Friday, May 10, 2013


Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda Pas negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi Dun (dewan undangan negeri di) Selangor melebihi Pas dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, pakatan rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun di negeri itu dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi Dun.

Mohd Sany berharap pimpinan pakatan rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu. - Bernama

** Ini yang dinamakan pakatan gila... Anwar sibuk dengan kempen tidak mengiktiraf keputusan pilihanraya 13 yang baru berakhir dimana percaturannya untuk menjadi PM gagal..manakala di Selangor pula mereka berebut jawatan MB...

16 comments:

Anonymous said...

Ni semua salah Umno ni ;)

Pilih la lagi puak yg tak reti bekerjasama. Ntah2 sebulan pun tak setel lg sapa MB dan kalau ada pun kerajaan tu rapuh. Melayu Urban feeling mcm bagus.

Anonymous said...

Ini lah mesej yg cuba dinyatakan dalam video bangkang dari longkang.

Anonymous said...

ye la sebiji mcm you tube bangkang dari longkang

kluangman said...

Hadi dah keluarkan Surat sokongan, dap dah setuju khaled - budak pas ni saja je tunjuk berani, no power at all...pas selangor patut cermin dulu, no ball

Masa pru 2008... khir toyo cadang pas Dan umno bergabung...pas jadi MB... rujuk pada pas pusat, hadi kata terserah kpd kuasa Dan budibicara hassan Ali selaku pesuruhjaya negeri...tak jadi bergabung

Pru 2013 - mana dia kuasa Dan budibicara pesuruhjaya negeri selangor, Dr Rani - hatta itu jawatan mb hak solid pas pun bagi pd musuh dlm selimut

Anonymous said...

lagi2 tunduk...adusss letih dah aku dengan parti yang aku dokong selama ini....sudah keliru ....

Anonymous said...

dikelantan pun dok main cah keting sama sendiri....hahaha.nok berjuang islam lagumano....dulu kata orang ameno je main cah keting ....sekarang ......sama jee....

Anonymous said...

habis nak laksana hukum hudud lagu mana...islam sama islam berpecah belah...sesama ahli parti sendiri pun bertelagah apatah lagi hubungan di dalam pakatan....yang untung nya....cha ya nun alif...

norm said...

pemimpin PR tak giler...penyokong PR ajer yg giler

Anonymous said...

betul2... cha ya nun alif duk tgg nak tgk benda ni la.. sbb 2 awai2 cucuk dlu surh Khalid jdi mb.. pastu mntak hadi skong.. yg Mamat PKR tu dr 2008 lg duk ckp nak jdi MB pru kali ni... SO.. pyokong PR.. sndiri mau nilai la... spa yg Tamak skrag.. Dlm BN melayu duk kuasai lg... jatuh la BN habis la melayu...nak harap spa lepas ni nak tolng melayu...PKR? PAS?.. hmmmmm

Anonymous said...

Exactly. Aku rasa Allah nk tunjukkn ape berlaku kalau kite bekerjasama dgn DAP kafir harbi. Mmg sebiji mcm cite Bangkang dri longkang. Cuma dlm kes ni, bkn peringkat pusat, tpi negeri. Lawak la. Satu lgi...malay urban le konon....pandai lebih sgt...korang vote je ikut sentimen....pastu....leave it to semua pemimpin2 parti utk resolve. Nk tunggang langgang....korang x kisah kan? Yg penting tertunai hasrat perasaan meluap2 marah kt kerajaan...hasil fitnah yg x berkesudahan. Whhohooo...bijak bebenor para2 profesional melayu. Bijakk2.

Anonymous said...

Kali ni....BN x yah bersuara ape2 pn....leave it kpd rumatangga dieorg. Nk melingkup..biar je le. Kpd MP2 dan exco2 BN....now masa utk bekerja utk rakyat. Biar je pakatan...nmpk x berpakat2.

Anonymous said...

jangan campur, biarlah diaorang menguruskan kemenangan kat selangor tu.....BN teruskan kerja. muhasabah diri dan kuatkan semangat.

Anonymous said...

KEDUA-DUANYA SAMA LAH BANGANG @ TOLOL YANG TIDAK BOLEH DI AJAR ATAU DI IKUT.......

Anonymous said...

Patut pas jadi mb. Aku nk tgk gak,performance pas jd mb, kut la jd mcm kelantan plak... Hehe

Anonymous said...

Yang amat MENARIK ialah bagaimana pengundi PKR dan PAS serta DAP @ Akar Umbi MELIHAT bagaimana para pemimpin mereka (ketika kempen) nampak HEBAT memperjuangkan nasib mereka dan negeri Selangor. SEKARANG ini mereka sedang menyaksikan ADENGAN BENAR .. Azmin Ali sibuk nak dapatkan post MB SELANGOR dan KETUA UMUM PKR sibuk nak dapatkan jawatan PM Malaysia walaupun dah tewas dalam PRU 13. MAKA .. tumpuan masa yg begitu banyak diperlihatkan oleh pemimpin2 ini terhadap kepentingan post post penting .. issue Air tak kedengaran lagi ... Maybe lagi setahun nak PRU 14 maka barulah diperdebatkan semula !!!! Kesian nasib rakyat Selangor yg masih kental mempercayai jaguh "Silat Lidah" ini. Apa pun dah jadi negeri korang .. secara majoriti. Ikut suka lah kamu handle it. And further more .. seronok jugak tengok WAYANG KULIT AND WAYANG CINA dan macam MAHARAJA LAWAK .. rakyat Selangor jadi penonton setia .. duk garu kepala .. pemimpin mereka masih tercari-cari ERTI "PAKATAN" dalam kemelut jawatan penting ... AIR DAH TAK PENTING !!! AG KL

Anonymous said...

muka zuraida ni macam jantan , mcm pelakon rinngit kesorga, entah2 biawak ni ada zakar baru kerandut

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.