Saturday, May 11, 2013


Majoriti ahli parlimen dan ketua cabang PKR di negeri Selangor mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar (MB), kata sumber, ketika bantahan oleh sekumpulan dalam parti yang diketuai timbalan presiden Azmin Ali.

The Malaysian Insider difahamkan sokongan tersebut dibuat dalam “pertemuan” tertutup yang diadakan di Empire Hotel, Subang Jaya pada hari Isnin lalu di mana ia dihadiri 14 ahli dewan undangan negeri, 16 ketua cabang dan beberapa Ahli Parlimen (MP), malah mereka yang hadir ini merasakan Abdul Khalid layak memimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk penggal kedua.

“Mesyuarat itu sepatutnya dihadiri Azmin juga, tetapi beliau tidak hadir. Kebanyakan mereka yang hadir mahu TSKI sebagai MB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Abdul Khalid dengan singkatan TSKI.

Beberapa pemimpin PKR, termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan MP Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengesahkan pertemuan di Empire Hotel pernah berlaku.

“Ya,” katanya melalui pesanan ringkas ketika ditanya sama ada mesyuarat itu termasuk perbincangan tentang jawatan seseorang MB.

Azmin mendakwa PKR semalam tidak menjalankan proses perundingan yang diperlukan dalam memilih calon untuk jawatan itu apabila surat yang kononnya menyokong Abdul Khalid untuk jawatan itu didakwa telah dihantar ke istana Selangor.

Beliau juga muncul untuk mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid pada sidang akhbar semalam dan mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama PKR untuk menggesa satu keputusan secara rundingan di dalam memilih MB Selangor yang baru.

Ketua cabang Pelabuhan Klang PKR, Yeoh Boon Lye memberitahu The Malaysian Insider bahawa kebanyakan pemimpin Selangor merasakan Abdul Khalid faktor penyumbang kepada sokongan PR meningkat di negeri tersebut.

**Kesian Azmin dan PAS..Nampaknya Khalid Gagap lagi hebat dalam percaturan untuk memastikan dirinya menjadi MB Selangor...

Nama je Parti Keadilan Rakyat.. Cakap tak serupa bikin...PR menang 44 kerusi...hanya 14 ADUN saja yang hadir...Lagi 30 ADUN pergi mana?? Adakah 14 ADUN yang hadir terdiri daripada ADUN DAP.. Kenapa hanya Ketua Cabang PKR saja yang dijemput..Mana perginya Ketua Bahagian PAS??

4 comments:

Anonymous said...

Aku dah lama tau.. memang hampeh majoriti melayu diselangor yg undi pakatan, menteri besar je orang melayu tapi kuasa bukan orang melayu, aku rasa dah terlambat untuk selangor mperbetulkan keadaan, kerosakkan dh pun dilakukan.

Anonymous said...

belum pernah dengar lagi berlaku dalam dunia ni.sudah menang dalam pilihanraya negeri dan dah layak memerintah negeri itu TETAPI tak mahu memerintah dan memberi KUASA PEMERINTAHAN itu kepada pihak[parti]lain.apa sebabnya.kalau diperhatikan secara logik[fakta]negeri selangor tak sama dengan negeri kelantan dan kedah.negeri selangor mempunyai banyak perniagaan2 berunsur maksiat seperti rumah2 urut dan lain2.kemungkinan inilah pas tak mahu memerintah negeri selangor dan menyerahkan negeri itu kepada pkr.walau bagaimana pun pas telah mengecewakan penyokong2nya diselangor.dimana mereka2 ini mengharapkan pas kalau menang nanti akan memerintah negeri itu dan membendung masaalah2 maksiat ini mengikut hukum islam tetapi pas tak mahu memerintah negeri itu dan memberikan kepada pkr.tetapi walau bagaimana pun perkara ini mungkin ada baiknya dimana perkara ini bolih mengajar rakyat selangor khasnya,rakyat MALAYSIA AMnya agar MENGENALI dan MEMAHAMI POLITIK lebih dekat lagi.WALLAHU'ALLAM.

Anonymous said...

Sejak ambilalih dari BN 2008, bilangan rumah urut di Selangor telah meningkat dari hanya 700 buah kepada lebih 6000 buah pada tahun 2013.

Jumlah ini dijangkakan meningkat ke 20,000 buah dalam tempoh 5 tahun penggal ke 2 PR ini.

Inilah jihad PAS terbesar..membiarkan rakan2 dalam pakatan bermaharajalela membina pusat2 maksiat..Kalau cakap pasal ugama bukan main sampai bersembur liur..bila bab nak buat praktikal..hampehh.

Anonymous said...

Sebab puak PAS selalu bising pasal judi/arak dalam malaysia ni.. Kalau dia jd MB kt selangor, Boleh ke tutup kilang Arak? Hapuskan tempat maksiat? Kalau PKR memerintah pun, x kira subahat la tu? Pelik puak PAS ni, kalau UMNO/BN, Semua salah.. Tapi puak diorg, x salah aape pun.. PUIH!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.