TERKINI : SURAT SOKONGAN PROF. DR YUSUF AL-QARDAWI PALSU..? #GE13 #PRU13


Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad hari ini berkata, beliau tidak percaya ulama tersohor Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi menghantar surat sokongan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

"Sebagai seorang tokoh ulama Islam tersohor adalah mustahil bagi beliau untuk mencampuri urusan politik sesebuah negara," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

"Saya tidak percaya surat ini datangnya daripada seorang ulama seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi yang melihat umat Islam dalam semua perspektif.

"Dia seorang ulama tersohor dan mempunyai kebijaksanaan yang tinggi. Saya mempunyai keyakinan bahawa surat ini tidak ditulis oleh beliau," jelas beliau.

Baru-baru ini Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan risalah yang didakwa mengandungi surat terbuka daripada Al-Qardawi yang menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.

Ismail Mina berkata, penduduk Permatang Pauh perlu melakukan transformasi dalam pemikiran mereka dengan menolak Anwar daripada diundi pada hari pilihan raya umum esok.

"Jadi kita mengajak para pengundi Permatang Pauh, mari kita ubah cara berfikir kita... Jom ubah daripada memilih satu individu, (atau) kumpulan parti yang sudah 15 tahun (memerintah Permatang Pauh) kepada pemikiran baharu yang akan dibawa oleh (calon BN Permatang Pauh) Dr. Mazlan Ismail," katanya.

Ismail Mina berkata, rakyat perlu memilih kerajaan yang mempunyai agenda yang jelas termasuk agenda untuk mempertahan dan memulihara Islam dan ia terbukti di bawah kepimpinan kerajaan BN. - BERNAMA


TERKINI : SURAT SOKONGAN PROF. DR YUSUF AL-QARDAWI PALSU..? #GE13 #PRU13 TERKINI : SURAT SOKONGAN PROF. DR YUSUF AL-QARDAWI PALSU..? #GE13 #PRU13 Reviewed by Empayar Pemuda on 8:25 AM Rating: 5

3 comments:

  1. cakap la xtau arab... x baek menfitnah.... baek tanye sendiri sheikh yusuf al qardawi sendiri la...ni setakat pendapat individu je... aku pon boleh cakap.. haha... :D kalo boleh, tunujukkan bukti yang kukuh yeeeee... jangan busuk hati sangat.. jernihkan hati tu... g belaja bahasa arab... kalo x percaye translation tu... n aku doakan kau dibuka pintu hati oleh Allah.. n moge mendapat taufiq dan hidayahNya... amin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan fikir ilmuan tu tak tahu menilai kesahihan video anwar.sebelum nak doakan orang lain,baik ngko doa untuk diri ngko dulu.

      Delete
  2. HAHA..kesian kt admin dh la bodoh bebal pulak tu..dh xtaw bhs arab p la belajaq..lepaih tu br post topik pasai surat ni..kalau rosmah kata surat tu palsu mesti admin bebal ni percaya..macai selama lamanya..Adios.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.