4. ASyik haprak dan bodoh itulah yang kerap dia sebut,kalau jadi ADUN bolehlah tambah cawangan lagi.

    ReplyDelete
  5. Mamat bangka ni...tak payah laa...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.