TERKINI : AZMIN SALAHKAN WAN AZIZAH KERANA TAK DAPAT JADI MB.....



Timbalan Presiden PKR Azmin Ali membidas proses perlantikan Menteri Besar Selangor kerana tidak merujuk pandangan kepimpinan negeri.

Menafikan dirinya berhasrat untuk merebut jawatan tersebut, Azmin Ali mengecam tindakan Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak membuat keputusan secara konsensus.

Malah kepimpinan negeri sendiri tidak mengetahui tentang nama yang dicadangkan kepada Sultan Selangor yang diutus Presidennya.

"Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN (PKR) yang telah dipilih rakyat, setakat hari ini belum dipanggil untuk mendapatkan pandangan mereka," kata Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Pada masa sama, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menafikan khabar angin beliau ingin meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Ini kerana katanya, beliau akan terus tetap berjuang mempertahankan kebajikan rakyat.

Azmin turut menolak amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan di dalam Parti itu.

"PKR bukan milik individu atau keluarga tertentu, parti ini parti rakyat,"
TERKINI : AZMIN SALAHKAN WAN AZIZAH KERANA TAK DAPAT JADI MB..... TERKINI : AZMIN SALAHKAN WAN AZIZAH KERANA TAK DAPAT JADI MB..... Reviewed by Empayar Pemuda on 6:29 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Cerita sj lebih.apa pun tarak!

    ReplyDelete
  2. Assmin Ali tak layak menjadi menteri busat selangor. Penderhakaaan beliau terhadap yang di pertuan agung, penderhakaaan beliau terhadap sultan selangor, penderhakaaan beliau terhadap ugama islam , penderhakaaan beliau terhadap bangsa melayu , yang amat berat sekali ada lah penderhakaan beliau terhadap ibu nya sendiri. INI mengatasi segala ibu penderhakaan , apa tah lagi penderhakaaan terhadap isteri dan ahli keluarga beliau sendiri.Ada kah ini calun MB selangor.?

    ReplyDelete
  3. Jikalau kaum cina mengatakan chua soil lek tidak bermoral untuk menegakkan moral orang cina, si azmin ni sama lah jugak untuk orang melayu, apa bneza nya, brader beliau borik, beliau pun rintik lah.

    ReplyDelete
  4. Masa DS Najib buat keputusan utk lantik MB kat Perak, Perlis dan sebagainya, ada tak PM buat perjumpaan dgn semua ADUN negeri berkenaan sebelum buat keputusan? Takde dengar pulak berita yg PM pergi ke setiap negeri dan buat perbincangan dgn SEMUA ADUN BN di negeri2 berkenaan sebelum submit nama calon MB dan calon Ketua Menteri.

    Azmin nak special procedure pulak utk S'gor? N.Aziz submit nama Ahmad Yaacob utk ganti dia pun dia tak bincang dan mintak pandangan ADUN2. Dia just panggil mesyuarat dan bagitahu wakil2 rakyat ttg keputusan dia.

    ni kes tak dapat coklat laa ni..

    ReplyDelete
  5. Kalau Raja2 Melayu lebih hebat dapat membaca apa yg akan berlaku terhadap Bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu satu ketika dulu ... Maka kepada Azmin Ali ingin saya maklumkan bahawa apa yg kamu hadapi dan sedang buat ini telah lama kami tahu .. ia akan berlaku. Allah swt maha mengetahui dan maha kaya. Doa dari hambaNya yg mahukan kebenaran akan tetap diperkenankan olehNya .. satu persatu .. In sha allah. AG KL

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.