Wednesday, June 19, 2013


Ketika saya membaca tajuk berita "14 hasut demonstrasi diberkas" (Utusan Malaysia 16 Jun 2013 hal 11) apa yang terlintas di kepala saya adalah betapa pintar sekali ‘‘puppet master’’ mendidik elemen anarkis meneruskan agendanya menimbulkan bibit huru-hara di negara ini.

Seperti dilaporkan oleh akhbar itu, selepas 14 orang peserta demonstrasi itu disoal-siasat (“diambil keterangan") oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka akan dibebaskan pada hari yang sama. Mereka tak perlu “tinggal semalam" dalam lokap polis. Kesimpulannya, saya kira tidak seorang anggota flashmob ini khuatir dia akan menghadapi apa-apa kesusahan atau kesulitan diri akibat perbuatannya pada hari itu.

Agenda puak anarkis untuk menimbulkan huru-hara adalah suatu realiti yang mesti kita terima. Hanya yang buta hati akan terus menafikannya.

Kehadiran peserta flashmob di Bangunan Sogo pada petang Sabtu 15 Jun itu adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Kumpulan inilah yang sebelum ini telah mengisytiharkan akan menggulingkan kerajaan menerusi “kuasa rakyat" (people power) setelah parti politik yang mereka sayangi kecundang merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13).

Kekalahan ini amat sukar sekali mereka terima disebabkan mereka begitu yakin dengan “spin" ciptaan mereka sendiri sebelum itu yang mengatakan mereka pasti menang. “Spin" awal itulah yang kemudian disusuli dengan “spin" kedua, iaitu mereka kalah disebabkan perbuatan jahat “penipuan SPR".

Barangkali masih ramai yang tidak percaya kewujudan dan keberkesanan “spin" kumpulan ini. Izinkan saya berkongsi cerita untuk membuktikan betapa anak muda di Lembah Klang “percaya sungguh" spin yang didendangkan oleh puak ini - iaitu Pakatan akan menang besar dalam PRU-13 yang lalu itu. Kita hanya menafikan kebenaran sekiranya kita masih beranggapan hulubalang maya (cyber troopers) yang diberi nama RBA (Red Bean Army, tentera kacang merah) tidak pernah wujud.

Bagi anda yang biasa menggunakan KLIA pasti tahu bahawa balai berlepas domestik adalah di aras 5. Untuk berlepas kita perlu melalui proses pemeriksaan keselamatan sebelum turun escalator dan terus bergerak ke sebelah kanan (ke pintu-pintu A) atau ke sebelah kiri (ke pintu-pintu B) sebelum menaiki pesawat udara. Di tempat kita turun itu kita akan bertemu dengan kiosk menjual bahan solekan wanita (kosmetik) dan akhirnya kiosk menjual coklat.

Kira-kira dua minggu sebelum PRU-13, pada satu petang saya ada di situ untuk pulang ke Alor Setar, Kedah. Ketika saya turun dari escalator itu, saya terserempak dengan Anwar Ibrahim yang pada masa itu sedang asyik bergambar dengan dua wanita muda, penjual kosmetik.

Setelah menyedari kehadiran saya di situ, dia terus berpaling dan berjalan pantas menuju ke arah kiosk menjual coklat, dan lepas itu menghala ke kanan ke pintu-pintu A. Saya jangkakan dia pergi ke Golden Lounge (di sebelah pintu A2), dewan menunggu sebelum kita berlepas.

Sewaktu saya sampai ke bahagian kiosk menjual coklat itu, dia sudahpun berlalu dan tidak lagi kelihatan. Di situlah saya bertembung dengan beberapa penjual coklat (wanita muda keturunan Cina, umur sekitar 20-25 tahun) berbual dengan begitu teruja sekali sambil melihat ke arah pintu-pintu A, pastinya arah yang dituju Anwar.

Berikut adalah antara perbualan mereka (dalam Bahasa Inggeris) yang saya dapat dengar dengan jelas. Terjemahan perbualan mereka adalah seperti berikut -

“Itulah dia. Awak nampak tak?"

“Siapa?"

“Dialah. Tak kan awak tak nampak"

“Tak nampak. Dia siapa?"

“Dialah. Perdana Menteri kita"

Saya tersenyum bila mendengar perbualan itu, menganggapnya (pada masa itu) sebagai hanya satu jenaka biasa antara wanita muda, yang nampaknya menganggap Anwar sebagai idola mereka.

Hanya setelah PRU-13 berlalu dan Anwar mengugut akan mengadakan perhimpunan haramnya dan protes jalanannya barulah saya sedar bahawa barangkali sebahagian besar penduduk bandar raya Kuala Lumpur (termasuklah wanita-wanita muda yang menjual barangan kosmetik dan coklat) sudah begitu yakin sejak awal lagi bahawa Pakatan akan menang dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Disebabkan rancangan partinya merampas Putrajaya tidak berjaya, ini pasti perbuatan jahat SPR yang mencuri kemenangan mereka!!

Dengan bahasa mudah, peristiwa yang saya alami itu adalah antara bukti bahawa spin puak ini memang berkesan sekali mempengaruhi minda rakyat biasa, terutama sekali golong muda seperti penjual kosmetik dan coklat di KLIA itu.

Tidak hairanlah kita selepas PRU-13 berlalu, elemen anarikis terus menerus merancang pelbagai peristiwa dengan maksud menarik perhatian dan mendapatkan sokongan orang awam. Bermula dengan “silent walk" oleh remaja berbaju hitam, diikuti perhimpunan haram “Blackout 505" di beberapa tempat di seluruh negara (ada juga perhimpunan serupa diadakan di Singapura), kini disusuli pula dengan kehadiran flashmob di Sogo (barangkali sebagai rehearsal awal), manakala peristiwa mutakhir (finale) yang dirancang adalah protes mega jalanan.

Pada 15 Mei lalu beberapa blog melaporkan Anwar sebagai berkata bahawa Pakatan Rakyat akan meneruskan perhimpunan di tempat tertutup, kononnya bagi memberi peluang kepada pengundi “menyuarakan kemarahan mereka" terhadap “kecurangan pilihan raya 5 Mei lalu." Anwar menambah bahawa desakan “menganjurkan demonstrasi jalanan" bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional “adalah cadangan dari NGO dan bukan pendirian rasmi" Pakatan.

Mengikut versi Anwar ini, protes jalanan yang akan diadakan tidak lama lagi itu adalah idea atau inisiatif NGO, bukan satu program rasmi Pakatan. Boleh percayakah kita?

Kebetulan, dalam akaun facebook https://www. facebook. com/mediarakyatnet, saya terjumpa gambar anggota flashmob yang berhimpun di Sogo dan Masjid India dimasukkan dalam kereta (Black Maria PDRM), pastinya untuk dibawa ke balai bagi maksud siasatan (diambil keterangan).

Di bawah gambar itu ada posting oleh seorang remaja Cina bernama Chan Pheng Moong yang amat biadab sekali, jelas melanggar beberapa undang-undang negara. Selain memaki hamun polis, dia juga menghina undang-undang, mencerca Menteri dan Perdana Menteri. Inilah anak-anak muda yang terus diracuni fikiran mereka serta digembleng oleh puak-puak anarkis ini, dan sekiranya anak muda liar seperti ini dibiarkan terus bermaharaja-lela di ruang siber, huru-hara di masa depan bukan satu fantasi lagi.

Sementara kita tunggu tindak balas PDRM selanjutnya, sama-samalah kita tunggu dan lihat jika ada mana-mana pihak yang akan membuat laporan polis mengenai anak muda yang kurang ajar ini. - Utusan







2 comments:

Anonymous said...

Rasanya rakyat dah muak dengan perangai Cinabeng2 ni...rakyat juga dah muak kerana KDN lembab...mungkin patut tukar sj kerajaan atau menteri2 kabinet yang dah mentally expired ni...jgn2 menteri KDN pun masih 'kamcing' dgn Anwar Ibrahim sudahlah...jahanam ini negara.

Anonymous said...


anuar brahim terus meroyan jadi pm. manusia gila tidak sedar dirinya gila dengan berbagai rupa.

langau dan hulubalang upahan akan reda dari bertindak menurut ketua gila, sekarangpon anuar sedang bermain dengan taik yang ditabur merata tempat. selepas ini pengikutnya akan sedar dan menjauhkan diri kerana anuar semakin jijik dibaluti taik diseluruh badannya.....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.