Monday, May 20, 2013


Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. 

-Bernama

8 comments:

Anonymous said...

tajuk kata didedahkan, tapi berita sebaliknya.
bodoh punya blog

akuMelayu said...

kalau tak letak tajuk macam tu....orang bodoh macam kau....tak kan baca.....bodoh betul....

Anonymous said...

Hehe.. pkt2 bodoh..

Semua org dah tau saper 3 ekor babi tu..
Lg mau dedah mender nyer..

Tangkap jerlah...
Meluat dok dgr dedah sana..
Dedah sini..

Last2.. kena AMARAN jerrr
Mcm sial bapok !!!

Anonymous said...

Pelik la awak tak nampak titik yang banyak ada sekolah ka

Anonymous said...

Bodoh la kau dah tentu ada sebab buat kerja biar bagus, ini dah kalah pun mengaku menang nak ajak rakyat demo bodoh punya pembangkang tak de standart tak cukup akai

Anonymous said...

Cepat la sikit.main dedah2 je mana syok.kasi betul2 la......

Tangkap.bicara.hukuman berat.

Anonymous said...

rilex semua... biar diaorang kumpulkan semua bukti 100% baru tangkap...kalau xcomplete nanti dia senang putar belit... harap agung xampunkan...

Anonymous said...

Jgn risau...kalau lari...cabut terus kerakyatan.. Tak abis duit nak buat persidangan. Bior dia mengangkang kat sulu pulak. Cai...pasti kiram sambut baik..dpt duit byk

Yg melalak geng adam tak dpt duit lagi. Kalau tak dah tentu dibayar kalau melalak depan court

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.