Friday, May 10, 2013



Sebentar tadi dalam sidang media kontroversi, Azmin Ali menafikan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu.


Katanya, dakwaan beliau akan keluar parti hanyalah khabar angin dan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana menyebarkan berita tersebut...Dalam sidang media tersebut Azmin menyatakan yang dia akan meneruskan perjuangan bersama parti dan rakyat Selangor.

Ikuti pendedahan yang dibuat oleh sumber dalaman PKR sebelum PC Azmin dibuat...Mungkin sebab ini PC tersebut terpaksa delay selama sejam lebih..


Azmin mungkin tidak meletakkan jawatan pun. Malah, ada yang kata, hari ini Azmin hanya akan ‘main ayat kosong’ dan hanya bertindak ala kadar. Punca? Kerana Anwar sudahpun meminta jasa baik Shamsidar supaya menenangkan Azmin supaya tidak membuat kenyataan yang memburukkan Anwar.

Kritik parti boleh. Kritik Khalid boleh. Tapi jangan babitkan Anwar.

Azmin hanya nak menyuarakan pandangan kawan-kawan ahli PKR di bawah. Mereka kecewa dengan tindakan Anwar, yang tidak mahu mendengar hujah dan pandangan mereka.

Kesilapan Anwar memilih calon bukan benda yang boleh disimpan lagi. Mereka-mereka yang digelar ‘tunggul bernyawa’ di dalam PKR pun diberikan peluang untuk bertanding. Kesilapan Anwar paling nyata:-

- Mustaffa Kamil Ayub
- Khalid Jaafar
- Dr Md Nur Manuty
- Ibrahim Yaacob

Keempat-empat calon ini tidak disenaraikan oleh Azmin. Sebagai orang yang bergerak di peringkat akar umbi, Azmin tahu bahawa keempat-empat calon ini akan meninggal – tewas.

Bayangkan, Dr Md Nur Manuty, seorang pemikir mahu diletakkan sebagai calon di kawasan yang tough. Bodoh la namanya tu.

Nama Ibrahim Yaacob juga tidak sepatutnya ada. Tapi dek kerana mementingkan ‘KERABAT SEGAMBUT’, diletakkan juga. Sudahnya, lawan calon pondan BN pun dia boleh kalah. Bayangkan.

KERABAT SEGAMBUT

Azmin kecewa kerana dalam beberapa keputusan, elemen KRONISME jadi membarah dalam PKR. Sampai rosakkan usaha nak ke Putrajaya.

Kalau diletakkan calon yang lebih sesuai, seperti nasihat yang diberikan Azmin, rasanya lebih banyak kawasan yang akan dimenangi oleh PR.

Sebelum penamaan lagi, senarai yang disediakan Azmin boleh memberikan PKR kemenangan yang lebih besar. Tapi sayang, semuanya tidak didengar oleh Anwar.. - GELAGAT ANWAR


12 comments:

Anonymous said...

Hmmm....
ini semua salah umno...
wakaka..

Anonymous said...

umno n BN jugak yg salah...aduyai huhuhu

Anonymous said...

MEREKA SEMUA KAN MACAM PELAKON JE......MAIN WAYANG JE LEBIH....

TU SEBABNYA SALAHKAN UMNO JUGA....

JANGAN SAMPAI TIPAH TERTIPU...

Anonymous said...

UMno2... asyik2 umno ja yg kena... dlu Izzah kluar kenyataan pasai agama pon umno juga yg kena tuduh putar brlit fakta.. tp dlm rakaman mmg izzah yg ckp..aduhai.. pling lawak stadium yg berkapasiti 25 000 boleh muat 200 000 ribu..? agak2 padang muat 175 000 org..? mai mana ntah pyokong dia smpai 200 000..?

Anonymous said...

Aku dah muak dgn politiking temberang puak kera ni.bl la smua ni akan berakhir

Anonymous said...

Aku suka org umno yg bedalll duit rakyat. Hidup umno lama sikit

Anonymous said...

Umno lama sikit kasi hbs pitis mak bpk demo ore ngok

cicit Raja Haji said...

Kesian rakyat selangor.Tak abis2 dirundung malang.Baru 5 hari lepas PRU dh kelamkabut.Lagi 5 tahun camne?Besok2 sebelum pangkah kenalah bawa berfikir dulu......Alahai ,kes pak kaduk lagi......

cicit Raja Haji said...

Nak selesai senang jer...mintak yg mulia Sultan Selangor putuskan.Titah baginda semua kena setuju....

Anonymous said...

Gaduh lah sama2 korang dlm PKR....gaduh sampai tumbuk pecah kepala pun bagus, lepas pecah kepala...masing2 buat press conference tuduh BN/UMNO yang minta dorang tumbuk sama sendiri sampai pecah kepala.....sokong PKR=sokong fitnah.

melayuinsaf said...

dia org bergaduh kejap je...lepas tu berkhidmat utk rakyat...rasuah2 tak main,kebajikan rakyat diutamakan...lain le pemimpin UMNOporno senyum sana sini, dlm hati "tunggulah aku nak songlap duit rakyat niiii"...cepat2lah AES,GST, TOL naik, minyak naik, letrik naik....duit,duit,duit...mampuslah rakyat tu...5 tahun masa utk kumpul harta..wakaka

Anonymous said...

ye ker UMNO songlap duit rakyat? nampak rakyat semakin maju,kaya dan berpendidikan je aku tengok..! cuma org Melayu mcm melayuinsaf ni je yg semakin miskin...tengoklah Anuar,Zuraida,Azmin dan ramai lg YB PKR yg kaya raya sejak jd YB..YB2 PAS pun mcm tu gak...bodoh dan buta ke engkau wahai melayu yg tak pernah insaf (sesuai gelaran itu utk kau) hati kau berkeladak sama mcm Anuar...AZmin tu takut rahsia Shamsidar dibongkar oleh Anuar..ANUAR kan suka 'tekan'; seseorang sampai org lain boleh U Turn...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.