Monday, May 13, 2013



Pernah tak kita terfikir bahawa usaha YAB Perdana Menteri ingin memastikan perpaduan dalam 1Malaysia sebenarnya tidak berjaya sepenuhnya atau gagal. 


Atau pernah tak kita terfikir bahawa usaha Perdana Menteri kita sebelum YAB Dato Seri Najib juga gagal apabila bercakap tentang semangat dan perpaduan rakyat Malaysia. 

Pernah tak kita terfikir bahawa keberanian menyuarakan hak-hak kaum dimulakan oleh DAP. Pernah tak kita terfikir mereka meminta sesuatu yang sebenarnya menghiris hati orang Melayu. 

Pernah tak kita terfikir bahawa pembangkang Melayu mendiamkan diri dan bersetuju dengan permintaan DAP kerana mereka ingin menjaga populariti mereka. 

Pernah tak kita terfikir bahawa kita orang Melayu sejak dari merdeka dahulu sudah terlalu bertolak ansur dengan orang Cina. 

Pernah tak kita terfikir kita tidak kisah berkongsi negara ini dengan orang Cina. Pernah tak kita terfikir bahawa kebenaran itu pahit tetapi perlu dinyatakan. 

Apabila terlalu memendam rasaia akan menyebabkan binasa, apabila terlalu berhati-hati menjaga hati akan mati, apabila terlalu berkias inilah padahnya....



Sebab itulah rakan-rakan BN memahami sejarah pembentukan negara yang menggabungkan tiga bangsa utama dan ia kekal hingga untuk tempoh lebih dari 50 tahun...tetapi kerana tindakan ketua pemimpin pembangkang berbangsa melayu menjaja dan memperlekehkan orang melayu sendiri maka pembangkang cina bertindak atas dasar rasis. 

Rakan komponen cina BN - MCA dan Gerakan terperangkap di mata orang cina seolah-olah mereka tidak memperjuangkan kepentingan orang cina sedangkan mereka tahu pendekatan terbaik untuk meminta dan dalam masa yang sama menjaga hubungan baik antara kaum...pru ke 13 ini cina dap mempermainkan cina mca dan gerakan dan secara tidak langsung bn terkena tempias ketidak percayaan orang cina kepada keupayaan cina mca dan gerakan untuk membela orang cina. 

PKR mengambil kesempatan menyuburkan perasaan kebencian kepada UMNO ke atas orang Melayu dan orang Cina secara keseluruhan....jadi persoalannya bila kita akan matang....bukankah sepatutnya selepas PRU kita bersatu dan memikirkan kepentingan negara secara keseluruhan....

Bukankah sepatutnya selepas PRU tidak ada lagi unsur-unsur merosakkan negara dilakukan oleh puak pembangkang...bukankah keputusan ini dipantau oleh pemerhati luar negara dan telah diperakui oleh Amerika Syarikat. 

Apa lagi yang kita inginkan? adakah kita ingin menjahamkan negara baru puas hati kita....

Navy

3 comments:

Anonymous said...

1siapakah bila bercakap ia berbohong?
2siapakah bila berjanji tak di tunaikan?
3siapakah bila di tanya dia akan menjawab dgn pertanyaan yang lain?
4siapakah bila di luar negara akan memburukan negara sedangkan negara luar hormati malaysia?
5siapakah bila sudah kalah tak hendak mengaku?
6siapakah bila di tinggalkan olih ramai kawan masih mengaku tak bersalah?
Kesemua soalan ini jawapan cuma satu dan ramai rakyat malaysia mengagap dia sebagai perosak negara dan dajal. Pangilannya adalah Anuar anak lelaki ibrahim.

Anonymous said...

SESIAPA ORANG UMNO YANG MEMBACA ARTIKAL DIATAS TOLONG BUAT SOLAT HAJAT, MUNAJAT KEPADA ALLAH AGAR SELAMATKAN MALAYSIA DARI SERANGAAN TENTERA "AD DAJJAL" INI. KITA SUDAH DISERANG, BERMOHONLAH KEPADA ALLAH. JIKA TIADA PERTOLONGAN ALLAH KITA AKAN KALAH PRU 14 NANTI. NEGARA KITA AKAN HANCUR, ANAK CUCU KITA AKAN MERANA.
BILA ULAMAK SUDAH MENJUAL AGAMA, KITA BERADA DI AKHIR ZAMAN(pesanan nabi kita).

Anonymous said...

Kini orang Melayu-Islam mempunyai peluang terbaik untuk berjihad dengan alasan yang kukuh

1.Kita sekarang sedar orang cina memegang ekonomi,oleh itu,orang melayu jangan malas untuk memajukan diri,kerajaan memberi insentif terutama kepada orang melayu dan bumiputera. nanti silap hari bulan dia tadbir negara, jangan baru nak bertungkus lumus nak kerja... tengok kat negara jiran Singapura, orang melayu kalo kerja keras pun kerajaan buat macam2 hal untuk tidak menjadikannya berjaya dengan membuat undang2 yang tidak berasas.

2.Orang Melayu yang Kaya/orang korporat melayu, Tolong bantulah orang melayu yang miskin untuk berjaya, jikalaupun, orang yang ditolong menjadi lebih berjaya daripadaMu,bergembiralah atas kejayaan dia jangan ikut hawa nafsu yang gilakan harta sehinggakan tidak membantu orang melayu yang mempunyai kebolehan/kesungguhan/kebijaksanaan untuk berjaya. Jikalau Kamu buat sedemikian itu adalh jihadMu dijalan Allah. kerana kamu menolong saudaramu dan melawan nafsu serta setan. Dan janganlah Kamu Bongkak/sombong apabila berjaya, ingat asal usul mu, jangan apabila sudah berjaya, tak nak tolong orang melayu, tetapi berkomplot dengan orang-orang yang ingin melihat bangsamu miskin/bodoh. Jikalau Kamu sebegitu, kamu adalah pengkhianat agama,bangsa dan negara serta seorang Munafik!.

3.Orang2 Melayu kena bersatu tolong antara satu sama lain. Kalo,seorang dariMu berjaya,tolonglah orang yang tidak berjaya tu. Janganlah dengan ketaksuban politik Kamu melanggar perintah Allah!. Kita semua tahu, apabila junjungan nabi kita berdoa kepadaNYA untuk tidak membenarkan umat Islam berpecah belah, dan Allah tidak menunaikannya sementara KitabNYA difirmankan olehNYA untuk bersatu dan berpegang kepada tali Allah,adalah supaya kita umat islam menggunakan akal dan mengikut ajaran Allah dengan bersatu dan jangan bercerai-berai.

4.Bekerja dengan niat untuk Allah, ikhlas untukNYA, jangan ikut nafsu, jangan mudah terpedaya dengan kekayaan duniawi, serta jangan ulangi kesilapan terdahulu apabila berjaya di masa hadapan, dan berdoa untuk kuatkan iman dan menghindarkan diri kita daripada hasutan setan dan nafsu.Inshallah kita akan berjaya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.