Thursday, June 13, 2013


Generasi muda dipelawa terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negara di peingkat Kerajaan Persekutuan menerusi latihan amali yang dikenali sebagai program Felo Perdana.

Menerusi program itu peserta Felo Perdana akan bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutan bagi membantu menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan agenda nasional.

"Inilah masanya bagi anak muda Malaysia yang mempunyai aspirasi untuk terlibat secara langsung di dalam kepimpinan tanahair disamping menyumbang kearah pembangunan negara.

"Sebagai Felo Perdana, anda akan bertugas sebagai pelatih eksekutif kepada menteri Kabinet di mana anda akan membantu mentor anda dan juga pegawai-pegawai kanan beliau merancang dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan disamping membantu di dalam usaha penerangan tentang pelbagai program kerajaan melalui media sosial dan saluran komunikasi strategik yang lain," kata kenyatan yang disiarkan melalui laman web rasmi www.perdanafellows.com.

Selain itu program Felo Perdana ini juga dirangka bagi memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak iaitu menteri dan juga felo yang terlibat.

Peserta yang terpilih akan didedahkan kepada urusan penting di dalam pentadbiran tertinggi kerajaan disamping peluang untuk mencurahkan bakti dalam menjayakan agenda nasional dan segala program transformasi yang dibawa Perdana Menteri.

Kerajaan menawarkan dua kategori latihan amali iaitu Felo Perdana Siswazah kepada semua mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) serta Felo Perdana Graduan yang terbuka kepada semua graduan baru daripada IPT.

Calon yang berminat boleh menghantar permohonan sebelum 20 Jun ini ke perdanafellows@kbs.gov.my.

2 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.