Friday, May 3, 2013



Anwar Ibrahim hari ini menjejaki kegilaan Khalid Ibrahim apabila mendakwa Pejabat Perdana Menteri menerbangkan berpuluh ribu orang pengundi hantu dari pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Cuma berbeza dengan Khalid, Anwar kali ini menyatakan beliau mempunyai bukti bertulis dalam bentuk emel antara syarikat penerbangan dengan pejabat PM. Beliau juga telah mengurangkan jumlah pengundi yang diterbangkan daripada 130 ribu yang didakwa oleh Khalid kepada hanya 45,000 orang.

Sebenarnya ramai orang telah penat dengan tipu helah dan cerita-cerita bombastik Anwar bin Ibrahim ini. Anwar dalam keadaan merasakan beliau akan kalah teruk telah mencipta pelbagai isu yang boleh mencetuskan kerisauan dan kemarahan orang ramai terhadap BN. Beliau mahu mencipta persepsi bahawa pilihan raya ini dipenuhi dengan penipuan dan ketidaktelusan bagi tujuan membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap BN.

Anwar Ibrahim tidak bercakap atas logik dan fakta tetapi masih berupaya mempengaruhi sebahagian orang dan memperbodohkan Malaysiakini.com.

Persoalan utama ialah jika benar terdapat tempahan untuk membawa pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya ia bukanlah satu kesalahan. Adalah hak untuk mana-mana parti politik membawa pengundi mereka dari luar kawasan untuk pulang mengundi.

Semua parti termasuk Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR mempunyai jentera yang menguruskan pengangkutan pengundi. Sama ada menggunakan kapal terbang, kereta, motosikal atau bas hanyalah bentuk pengangkutan. Bolehkah Anwar menafikan bahawa partinya juga mengangkut pengundi? Bolehkah Anwar nafikan bahawa partinya juga memberi duit tambang untuk pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi?

Jadilah sangatlah aneh untuk ada sesiapa yang percaya bahawa penerbangan khas ini, jika benar, ialah bertujuan untuk membawa pengundi hantu.

Jika Anwar ada bukti terdapat pengundi hantu sila tunjukkan supaya kita dapat menyelesaikan isu ini sebelum pilihan raya. Sangatlah aneh untuk Anwar mendakwa beliau ada bukti pengundi hantu tetapi menyembunyikan bukti tersebut untuk masa yang sesuai.

Jadi Anwar bukan bertujuan mahu mendapat pilihan raya yang bersih, tetapi beliau sekadar mahu menimbulkan huru-hara dengan cara menimbulkan kebencian penyokongnya kepada BN.

Dalam keadaan hampir kalah, Anwar akan muncul dengan pelbagai isu sensasi yang bertujuan menyakinkan penyokongnya bahawa mereka kalah bukan sebab rakyat tidak sokong tetapi sebab BN menipu.

Dan apakah Perdana Menteri begitu bodoh hendak terbangkan berpuluh ribu orang pekerja asing di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung? Lebih baik benarkan mereka mengundi di Sabah dan Sarawak sahaja.

Untuk Anwar cukuplah hampir dua dekad menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat yang kurang berfikir terhadap kerajaan. Cukuplah Anwar, saudara bukan muda lagi, ingat akhirat sama. -MYKMU

**Penyakit ini melibatkan kecelaruan kesedaran dan proses fikiran seseorang pesakit itu sehingga tidak dapat membezakan antara imaginasi dan realiti. Sintom yang selalunya timbul di dalam kategori penyakit ini adalah halusinasi (hallucination) dimana pesakit mendengar suara2, melihat gambaran, bau, rasa melalui lidah atau kulit yang tidak ada. Penyakit Schizophrenia ini termasuk di dalam kategori....

5 comments:

Sarimanis Kamal said...

Wow...Esok dah Mengundi,
" Buang Undi Bukan Gurauan,
Hendaklah Kita Matang Fikiran;
Jangan Hanya Terima Hasutan,
Kelak Diri Merana Kekesalan.

Sarimanis Kamal said...

Wow...Esok dah Mengundi,
" Buang Undi Bukan Gurauan,
Hendaklah Kita Matang Fikiran;
Jangan Hanya Terima Hasutan,
Kelak Diri Merana Kekesalan.

Anonymous said...

Grandiuos Hallucination.

Anonymous said...

System down.. Better ask Anuar to shut down his thinking for a while and refresh back after 5 May.. More better then just blaming others..

Anonymous said...

syukur pada ALLAH SWT kerana memelihara negara kita daripada jatuh ke tangan musuh2 ISLAM yg dpimpin oleh Parti Ajaran SYiah, komunis bintang 3 dan manusia jijik anwar ibrahim

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.