HOT : AC MIZAL BELI PESAWAT KOMERSIAL...??


Penyanyi dan pengacara, Dato' AC Mizal akui telah melaburkan jutaan ringgit Malaysia untuk membeli ruang iklan di syarikat penerbangan terkenal, AirAsia bagi mengiklankan nama laman sosial miliknya iaitu Mface.

AC Mizal berkata, pihaknya telah membeli ruang iklan Mface di syarikat penerbangan AirAsia itu selama setahun dengan memuatkan logo besar milik laman sosial tersebut.

"Sebenarnya, saya tidak boleh mendedahkan berapa nilai pembelian saya tetapi saya boleh katakan ianya sudah tentu mencecah jutaan ringgit. Namun, saya bukanlah membeli satu kapal terbang milik AirAsia untuk kegunaan saya tetapi saya menggunakan sebuah kapal terbang milik mereka untuk diletakan logo Mface selama setahun di luar permukaan kapal serta iklan di dalam majalah 3Sixty keluaran AirAsia.

"Dalam masa setahun itu, kapal terbang ini akan membuat penerbangan di sekitar Asean. Alhamdulilah, kini cita-cita saya hendak melihat Mface terbang tinggi ke udara telah tercapai," katanya kepada murai.com.my

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran mengumumkan kerjasama yang =terjalin di antara syarikat laman sosial milik Dato` AC Mizal, Mface bersama syarikat penerbangan terkenal, AirAsia.

Menurut AC Mizal lagi, pelaburan yang dilakuan ini diharap dapat membuktikan kepada orang luar terutama rakyat Malaysia bertapa seriusnya dalam bidang perniagaan terutama perniagaan laman sosial tersebut.

"Saya tahu, ianya satu pelaburan yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan kepada orang di luar sana bahawa perniagaan yang saya jalankan selama ini bukanlah yang sia-sia tetapi menjana keuntungan.

"Lagipun saya rasa rakyat Malaysia patut berbangga dan menyokong dengan produk Malaysia yang saya usahakan selama ini," jelasnya lagi.

Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina. - Murai


HOT : AC MIZAL BELI PESAWAT KOMERSIAL...?? HOT : AC MIZAL BELI PESAWAT KOMERSIAL...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:23 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Iklankan produk dan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

    Ekonomi teguh, ummah kuat sokongan anda amat dihargai

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. sekarang ni tengah panas...dengan isu orang melayu memboikot perkhidmatan airasia...tiba2 dia ni pulak nk mengkaya kan ....si tony ni....

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.