Monday, July 15, 2013

HOT : MAAF SAJA TIDAK MENCUKUPI...

Ini perkara sensitif terhadap umat Islam.Atas sebab ini Pemuda UMNO Malaysia anggap permohonan maaf pasangan seks Alvin Tan dan Vivian Lee kerana isu 'selamat berpuasa bak kut teh' di facebook mereka tidak cukup.


Ketuanya Khairy Jamaluddin kata kesalahan mereka ini cukup jelas malah mereka sendiri sudah mengaku.

Beliau menegaskan tindakan tindakan segera harus diambil keatas pasangan itu.

Jawab soalan dalam sidang akhbar mengenai BN Job Fair 2013 di ibupejabat UMNO di PWTC Isnin,Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan tindak tanduk mereka mempersenda Ramadan dan umat Islam di laman sosial itu sangat serius.

Khairy berkata, Pemuda UMNO tidak nampak sebarang alasan untuk pasangan tersebut dilepaskan memandangkan semua bukti kesalahan yang mereka lakukan jelas di depan mata.

"Jika Alvin dan Vivian dilepaskan begitu sahaja, rakyat akan mendapat isyarat salah dan akan menyangka bahawa mereka juga boleh terlepas seperti pasangan itu jika mempermainkan isu-isu sensitif yang menyentuh keharmonian negara," katanya.



Isu pasangan yang mempersenda kesucian bulan Ramadhan menerusi ucapan yang disiarkan di laman facebook mereka telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Ahad pasangan itu telah memuatkan naik permohonan maaf mereka kepada umat Islam menerusi satu klip video di YouTube.

Pada jam 10.45 pagi ini Alvin dan Vivian datang ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan bagi bantu siasatan kes mereka.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Operasi SKMM, Zulkarnain Mohd. Yassin berkata, siasatan masih berjalan dan kedua-duanya sedang diambil keterangan apabila datang ke pejabat suruhanjaya itu pada pukul 10.45 pagi ini.

"Kita harap dalam masa satu atau dua hari lagi kertas siasatan akan disiapkan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang ditemui wartawan di lobi parlimen berkata SKMM diarah menjadikan video mohon maaf pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang dimuat naik dalam YouTube sebagai bukti siasatan terhadap perbuatan mereka.

Menurut beliau kes yang melibatkan pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.-AgendaDaily

2 comments:

Anonymous said...

potong lancau dia sampai habis...baru tahu tak dapat buat sex lagi

Anonymous said...


banyak senang kalau macham tu bunuh orang lepas itu minta maaf boleh lepas kah kah kah


Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.