Thursday, June 13, 2013

Apa sudah jadi ni..cakap tak serupa bikit Hari tu puak-puak ni beriya-iya nak boikot keputusan pilihanraya..Anjur itu dan ini kononnya nak bangkitkan kemarahan rakyat untuk bersama-sama mereka membantah keputusan pilihanraya..tapi bila plan tak menjadi..dengan muka tak malunya..senang-senang je dia orang buat U TURN dengan alasan nak berkhidmat untuk rakyat setelah diberi kepercayaan..tak ke macam haram j perangai...susahkan rakyat je...


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya membuat pusingan 'U' terhadap cadangan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat parti itu tetap akan menghadiri upacara tersebut.

"Saya ingin menjelaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

"Semua Ahli Parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu nanti. Selepas itu kami akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan bersungguh-sungguh," katanya menerusi satu kenyataan lewat malam Rabu.

Sebelum itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut dilaporkan berkata tidak bersetuju dengan cadangan memboikot upacara angkat sumpah tersebut.

Tegas Zuraida, semua wakil rakyat PKR perlu menghadiri majlis berkenaan bagi melayakkan mereka turut serta dalam sesi persidangan Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

Pada 7 Jun lepas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sätu laporan menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.

Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu membuat pendirian yang sama dengan DAP dan Ahli Parlimen Pas akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.