Friday, May 31, 2013

TERKINI : KHIR TOYO MENANGIS & KECEWA..


BERIKUT adalah petikan dari blog bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.


1. Semalam, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan saya. 

2. Saya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini tapi saya tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

3. Saya hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah.

4. Saya membeli rumah dengan harga pasaran. Saya tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsudin Haryoni berbanding syarikat-syarikat lain yang melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

5. Saya dimaklumkan bahawa tuduhan ke atas saya di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Dengan kata lain, apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam. 

6. Saya tidak pasti bagaimana mahu membeli rumah kerana hampir kebanyakan "developer" mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai Menteri Besar Selangor.

7. Sudah tentu ada yang berkata belilah rumah mengikut harga sebenar. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sebab itu saya minta diadakan penilaian ke atas rumah separuh siap yang mahu dijual oleh Shamsuddin kepada saya. 

8. Rahim and Co dan HSBC menilai rumah tersebut pada harga RM 3.5 juta. Penilai Rahim and Co memberi keterangan terperinci dalam Mahkamah mengenai cara penilaian dibuat. Keterangan beliau tidak dicabar oleh Pendakwa Raya. Malangnya ia tidak diambil pakai oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

9. Sepanjang tempoh perbicaraan ini terdapat 4 nilai harga rumah tersebut dibawa oleh pendakwa raya. Pertama ialah harga RM 6.5 juta, harga yang dibeli oleh Shamsuddin daripada pemilik pertama. Harga kedua, ialah RM 5.2 juta yang kononnya dibuat oleh Trans Asia atas permintaan Shamsuddin sebelum pembelian dilakukan. Shamsuddin tidak pernah menunjukkan kepada saya laporan tersebut dan ini diakui sendiri oleh beliau di dalam Mahkamah.

10. Pendakwa raya juga membentangkan laporan oleh Henry Butcher yang dibuat pada 2009, iaitu hampir 3 tahun selepas rumah tersebut saya beli dan siapkan.

11. Peguambela saya membentangkan dua nilaian. Satu daripada Irhamy and Co yang menilai rumah tersebut sebanyak RM 4.3 juta semasa Shamsudin membeli rumah tersebut pada 2005. Nilaian ini dibuat setelah Shamsuddin memohon untuk melakukan pinjaman cagaran ke atas kediaman tersebut dengan Maybank.

12. Nilaian kedua adalah nilaian Rahim and Co sebanyak RM 3.5 juta yang dilakukan ketika saya membeli rumah tersebut yang separuh siap apabila Shamsuddin meroboh dan membina semula.

13. Saya masih ingat tulisan dan pertanyaan seorang penulis sebuah portal yang menulis artikel bertajuk Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim? Saya tidak pasti jika hakim menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

14. Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, "Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi."

15. Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik. 

16. Panel Hakim menyatakan hakikat saya mengetahui rumah tersebut sebelumnya ditawarkan kepada saya RM 7 juta dan Shamsuddin membeli dengan harga RM 6.5 juta menunjukkan saya mengetahui balasan yang saya berikan tidak mencukupi.

17. Apakah masuk akal untuk saya membeli rumah separuh siap dengan harga rumah yang siap bersama perabot dan kolam renang yang dibeli Shamsuddin pada 2005? Jika berdasarkan pertuduhan inilah kesalahan saya. Namun sehingga dua Mahkamah saya lalui, tiada satu pun bukti menunjukkan harga RM 6.5 juta tersebut merupakan harga pasaran yang sebenar. 

18. Empat orang hakim masih tidak boleh memberi saya tanda aras apa yang sepatutnya saya guna untuk membeli rumah tersebut. Jadi bagaimana saya seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai undang-undang boleh membuat keputusan yang tidak menyalahi undang-undang?

19. Dan jika nilaian oleh penilai bebas yang bertaraf antarabangsa seperti Rahim and Co dan bank antarabangsa seperti HSBC tidak boleh diterima pakai oleh Undang-undang dalam menentukan nilai sebenar hartanah tersebut, keadilan apa lagi yang mahu kita cari?

20. Saya percaya saya akan tetap bersalah walau apa pun bukti dibawa. Cuma saya berharap panel lima hakim akan datang menyatakan dengan jelas apakah tanda aras sebenar balasan tidak mencukupi tersebut. 

21. Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

22. Tapi sekurang-kurangnya saya berharap para Hakim akan memberi penghakiman yang jelas agar tidak ada lagi penjawat awam menjadi seperti saya - mangsa yang boleh dimanipulasi untuk kepentingan politik!

Rasuah

23. Walau apa pun tanggapan mereka yang tidak suka dengan saya, tapi hakikatnya saya tidak melakukan rasuah. Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal. 

24. Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah. 

25. Rasuah apa? Sokongan saya terhadap cadangan memajukan tanah secara usahasama ke atas syarikat milik Shamsuddin dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal yang saya tidak ketuai. Malah keterangan pegawai PKNS menunjukkan banyak sokongan saya juga ditolak. 

26. Shamsuddin memohon pengecualian Bon dan disokong oleh saya tetapi ditolak oleh PKNS. Jadi untuk apa Shamsuddin merasuah saya? 

27. Malahan dalam keterangan Shamsuddin, beliau sendiri mengakui bahawa beliau yang menawarkan untuk menjualnya kepada saya, bukannya saya yang meminta untuk membeli.

28. Memanglah ada "rempah ratus" pendakwa raya dari saksi-saksi yang bermusuhan dengan saya atau terpaksa kerana telah didakwa bersama saya terlebih dahulu. Namun hakikat utama dalam kes ini bahawa saya membeli rumah dengan balasan tidak mencukupi masih merupakan satu kenyataan yang sangat kabur.

29. Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan.

8 comments:

Anonymous said...

Harap Dato' Khir buat rayuan semula di Mahkamah Tinggi kerana kita yakin semua transaksi dibuat oleh firma yang sah terutama dari segi penilaian , Kalau kita ikut penilaian firma yang sah maka kita dicatat sebagai beli harga pasaran bukan harga manipulasi . Mohon pihak kehakiman rujuk dan timbang semula . Jangan dihukum dengan perasaan syak dan bukti yang tak jelas .

Sepekara lagi harta tersebut dibeli dengan pinjaman bank dengan cagaran rumah tersebut . Kalau berjuta pun Dato' Khir layak untuk membelinya dan itu hak dia bukannya dibeli dengan wang pecah amanah . Hormat dia sebagai bekas Menteri Besar dan jasa dia .
Kita harap kes ini dibuka semula dan diadili semula.

Anonymous said...

Apabila pengamal undang-undang mentafsirkan undang-undang dengan semata-mata membaca patah-patah perkataan yang tertulis di atas kertas sahaja...

Anonymous said...

Susah jugak kan jadi pemimpin. Rumah kena beli harga juta-juta. Lifestyle kena jaga. Lupa pulak hidup ni macam roda. Kadang di atas kadang di bawah. Bila dah di langit...lupa pulak hijaunya rumput di bumi. Dulu saya teruja bila beliau dilantik jadi MB pada usia yang masih muda...mulanya rentak tari memang ikut irama, suara merdu pitching pun sempurna. Tapi bila kulit hitam bertukar putih, kulit kasar bertukar gebu sebab banyak bertempe, aduhai... rentak tarinya syumbanggg. Muhassabah...lebih ramai insan lain hidup tidak berumah, gelandangan miskin yang hidupnya tak pernah merasa nikmatnya dunia. Maaf sebab aku tak bersimpati.

Anonymous said...

Khir Toyo ni penipu besar .. mana cukup gaji ko beli rumah mcm tu .. Menangis konon .. Padan muka kena tindakan undang2!!! Orang xder otak saja yg percaya die ni x ambil rasuah

Anonymous said...


masa jadi mb under umno dulu tak kutuk kerajaan pon ,tapi bila dah kantol macham macham cerita bn tak adillah.jangan lah jadi macham mat taib masok pas pulak,PAS=perempuan aku suka

Jane Duncan said...

Itulah standard otak orang Melayu! Pantang tengok dikalangan bangsa sendiri punya harta! sakitlah hatinya! Semua akan kata rasuah!!! Khir Toyo adalah bekas Mentri Besar Selangor, ada bekas Mentri Besar yang bawa duit juta-juta kehulu kehilir, tapi sekarang tukar kiblat, mereka tak songkit pulak!! Peliknya bila taukeh dadah yang melingkungkan anak bangsa Melayu cara tersembunyi, tetapi bila berharta dan rumah mewah macam istana, semua Melayu senyap, kerana.. tak tahu peniagaan Gelap orang Cina! nak menyoal macam mana Cina kaya? tak berani, tak pandai, . Orang Melayu Islam sememangnya ada yang bersih dan ada yang korup! Dalam kes Khir Toyo dia mesti ada pembelaan yang adil! Kenapa dibiar maruah seorang hamba Allah yang sudah banyak menabur jasa, tetapi disungkurkan hanya kerana ada pihak nak jaga nama sendiri dan buat dia sbg "kambing hitam?" Khir Toyo mesti diberi keadilan!! Melayu yang sakit hati tu memang dah dasar perangai mereka , kalau mereka tak dapat orang melayu lain jangan dibenarkan dapat! konon bila terjadi seperti kes Khir Toyo ni senyum senang hati mereka!!!bongok...bongok!!!

Sedingin Salju said...

pikir guna otak.....GAJIH PULUH RIBU BERAPA PULUH TAHUN NAK KUMPUL BELI RUMAH JUTA2....KAW2 4JUTA NAK KUMPUL...RUMAH BANGLO KO NGN KERETA MERCEDES/BMW BERSUSUN SAPA NK BAYAR...CETAK DUIT KE...? POOODAHHHH

Anonymous said...

Fuck Khir Toyo, bagi anugerah penyapu dekat MDHS pasal xbuat kerja, patutnya ko yang kena penyapu sebab rasuah

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.