Wednesday, July 24, 2013


Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.


Just as news that four Muslim girls were participants had made headlines, however, it was published that a 'fatwa' existed banning Muslim women in Malaysia from participating in beauty pageants. Wawa, Miera, Kathrina and I were disqualified!
Today I am saddened, disappointed and outraged that in 2013 the country's largest ethnic race cannot participate in Miss Malaysia.
The reason why the 'fatwa' was created in 1996 no longer exists. Competition rules allow Muslim girls to dress modestly. Even if not, shouldn't religion be a personal choice? The first Muslim girl won Miss World USA in 2010, and in UK similarly many years ago.
Miss World pageant isn't about parading women to entice lust in men but to show the elegance and inner beauty of a woman since the organisations aim to help others through charities.
Why prevent us from making the country proud? If wearing tight attire is such a sin, why not ban swimming and gymnastics too?
Dan hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyifatkan, kenyataan bekas peserta Miss Malaysia World 2013 yang kecewa dengan fatwa mengharamkan orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik, sebagai menghina Islam.

Dalam kenyataannya petang ini, JAWI merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini, yang antaranya memetik reaksi dua daripada empat peserta Muslim pertandingan itu, iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard dan Wafa Johanne De Korte.

"Berdasarkan laporan akhbar tersebut, peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

"Oleh itu kenyataan tersebut dianggap telah menghina Islam," menurut kenyataan jabatan agama Islam itu lagi.

Fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WIlayah Persekutuan 1993 memutuskan, menyertai, menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa untuk pertandingan ratu cantik haram dan berdosa bagi orang Islam. 

Sehubungan itu, JAWI hari ini berkata, bahagian penguatkuasaannya kini telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Menurut jabatan itu, sebagai agensi penguatkuasa agama, JAWI akan akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti serta keterangan yang mencukupi.

"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya. 

Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

19 comments:

Anonymous said...

apabila berfikir tanpa berdasarkan ajaran islam....elok juga sumbat dalam penjara. sekurang-kurangnya dapat hadiri kuliah secara paksarela

maae said...

Bagus di buat siasatan.

Kemudian tugas JAWI beri tarbiah. Jika sudah melalui sesi kaunseling, timbul tidak rasa berdosa si polan terhadap Allah SWT, terhadap seluruh umat Islam dan kesalahan nya menghina Islam? Kemudian di nasihatkan meminta maaf secara publik.

Jika di lihat si polan jahil pasal agama nya. Kemungkinan kehidupan harian nya tiada langsung menghayati ciri-ciri keislaman.

Kini sudah terlalu ramai anak-anak Islam terkorban akidah mereka akibat bawaan LGBT dan laungan kebebasan beragama yang di momok sendiri oleh melayu yang berfahaman liberal.

Sebenar nya tiada istilah Islam itu liberal atau di namakan Islam Liberal. Manusia memang hebat menipu dan menzalimi diri sendiri.

Anak Jawi said...

Betapa mudah mereka tertipu oleh mainan golongan yang ingin menyesatkan.

Sudah tentu ada perbezaan diantara Muslimat dan kafirun. Dan tahniah kepada JAWI kerana mempunyai kuasa untuk menjaga maruah Muslimat dari aib dan fitnah.

Anonymous said...

tak habis-hais spesis arab jadian di malaysia ni...korang jgn sibuk kawal hidup org lainlah..korang jagalah hidup korang...budak2x melayu moden ni tak kacau pun korang..korang duduk jelah arab saudi tu pompuan semua mcm hantu kum kum...ntah hape-hapelah...menteliti mysoginist keparat

Anonymous said...

tak habis-hais spesis arab jadian di malaysia ni...korang jgn sibuk kawal hidup org lainlah..korang jagalah hidup korang...budak2x melayu moden ni tak kacau pun korang..korang duduk jelah arab saudi tu pompuan semua mcm hantu kum kum...ntah hape-hapelah...menteliti mysoginist keparat

Anonymous said...

Anon diatas...kalo ko sorang muslim...istighfar byk2 dan mengucap semula syahadah...

Anonymous said...

siapa kata tak kacau kitorang??? menjd tanggungjwb kitorg sbg muslim utk mempertahankan agama serta perilaku penganutnya. YG KEPARAT TU KAMULAH 7:36AM....!!!

Anonymous said...

MEREKA2 YG MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH, KAU JAWABLAH DEPAN ALLAH NANTI....

ANNISHA BINTI NORDIN said...

mmg mrk ni ptt di ajar..org yg tktau agama ptt di beri ajaran ..

che mat said...

alaa kalu mereka masuk penjara lama mana pun..belum tentu insaf..

Anonymous said...

Apabila Fatwa dh mengatakan hukum nya Haram Dan Berdosa maka haram dan berdosa lah ia. Sbg Umat Islam kita wajib akur kpd fatwa yg telah diputuskn..Cuma mungkin gadis2 ni tdk berpuas hati kerana tiada fatwa yg dibuat terhadap peserta Islam yg terlibat dgn Jimnastik dan acara Renang...kenapa fatwa berpilih2 kata gadis2 tu agak nya!

Anonymous said...

FATWA mengatakan bahawa syisya adalah HARAM.
Kalau x suka syisya haram , sila keluar dari Malaysia

Anonymous said...

smetimes i just don't understand.why they can't enter the beauty pageant eventhough the dress code for this year is about modesty and in order to respect the country, there's no bikini will be shown. but why competition like 'dewi remaja' , 'ratu kebaya' and 'gadis m2' still can be done?as for me they also showed a lot of skins and mostly malay girls compete in the competition. and what's the different between all these competitions with the beauty pegeant if there;s no bikini?can someone care to explain this??

Anonymous said...

dan yang bagusnyer smu yang kutuk nie.macm xde kesalahan dri.at ;east for sara,she sticks to what she believed, and asking for the right justice,asking for the right choice and u guys criticizing her by using such kind of words. even in islam says, one way to approach someone is in a good way,not by bad mouthing. i do believe u guys have brains,or am i wrong?if u do,please say in a good way,it is too excruciating reading all these comments from those who think they are sooo right!

Anonymous said...

klu nak siasat...biar siasat semua aspek skali...jgn hanya tgk pada miss universe saje...sila siasat juga artis dan org sekeliling anda juga...contoh adik beradik,pakwe makwe,mak ayah dan diri sendiri...so klu 1 keturunan korang sempurna...leh la korang kutuk kaw2 si sara amelia ni...klu masih tonggang langgang...baik korang jaga tepi spenda korang sendiri...korang kene ingat...yg korang tgk buruk x semestinya buruk...begitu gak sebaliknya...

Anonymous said...

lagi 1...korang baca komen2 ttg sara amelia ni...sume pakat nak tunjuk diri tu alim sesangat....korang tgk plak komen neelofa plak...mane perginya komen alim korang...

Anonymous said...

I love Sara Amelia!

Sara Goh said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

as for me, apa yang dia cakap ada betul. bukan na backup dia, but yes, ratu cantik berdosa n xboleh masuk then kenapa xbanned semua artis yang xbertudung n menutup aurat? kan mendedahkan aurat tu haram & berdosa? just because she well said the fact, na penjarakan dia? its nonsense. sebab dia raise up isu yg betul n mmg terjadi pun. if na banned, biar banned semua. Islam kan agama yang adil. Mohon sangat penjelasan berkaitan isu kenapa xbanned artis yang xmenutup aurat sedangkan, hukumnya sama seperti menyertai pertandingan ratu cantik, both are sinful, tapi knp hanya satu je yang diketengahkan? and if ratu cantik ni haram, kenapa plak pertandingan mcm ratu kebaya, dewi remaja, miss gifted tu boleh plak lepas? sama je fatwa dia kan? Pihak yng bertanggungjawab, u owe me explainations. thanks.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.