Monday, July 22, 2013




4 gadis Islam merupakan antara 20 peserta yang finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.

Difahamkan lagi, pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu telah dibuat dalam satu sesi interbiu tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini dengan tema pertandingan iaitu ‘Kecantikan Dengan Tujuan’.

Seorang pemenang yang akan dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2013 akan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan menjadi duta bagi beberapa produk dan mewakili negara pada pertandingan Miss World 2013 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28 September nanti.

Menurut Datuk Anna Lim, ada 4 penyertaan finalis beragama Islam pada pertandingan ratu cantik itu tahun ini.

“Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang,”.

Selain gelaran utama, peserta turut akan merebut 8 gelaran yang disediakan iaitu Miss Fashion Metrojaya, Miss Body Beautiful Wacoal, Miss Beautiful Eyes Optimax, Miss Personality, Miss Photogenic, Miss Beautiful Skin dan Miss Elegance.


Bagaimanapun, fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik adalah jelas menyatakan haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.

Dan Difahamkan kini 4 finalis beragama Islam telah dibatalkan penyertaan setelah Dato’Anna Lim, penganjur Miss Malaysia World 2013 memutuskan untuk mematuhi garis panduan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, “Perempuan Islam tidak dibenarkan berada di dalam pertandingan ratu cantik”.

Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992.



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.