Sunday, May 12, 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13. 

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut. 

"Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai "blackout" di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses. 

"Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan ulangtahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. 

Turut hadir ialah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali. 

Selain itu, Najib juga menggesa Pakatan untuk mengemukakan bukti tentang dakwaan wujudnya usaha untuk mengimport 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya lalu. 

Beliau juga berkata, sebagai sebuah parti yang sebelum ini kerap melaungkan tentang demokrasi, Pakatan sepatutnya menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri. 

"Yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi yang menyatakan rakyat yang menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir enggan menerima keputusan demokrasi parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia sendiri.  

"Pelbagai alasan diberikan kononnya telah berlaku penipuan dalam pilihan raya. Mereka bawa cerita kononnya kita import 40,000 mat bangla untuk mengundi. 

"Saya nak tanya, kalau nak bawa 40,000 mat bangla, sebuah (kapal terbang) Jumbo muat seramai 400 dan bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya pada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang mendarat di lapangan terbang," katanya lagi.

6 comments:

Anonymous said...

lepas dia hina orang sarawak dan sabah sebagai pengundi hantu

Anonymous said...

Dia ini tidak akan habis menyalahkan UMNO demi untuk mengelak akan cerita pasal diri dia yang tidak berapa betul. Politik Malaysia hamya akan rehda pabila manusia yang bernama Anuar bin Ibrahim ini mampus. Tapi rasanya orang sebegini ALLAH SWT akan memanjangkan usia nya. Maka itu biar bongkok seribu pun simalaun ini akan terus berpolitik, sebabnya itu saja kepandaian yang ada pada dirinya serta kelebihan seorang yang bergelar lelaki yang teramat kuat sex.

Anonymous said...

Sebenarnya pihak zionis dah belanja billion semenjak era reformasi lagi. Janji dah diberi tapi tak ada apa2. Sekarang peluru dikepala Anwar, jadi Anwar kena bertindak dengan apa cara pun atau akhirnya Anwar bunuh diri. Kita lihat je.

Anonymous said...

INI LAH HAKIKATNYA ORANG YANG TIDAK BOLEH MENERIMA KADA & KADAR .....PENIPUAN JUGA YANG DIPERKATAKAN KEPADA PARA PENYOKONGNYA SEDANGKAN ALLAH YANG ESA ITU MAHA MENGETAHUI..........

MUASABAH LAH DIRI AKAN KEKALAHAN PADA PRU13....

Anonymous said...

Disini di ajukan soalan?
1.Manusia manakah bila bercakap dia berbohong?
2.Manusia manakah bila berjanji tak di tunaikan?
3.Manusia manakah bila di ajukan soalan tak di jawab sebaliknya dia yang memberi soalan kepada yang bertanya?
4.Manusia manakah yang buat silap dengan nyata tapi tak mengaku?
5.Manusia manakah yang berjuang demokrasi tapi menjadi pimimpin diktator?
6.Manusia manakah diluar lain didalam lain sifat nya?
Banyak lagi persoalan yang bolih di tanya cukup la sementara ni dulu.
Berapa banyak pun soalan yang di ajukan bagi saya jawaban nya cuma satu sahaja.
: ANUAR anak lelaki IBRAHIM pasangan kepada AZIZAH bapak kepada NURUL IZZAH anak perempuan ANUAR

Anonymous said...

A = AKU
N = NAK
W = WANG
A = ATAU ANAK IKAN dan
R = ROSAKKAN PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.