Saturday, May 11, 2013


Tiba-tiba pemimpin pakatan pembangkang dan para penyokong mereka pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) begitu mengambil berat tentang apa yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Sedangkan, tanpa berselindung umum telah mengetahui selama ini, pakatan pembangkang memboikot, menghentam, mencaci, memaki, memberi nama-nama panggilan menghina dan terus-menerus memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.

Natijah daripada taktik mereka itu selama ini ada dua. Pertama, semata-mata supaya rakyat terpengaruh dengan dakyah jijik mereka untuk tidak mempercayai Utusan Malaysia walaupun berita dilaporkan benar dan betul.

Kedua, mereka mahu paksa Utusan Malaysia menutup mulut, mendiamkan diri dan ketakutan untuk mengkritik serta membongkar segala penipuan mereka.

Taktik dan agenda mereka sejak sekian lama itu tidak ubah seperti apa berlaku di sebuah negara jiran. Akhbar-akhbar disaman ratusan juta dolar, sehingga akhirnya semua akhbar dan media di negara itu diam seribu bahasa, tiada lagi kebebasan bersuara.

Selasa lalu, dengan tajuk Utusan Malaysia, Apa lagi Cina mahu? sebagai mengupas tsunami undi Cina yang memihak kepada DAP dalam PRU-13, pemimpin cauvinis pembangkang nampaknya seperti cacing kepanasan.

Semudah mereka menabur fitnah kepada kerajaan selama ini, semudah mereka mencerca serta melabel itu dan ini kepada Utusan Malaysia dan media arus perdana lain, maka semudah itu juga lidah tak bertulang mereka menuduh Utusan Malaysia rasis.

Renungkan sejenak. Akhbar Utusan Malaysia yang selama ini kononnya tidak boleh dipercayai oleh mereka, tiba-tiba mereka sendiri kembali mempercayainya. Rupa-rupanya Utusan Malaysia sangat mengesankan buat mereka!

Mereka menguar-uarkan kepada penyokong dengan pelbagai kenyataan menghentam Utusan Malaysia. Respons mereka itu sangat pelik dan menghairankan. Mereka memberi reaksi pantas terhadap akhbar yang dilabel macam-macam terutama yang ‘tidak dipercayai’ itu.

Reaksi terbaru pembangkang kepada Utusan Malaysia itu mengingatkan penulis kepada kata-kata seorang pemimpin tinggi kerajaan ketika ditemui di Putrajaya beberapa bulan lalu. Kata beliau:

“... percayalah, realitinya, mereka (pembangkang) hentam Utusan Malaysia, boikot Utusan Malaysia, saman Utusan Malaysia hanya kerana satu sebab. Sebabnya Utusan Malaysia sangat berpengaruh di seluruh negara terutama dalam kalangan orang Melayu. Ya, sangat berpengaruh.

“Disebabkan pengaruh besar dan kuat Utusan Malaysia itulah, mereka sangat takut kepada Utusan Malaysia, mereka buat macam-macam supaya Utusan Malaysia tutup mulut, akhirnya nanti dapat menamatkan ketakutan mereka.

“Secara psikologinya, mana mungkin mereka buat macam-macam kalau Utusan Malaysia tak berpengaruh. Banyak akhbar yang hentam pembangkang terang-terang tapi mereka tak ambil kisah. Sebab apa? Sebab pengaruh akhbar-akhbar tersebut tak sekuat dan sehebat Utusan Malaysia, jadi mereka tak takut akhbar lain.

“Perjuangan Utusan Malaysia sejak 1939 di landasan yang betul dan benar. Teruskan berjuang untuk bangsa, agama dan negara."

Berbalik kepada isu pokok, laporan muka depan Utusan Malaysia jelas disensasi, dimanipulasi secara tidak beretika serta dibaca secara salah oleh media bukan Melayu dan pemimpin cauvinis pembangkang.

Kenapa penulis kata begitu? Pertama, tajuk Apa lagi Cina mahu? itu sendiri satu soalan atau pertanyaan. Ia langsung tidak berunsur atau tidak melambangkan rasis, kecuali tajuk itu ditambah “... daripada orang Melayu?" di hujungnya.

Bukan media Cina atau pemimpin pembangkang tidak faham apa itu rasis. Mereka juga sedar tajuk itu secara akademiknya tidak melambangkan unsur rasis.

Kecualilah kalau memang mana-mana individu terutama para cauvinis tersebut sudah mematikan pintu hati, akal dan fikirannya sejak dulu untuk mengatakan rasis kepada apa sahaja pandangan jika ia datang daripada pihak yang tidak sealiran mereka.

Melabel orang itu dan ini atau pihak itu dan ini rasis sangat mudah. Takkan menyebut atau menulis perkataan Cina atau huruf C.I.N.A itu pun dianggap rasis? Kalau begitu banyak borang, dokumen, risalah dan bahan bertulis yang perlu dibuang atau dipadam kerana rasis. Nama sekolah Cina pun perlu ditukar kerana tulisan itu rasis.

Untuk merasionalkan pandangan songsang pembangkang, di media-media sosial, mereka sengaja tampilkan pendapat ahli akademik yang sealiran mereka untuk menyokong fahaman bahawa Utusan Malaysia rasis. Sudah tentu pendapat mereka bias, memihak kepada pembangkang.

Hakikatnya, Utusan Malaysia dalam berita penuh berkaitan di muka 6 (8 Mei lalu), jelas dan terang ia mempersoal tindakan pihak pembangkang terutama para cauvinis itu yang enggan menerima kekalahan dalam PRU-13 sebaliknya merancang malah telah pun memulakan gerakan memprotes keputusan pilihan raya umum itu.

Laporan itu secara adil mengakui, bahawa undi Cina sudah diberi kepada DAP yang memenangi 38 kerusi dalam PRU-13, jadi apa lagi orang Cina mahu sehingga merancang protes termasuk silent walk untuk membangkitkan rasa tidak senang rakyat.

Malahan, dalam laman Facebook dan Twitter pelbagai kenyataan provokasi dilakukan berhubung protes terhadap keputusan PRU-13. Laporan berita itu juga menyatakan bahawa tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan. Jadi, tidakkah berita itu bersifat adil dalam persoalan yang diutarakan?

Selain itu, selain Utusan Malaysia, Barisan Nasional (BN) juga memang wajar membangkitkan tsunami undi Cina kepada DAP. Ini kerana, setelah pelbagai usaha dilakukan BN untuk memenangi hati orang Cina di Malaysia dengan pelbagai keistimewaan dan projek-projek, akhirnya mereka tidak hargai langsung jasa dan budi BN itu.

Jadi, BN memang berhak malah selayaknya mempersoalkan orang Cina. Ini bukan soal rasis atau tidak rasis. Tetapi ini soal hala tuju dan kelangsungan perjuangan politik BN selepas ini.

Kalau memang orang Cina tidak mahu mengundi BN, apa justifikasi bagi BN sebagai sebuah parti politik untuk terus membela orang Cina secara habis-habisan berbanding kaum lain yang menyokong parti itu?

Pasca PRU-13 ini, BN ternyata tidak mendapat undi Cina, ia beralih sebahagian besarnya kepada DAP. Oleh itu, secara hakikinya, BN berhak mengatakan bahawa sepanjang penggal ini, biarlah DAP yang meneruskan perjuangan membela orang Cina kerana kaum itu terang-terang menolak BN.

Adakah salah untuk BN berkata begitu? Penulis fikir tidak salah untuk Utusan Malaysia mahupun BN berkata begitu, kerana hakikatnya orang Cina telah menolak BN, itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Manifesto atau aku janji BN yang dilancarkan sebelum PRU-13 mempunyai prasyarat iaitu kalau BN diundi dan diberi mandat. Nampaknya, orang Cina tidak memberi undi dan tidak memberi mandat kepada BN, jadi apakah risikonya? Sama-sama kita jawab sendiri.

Seperti mana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini, sesiapa yang dikenal pasti tidak mengundi atau menyokong pakatan pembangkang, telah dipinggirkan daripada bantuan atau projek-projek kerajaan negeri. Mereka yang memulakan politik balas dendam.

Bagaimanapun, sebagai parti yang sangat matang, berpengalaman dan penuh pertimbangan kewajaran, BN sudah pasti tidak melatah atau emosional untuk melupakan kaum lain selain Melayu yang memberi sokongan padu kepadanya dalam PRU-13. Sejarah membuktikan, BN tidak pernah mengamalkan politik dendam.

Kesimpulannya, dalam membincangkan secara mikro dan intrinsik, atau makro dan ekstrinsik yakni sedalam-dalamnya punca-punca kemerosotan undi kepada BN, sama ada oleh Utusan Malaysia mahupun BN sendiri, sudah pasti ia menemukan faktor penolakan orang Cina. Jadi, akan timbul soalan kenapa BN ditolak? Adakah soalan itu rasis?

Bebaskanlah pemikiran sempit yang melihat setiap perkara sebagai rasis, jangan terlalu terikut-ikut cauvinis kaum tertentu yang nyata rasis dan mudah tersentak lalu mengatakan orang lain rasis. Utusan Malaysia punya hak, BN juga selayaknya bersuara. - UM

12 comments:

Anonymous said...

HIDUP BN...

Anonymous said...

MALAYSIA SEDANG DIUJI ALLAH, JANGAN PUTUS ASA SAHABAT, TERUSKAN PERJUANGAN, TAHAP MEREKA SEKARANG ADALAH KAFIR HARBI, FIKIR-FIKIRKAN.

Anonymous said...

hidup,hidup..hidup,hidup..

Anonymous said...

LGE LKS berjaya satukan cina kerana satu bahasa dan satu bangsa. Nuar berjaya pecahkan melayu kerana gila kuasa. Pas (sejak 2008,2013) berjaya pecahkan melayu kerana fatwa haramkan umno, murtadkan org melayu tapi berbaik dgn nuar dan dap

Anonymous said...

Komentar yg amat tepat dan adil.

Anonymous said...

Sama-samalah kita jaga negara .

berasiam said...

Orang Melayu dan Bumiputera telah bangkit. Secara besar-besaran mereka menyokong BN pada PRU13. Hasilnya BN terus kukuh sebagai kerajaan. Lebih daripada itu, kerajaan yang terbentuk adalah majoriti Bumiputera.

Mandat yang diberikan bukanlah untuk disia-siakan. Janganlah dihampakan sokongan yang diberikan secara besar-besaran itu hingga BN boleh membentuk kerajaan yang kukuh. Dalam keadaan hati yang terluka, Melayu dan Bumiputera terus memberikan kepercayaan kepada BN untuk membela nasib mereka.

Selama empat tahun Najib menerajui kerajaan, beliau kelihatan lebih menumpukan usaha untuk menarik sokongan Cina. Melayu dan Bumiputera seolah-olah dipinggirkan. Najib seakan melutut, menunaikan apa sahaja tuntutan Cina. Melayu dan Bumiputera terluka kerana kepentingan mereka diabaikan, kerana Najib begitu mengalah kepada Cina.

Setelah empat tahun Najib melutut, mengemis sokongan Cina, ternyata Cina meminggirkan Najib keseorangan. Pada saat itulah, Melayu Bumiputera menyambut Najib dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Maka BN kekal di tampuk kuasa.

Cina telah menunjukkan belangnya. Tembelang Cinaa pecah bila keputusan PRU13 diumumkan. Najib yang melutut dan mengemis ditendang oleh mereka seperti sampah.

Untuk lima tahun mendatang, Melayu dan Bumiputera mahu melihat Cina melutut kepada kerajaan Bumiputera. Sebaliknya kerajaan Bumiputera ini hendaklah bertindak sebagai tuan. Monopoli ekonomi hendaklah dikongsikan sebelum kuasa politik boleh dikongsikan.

Kerajaan hendaklan merangka dan melaksanakan rancangan ekonomi kompehensif untuk memastikan monopoli Cina dalam ekonomi ditamatkan. Lebih mantap daripada DEB, itulah yang seharusnya kerajaan lakukan. Produk DEB dalam bentuk modal insan telahpun teresedia untuk meraih segala peluang yang terbuka. Kerajaan perlu membuka dan memberikan sokongan. Bukan mengharap subsidi semata-mata tetapi dalam keadaan ekonomi monopoli, perlu ada kuasa lain membantu untuk bergerak dan bersaing.

Bersediakah kerajaan melaksanakan agenda ekonomi negara sedemikian atau BN lebih bersedia menghadapi hakisan sokongan dalam PRU14?

Anonymous said...

History repeats itself

Gagak Emas said...

Setuju sangat pegundu akan diuruskan oleh wakil raayat yg dipilih muktamad tiada tolak ansur.Cuma pastikan pngundi yg menyokong pasti dapat kenal.Projek kawasan PR tangguh kan dahulu .

Anonymous said...

Bn kena mantap kan ekonomi orang melayu. Make sure second chance ini yang di beri oleh rakyat golongan middle class melayu dapat projec kerajaan. Jangan sangkut kat kerabat umno jer.

Jangan support ekonomi orang cina. .kita boikot dia orang.

Anonymous said...

BN(BANKRUP NEGARA)

Anonymous said...

anon 1.18
siapa bankrupt Negara, takda BN melayu tak sampai taraf ni, apa sumbangan PR pada melayu,..memecahkan melayu,.sedarlah kalau kau melayu,
siapa menteri kewangan yang nak bankrupkan Negara kalau bukan idola kamu si anwar penipu,sapa kawan soros, siapa dalang IMF, fikir apa kamu cakap, tak guna fitnah kalau tak da bukti.
Kawan kawan yang cintakan Malaysia, kita tibai musuh kerajaan yang sengket otak, bercakap tak da fakta ini..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.