Friday, May 10, 2013


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab ekoran kehilangan kerusi Kota Damansara yang ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan lambang PKR kerana beliau yang memberi watikah bagi membolehkan calon PAS bertanding di kawasan tersebut, kata Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, tindakan PAS meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan mengakibatkan PKR kehilangan kerusi yang menjadi miliknya pada Pilihan Raya 2008 di kawasan berkenaan yang mana menurutnya telah diputuskan secara kolektif sebelum penamaan calon.

"Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden ... jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut.

"Keputusan yang dicapai secara kolektif hasil perbincangan di peringkat negeri dan nasional, PAS dan PSM tidak seharusnya mengganggu di Semenyih dan Kota Damansara kerana ia adalah keputusan yang telah ditetapkan sebelum hari penamaan calon," tegas Azmin (gambar) yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Jelas Azmin lagi, tanpa krisis yang berlaku di kerusi tersebut, PKR sudah pasti akan berjaya menambah bilangan kerusi mereka.

"Jadi sepatutnya PKR ada 16 kerusi kalau tidak diganggu oleh kawan kami sendiri. Jadi mereka harus dipersalahkan untuk itu," tegasnya, merujuk kepada Kerusi negeri di Semenyih dan Kota Damansara.

Kerusi Kota Damansara yang menyaksikan pertandingan enam penjuru antara PKR, PAS, dan PSM termasuk tiga calon bebas tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan calon BN, Halimaton Saadiah memenangi kerusi terbabit.

"Dan kita melihat kenyataan Dr Rani dan juga Khalid Samad jelas, mereka bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Kota Damansara kerana ada masalah dalaman PAS yang mengganggu PKR di Kota Damansara dan beliau telah nyatakan secara terbuka bahawa PAS mengambil tanggungjawab," kata Azmin merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman dan juga ahli Parlimen Shah Alam,

Calon PAS, Ridzuan Ismail dilaporkan enggan menarik diri walaupun telah diarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi memberikan laluan kepada penyandang kerusi tersebut, Dr Nasir Hashim dari PSM.

PR bagaimanapun masih berjaya membentuk kerajaan apabila menang selesa di Selangor memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor manakala BN hanya memenangi 12 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

**Patutla Azmin bengang sangat...Sepatutnya PKR boleh menang lebih kerusi berbanding PAS jika PAS tidak melakukan sabotaj terhadap PKR di kerusi Kota Damansara sekaligus melenyapkan peluang Azmin menjadi Menteri Besar Selangor..

2 comments:

Anonymous said...

PAKATAN RAKYAT? PAKATAN? PAAKAATAAN!!!!!?

Anonymous said...

Brader Anuar Bin Ibrahim hahahahahaha

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.