Thursday, May 9, 2013



Anwar Ibrahim semakin ketara menyemarakkan api politik jalanan dan provokasi apabila menganjurkan perhimpunan yang didakwa manifestasi kemarahan rakyat di Stadium Kelana Jaya pada malam Khamis.

Ketua Pembangkang yang berputih mata berikutan terlepas jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat yang diketuainya hanya memperoleh 89 daripada 222 kerusi Parlimen beralih retorik politik apabila menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai mangsa serangan dengan pelbagai tuduhan salah laku dan penipuan.

Tindakan ketua sebenar PKR itu dilihat bukan sahaja perbuatan terdesak tetapi mahu mencetuskan provokasi berbahaya di kalangan rakyat supaya menentang sebuah kerajaan yang sah memenangi pilihan raya umum.

Kegilaan Anwar untuk menududuki Putrajaya itu jelas dalam ucapannya di hadapan kira-kira 40,000 penyokong dan pengikut dalam perhimpunan malam Khamis: “Saya tidak akan berhenti untuk mendedahkan segala penipuan ini kepada rakyat Malaysia dan kita akan menuntut Putrajaya untuk rakyat."

"Kita berhak mendapatkannya kerana pakatan pembangkang memenangi undi popular. Setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang,” katanya dalam perhimpunan yang didakwa oleh media pakatan dan antikerajaan berjumlah 200,000.

Untuk rekod, tempat duduk Stadium Kelana Jaya hanya memuatkan 25,000 orang pada suatu masa dan dianggarkan 15,000 orang di atas padang.

Ketua Pembangkang itu turut memanipulasi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu penolakan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) yang beliau anggap berbau rasis sebagai senjata utama untuk meniup sentimen kebencian masyarakat Cina terhadap UMNO dan BN selain turut melakukan serangan terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

Selain menghangatkan isu tersebut beliau turut menimbulkan kemarahan rakyat dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan terhadap sistem dan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang beliau anggap tidak adil, tidak telus dan penuh penipuan.

Anwar turut menambah bahawa proses demokrasi di negara ini sudah mati dan beliau turut berjanji di hadapan ribuan penyokongnya beliau tidak akan berhenti untuk bercakap tentang isu tersebut sehingga pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Dalam perhimpunan itu juga, beliau turut mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan akan diadakan Sabtu ini di Pulau Pinang selain merancang untuk mengadakannya di Ipoh, Perak, Jumaat ini. - MySuara

9 comments:

Johan said...

Mana mungkin pengundi hantu dari Bangladesh yang baru sampai mengundi... walaupun diberi IC palsu. Orang Bangla tidak mampu bercakap bahasa Melayu dan penggunaan Bahasa Inggerisnya pun boleh dikesan yang dirinya adalah pendatang. Andai kata mereka ini datang untuk mengundi adakah nama mereka telah terdaftar... adakah SPR mampu melakukannya dan wajib diingat tidak semua pegawai SPR itu menyokong kerajaan dan sudah pasti mereka inilah yang akan membocorkannya dan membuat aduan polis serta menyebarkannya dengan berani kerana negara ini tidaklah sekejam negara yang akan diambil alih. Saya kira Anwar sudah kemaruk dan sewel manakala pengikutnya hanyalah berminat untuk menjahanamkan negara ini... bak kata perpatah bencikan nyamuk terbakar kelambu... oleh itu SAYA AMAT BERSETUJU AKAN kenyataan di atas yang jelas memperlihatksn kecelaruan dan maaf saya katakan kebodohan ANWAR.... psss... Anwar ni sedar tak dia di KETAWAKAN oleh rakan-rakannya dalam DAP dan PAS malah PKR pun... tanya Mak Lampir...

Mei Ling said...

Haiya.... itu mat Bangla bila mahu masuk dalam bilik mengundi pucat bila lihat ada polis oi... Dalam bilik pula ada EJEN jamesbond lagi lol... ini ejen ma akan melingkupkan si Bangla lol... Hey apek... itu pintu kasi tutup lol..PANAS......

Alifapis Wahab said...
This comment has been removed by the author.
Alifapis Wahab said...

Cuba kasi terang Dan jelas kt mana pengundi hantu di kesan kt mana black out,itu yg rakyat mcm aku ni nk tau,ape maksud menuntut putrajaya untuk rakyat tu

Anonymous said...

DR MASLAN DAH CABAR NUAR CUBUR KUASA TIGA TU KIRA BALIK UNDI DI PERMATANG PAUH...

KALU BERANI LAH..TANG BAB MENGAPI2 kan rakyat serah kat nuar jubo..tang nak menyatupadukan rakyat..saoa nk bertgjwb???

Anonymous said...

Wujudkan blk ISA!!!!! Bg masuk ja si pengkhianat negara ni!! Cina dh mula kurang ajaq di Penang. Saya penduduk tetap di Penang dh mula jd benci dgn kelaku cina di Penang. Harap Dato najib jgn bg muka kt musibat ni. Ambik tindakan segera!!!!!

Anonymous said...

Aku rasa aljuburi cuba meniup kembali sejarah 13mei dgn mengadakan protes2 mengheret rakyat yg bangang dlm mencapai matlamat peribadi beliau meroyan nak mnjadi PM. hari tersebut makin hampir...aku agak2...Slepas Kelana Jaya nak wat di Penang..lepas tu...Harap pihak Polis akan dpt menghidu pergerkan iljuburi ni dan macai2 yg totok.

Anonymous said...

Pakatan memang tak pandai dalam metamatik. 25000 + 15000 = 40000.

138(BN) dan 30(PKR) jawapannya 30 adalah lebih besar.

Jom kita ramai ramai buat himpunan suruh Anwar Ibrahim undu

Anonymous said...

Si desperado yg meroyan tak dapat dapat jadi PERDANA MENTERI nih ingat semua government servant, personnel kat SPR or even kat JPM tuh pangkah BN?? Jgn le buat2 innocent tentang bab ini Anwar oiii.. u urself pun tahu banyak jugak yg keje dgn gomen tapi penyokong PKR/PAS waima DAP, so kalau betui le mmg ada pengundi antu ke mamat Bangla or even simata sepet dari Tanah besar tuh xkan dornag sengap aje!!

Anwar meroyan tantrum, macamlah Malaysia nih mak bapak dia yang punya..chitttt..giler kuasa betui....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.