HOT : JIKA PAS MENANG..ANWAR AKAN MENGADAP PERDANA MENTERI TURKI.... #KualaBesut

Hebat cara Anwar berkempen...Bukan Malaysia tapi DUNIA akan beri perhatian pada PAS jika berjaya membawa tema 16:16 pada pilihan raya kecil kali ini...Dan yang menariknya, Jika PAS menang, Anwar nak ceritakan kemenangan ini pada Perdana Menteri Turki...Hahahaha...Tergamam EP...hehehehe..Kenapa Turki?? Apa kena mengena Turki dengan lanskap politik di Malaysia??


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon PAS Azlan Yusof bakal mengubah landskap politik Terengganu dan dianggap luar biasa dalam sejarah negeri itu.

Katanya lagi, dunia akan memberi perhatian mengenai perjalanan politik di Terengganu jika PAS berjaya membawa tema 16:16 pada pilihan raya kecil 24 Julai ini.

"Percayalah, menang ia akan mengubah politik Terengganu. Seluruh negeri akan menjadi tumpuan. Seluruh kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini.

"Dunia akan memberikan perhatian selepas menang dalam pilihan raya kecil," katanya dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu di Kampung Tok Saboh malam tadi.

Anwar berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan akan menceritakan kepada pemimpin Islam itu, jika PAS berjaya mencapai kemenangan.

"Saya nak cerita, kalau menang PAS di Kuala Besut, akan membawa perubahan peta politik Terengganu dan dengan sendirinya berubah dengan rakyat memberi perhatian tentang kedudukan politik tanah air.

"Oleh itu, jangan menganggap pilihan raya ini suatu perkara yang kecil," katanya di hadapan kira-kira 1,000 orang. - Malaysiakini
HOT : JIKA PAS MENANG..ANWAR AKAN MENGADAP PERDANA MENTERI TURKI.... #KualaBesut HOT : JIKA PAS MENANG..ANWAR AKAN MENGADAP PERDANA MENTERI TURKI.... #KualaBesut Reviewed by Empayar Pemuda on 10:09 AM Rating: 5

1 comment:

Popular

Powered by Blogger.