Saturday, May 11, 2013



PRU13 telah berlalu. DAP (Democracy Action Party), parti berbilang kaum yang sebenarnya didominasi kaum Cina, telah mencapai kejayaan yang besar, kejayaan terbaik mereka dalam sejarah Malaysia. 51 buah kerusi parlimen ditandingi mereka, 38 buah daripada kerusi tersebut telah berjaya mereka menangi. Pulau Pinang kekal di bawah penguasaan DAP. Suatu pencapaian yang gemilang sebagai sebuah parti yang dikenali mewakili kaum Cina yang minoriti.

DAP adalah sebuah parti yang pragmatik dan progresif. Apabila Barisan Nasional cuba menakutkan rakyat dengan mendakwa DAP akan menguasai negara yang dihuni majoriti kaum Melayu ini, mereka telah memperlihatkan kepada rakyat Malaysia bahawa hanya 51 buah kerusi yang ditandingi mereka, maka tidak mungkin mereka akan menguasai negara ini, berbanding PKR 99, dan PAS 73.

Kepada yang tidak mahu berfikir lebih lanjut, itu adalah benar. Tidak mungkin DAP akan berkuasa dengan hanya 51 buah kerusi.

Kaum Melayu di dalam PAS telah terkeliru dan tertipu dengan permainan licik ini. Inilah yang dijadikan hujah yang zahirnya kelihatan rasional oleh pemimpin PAS untuk menjawab kepada kaum Melayu, yang dihasut dan diapi-apikan oleh UMNO, bahawa DAP tidak akan menguasai negara ini.

DAP telah mengukur baju di badan mereka sendiri dengan saiz yang tepat. Untuk apa bertanding di kawasan yang belum pasti dimenangi, malah bertanding di banyak buah kerusi hanya akan menimbulkan kecurigaan dan syak-wasangka kepada DAP oleh kaum Melayu. Bertanding di kerusi parlimen yang sedikit ini memberi gambaran kepada kaum Melayu bahawa DAP tidak akan berjaya menguasai Malaysia, walaupun mereka menang kesemua kerusi ditandingi mereka.

Hakikat di sebaliknya, berkerjasama dengan PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP telah melakukan percaturan yang terbaik untuk masa depan dan politik kaum Cina.

Tanpa sokongan undi orang-orang Melayu, DAP tidak mungkin memenangi banyak kerusi seperti PRU-PRU sebelum ini. Tidak dapat tidak, kerjasama dengan PAS dan PKR mestilah diteruskan oleh mereka.

PKR adalah parti sekular seperti UMNO atau DAP sendiri. Masalah utama DAP adalah PAS, malah PAS adalah musuh sebenar mereka jika dilihat dari sudut dasar-dasar parti. PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan dasar-dasar agama Islam yang bertentangan dengan sekular, iaitu memisahkan urusan agama daripada kerajaan.

Bagaimanakah DAP mengatasi situasi yang kompleks ini?

Dengan membangkitkan isu-isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan wang rakyat, pembaziran, kerakusan pemimpin Barisan Nasional mengumpul harta, DAP menjadikan isu-isu ini sebagai titik persamaan perjuangan mereka bersama PKR dan PAS. DAP dengan bijak sekali berjaya menyisihkan perbezaan dasar-dasar mereka dengan PAS, dengan membangkitkan isu-isu salahguna kuasa, penyelewengan dan rasuah pihak kerajaan Barisan Nasional.

DAP sebenarnya dipimpin oleh politikus-politikus yang realistik dan strategik. Mereka tidak mengangankan sesuatu yang tidak mungkin akan dicapai mereka, misalnya menjadi Perdana Menteri, atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia, setidak-tidaknya dalam masa terdekat ini. Mereka pragmatik, pratikal dan rasional. Tidak seperti pemimpin-pemimpin PAS yang tidak menyedari realiti sebenar, yang hanya sibuk mengejar dan mengutamakan jalan ke Putrajaya.

Walaupun dasar-dasar sekular DAP bertentangan dengan dasar-dasar PAS, ajaibnya DAP telah tetap bersama dengan PAS, dengan PKR menjadi jambatan penyambungnya. Selama ini DAP telah berusaha habis-habisan untuk menyakinkan tindakan mereka bersama PAS kepada orang-orang Cina. Tidak mungkin mereka berpatah balik. Malah pemimpin-pemimpin PASlah yang selalu menolong membersihkan imej rasis DAP dalam kalangan masyarakat Melayu apabila dibangkitkan pemimpin-pemimpin UMNO.

Sekali lagi harus diketahui, DAP menyedari situasi parti mereka. Mereka tahu mengukur baju di badan mereka sendiri.

Sebaliknya jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah Malaysia selepas PRU13, ia sebenarnya malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat, terutamanya DAP. Kenapa? 

Kepada PAS, mereka mungkin tidak berfikir perkara-perkara ini. Ulama-ulama PAS jauh sekali untuk memikirkan perkara-perkara ini. Mereka lebih banyak bersangka baik bahawa DAP telah bertoleransi menerima hukum hudud dan sebagainya yang diperjuangkan PAS. 

Kemungkinan akan berlaku perbalahan dan perpecahan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 adalah hampir pasti. Perkara ini memang disedari oleh pemimpin-pemimpin DAP. Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu PAS menang besar, sesuatu yang PAS sendiri tidak sedari. Selepas peristiwa 13 Mei, memang tidak ada lagi unsur-unsur politik perkauman secara jelas dalam politik Malaysia. Perkara ini berjaya dielakkan kerana, apabila UMNO mengkritik DAP yang kononnya rasis, PAS akan membelanya, dan sebaliknya apabila PAS mengkritik MCA yang rasis, UMNO yang akan muncul membelanya. DAP berjaya menjadikan Melayu sesama Melayu bergaduh mempertahan kaum Cina tanpa disedari.

Maka, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah, tidak dapat tidak, Pakatan Rakyat akan terbubar secara automatik kerana dasar-dasar parti yang berbeza ini, malah kesepakatan mereka hanyalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Mereka tidak pernah membincangkan bagaimana negara ini akan diperintah, kecuali mereka hanya berpakat merancang bagaimana untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Kabinet bayangan kerajaan Pakatan Rakyat pula tidak pernah mereka wujudkan, hanya jawatan Perdana Menteri yang telah mereka setujui bersama, iaitu Anwar Ibrahim.

Kekacauan akan berlaku, lebih-lebih lagi jika saki-baki UMNO yang kalah akan menghasut rakyat bangkit mempersoalkan kenapa PAS tidak melaksanakan hukum hudud seperti yang diperjuangkan mereka selama ini. Jika ini terjadi, huru-hara dan kacau-bilau perkauman akan berlaku, dan ketika itu kaum Melayu akan sedar dan akan bersatu menentang kaum Cina di bawah DAP.

Itulah ketakutan utama DAP.

Kaum Cina adalah kaum yang mesra perniagaan, malah korporat-korporat kaum Cinalah yang banyak menyumbang dana kewangan kepada DAP, dan dalam fikiran mereka, PAS adalah sebuah parti agama yang ekstrem, yang akan menyusahkan perniagaan mereka, terutamanya dalam perniagaan arak, judi, premis hiburan, dan sebagainya, yang dimonopoli kaum Cina.
Kepada DAP, hasrat terbesar mereka sebenarnya, mereka hanyalah mahu menyatukan orang-orang Cina, untuk menguatkan suara mereka dalam negara ini di bawah DAP. Menakluki Putrajaya tidaklah penting kepada mereka, setidak-tidaknya dalam masa terdekat ini. Ia bukanlah sasaran utama mereka. Cukuplah sasaran untuk mereka kaum Cina bersatu. Jika mereka bersatu, tidak dapat tidak, mereka adalah bata-bata terakhir untuk membentuk sesebuah kerajaan.

Tanpa mereka, kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan terbentuk jika mereka menang PRU13. Ini berbeza dengan UMNO, jika UMNO menang tanpa MCA atau MIC, mereka masih boleh membentuk kerajaan dengan sokongan kuat kerusi parti-parti bumiputera di Sabah dan Sarawak yang masih bersama Barisan Nasional.

Yang pastinya, apabila kaum Cina bersatu-padu di bawah DAP, mereka akan kuat, dan parti mana pun yang bakal membentuk kerajaan, hampir pasti akan tunduk kepada mereka.

Apabila PRU semakin dekat, DAP telah berjaya menghantar suatu mesej tersirat kepada kaum Cina agar jangan mengundi PAS di kawasan PAS bertembung dengan UMNO. Ia berlaku ketika isu hukum hudud ditimbulkan kembali dalam masa minggu-minggu terakhir berhadapan PRU13, dan pemimpin-pemimpin DAP yang bijak, dengan tegasnya menentang hukum hudud ini, malah ada sesetengah pemimpin-pemimpin DAP secara terbuka dan berani menggesa kaum Cina menolak PAS.

Pemimpin-pemimpin PAS yang kurang memahami strategi ini hanya mampu mengugut dengan angkuh bahawa DAP memerlukan undi kaum Melayu yang bersama PAS. Jelasnya, mereka tidak menyedari strategi dan permainan DAP ini. Mereka hanya menganggap itu hanya suara pinggiran pemimpin DAP, walhal itu mewakili suara sebenar DAP.

Hakikatnya, penentangan dan ketegasan DAP yang padu ini telah menyakinkan kaum Cina supaya terus menyokong DAP kerana Pakatan Rakyat jelas tidak akan tunduk kepada dasar-dasar PAS jika mereka membentuk kerajaan baru, malah mereka ini telah menolak PAS dalam PRU13.

Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin DAP ini terserlah. Walaupun tahu tindakan ini memberi risiko besar kepada kemungkinan kaum Melayu tidak akan memberi undi kepada DAP, mereka tahu kebencian kaum Melayu kepada UMNO akan membuatkan Melayu-Melayu, yang tidak sedar sedang diperkuda DAP ini, akan tetap memberi undi kepada DAP jika DAP bertembung dengan MCA (DAP hampir tidak bertembung dengan UMNO dalam satu-satu kawasan PRU, kecuali Gelang Patah dan Wangsa Maju).

Hakikat sebaliknya, di kawasan-kawasan UMNO bertembung PAS, kaum Cina telah menolak PAS dan memilih UMNO. Itulah yang telah terjadi dalam PRU13.

Dalam situasi sekarang, DAP sedang menikmati keadaan yang selesa, berjaya menyatukan kaum Cina di bawah mereka, dan sama sekali menggagalkan usaha PAS menggantikan UMNO sebagai parti tonggak dalam kalangan masyarakat Melayu.

Sama ada selepas ini DAP akan menyertai kerajaan Barisan Nasional ataupun tidak, mereka telah bangkit menjadi kuasa yang besar dalam politik Malaysia. Walaupun mungkin tidak ada suara mewakili kaum Cina dalam kerajaan Barisan Nasional selepas ini, mereka tahu kerajaan tidak akan memperkecilkan atau menindas kaum Cina, malah kerajaan pasti akan peka dan sensitif akan kepentingan-kepentingan kaum Cina untuk memenangi kembali hati kaum Cina dalam PRU yang akan datang.

Itulah situasi politik yang tidak difahami kaum Melayu, terutamanya pemimpin-pemimpin PAS yang hanya banyak berangan-angan ke Putrajaya. Mereka benar-benar percaya DAP berhasrat ke Putrajaya, dan tidak sedar diri mereka sedang diperkuda oleh DAP. - MySuara

20 comments:

amnitpg said...

Pengalaman pada 5hb cukup memberansangkan minda kami terhadap tingkah laku dan kehendak dap selama ini. Tujuan bergabung dengan pas tanpa disedari jarum halus yang dicucukkan jelas membuatkan pemimpin tertinggi pas tertipu dengan daya helah dap selam ini yang konon nya memperjuangkan CAT.

Sebaliknya dipeti undi saluran tertentu sewaktu dipamirkan mendapati ada undi rosak lebih dri 100 yang tidak sepatutnya berlaku dan bila diselidiki mereka kaum cina tidak membuang undi kepada calun pakatana mereka yang diwaliki oleh pas sedangkan di dun lain yang diwakili dap undi melayu meningkat mendadak sekali. Jurang ini jelas menunjukkan dapa hany mempergunakan pas sebagai batu lonctan untuk memegang tampuk kuasa tetapi Allah yang besar dan masih melindungi pejuangan bn tanpa mengiran kaum dan puak apabila secara kesluruhan BN masih berjaya memerintah Malaysia.

Persoalan nya apa akan berlaku jika mereka (dap) berjaya memerintah dan lihat sahaja contoh ketara atas barisan ewxco kerajaan pimpinan dapa di pulau pinang. Tidak ada 1 pun potfolio yang diberikan kepada adun pas

Kepada Melayu sedar lah , kepada kaum pas sedar dan ambil iktibar mengenai nasib Islam dan Melayu masa hadapan jika dap yang memerintah. Cukuplah perbalahan yang timbul antara umno dan pas yang tidak berkesudahan . Kaum pas harus bermuhasabah diri cakap siapa dan fatwa siapa perlu lebih perlu dipercayai diantara seorang ulama berpaksi parti politik atau 100 lebih ulamak yang mengeluarkan fatwa.

Anonymous said...

cina ni takut satu aje. kerajaan kuatkuasakan bahagian penguatkuasa seperti kpdnkk, imgresen, kastam, jpj, environment, LHDN. setiap raid hantar dengan orang macc. sebab penguatkuasa di negeri banyak diaorang dah bela lepas tu dia bising kata rasuah. kerajaan BN kuasa kan supaya tiada rasuah dari peniaga2 cina ni.

paktam said...

Melayu khususnya dan UMNO amnya berhadapan dengan kuasa dunia di persekitaran politik Malaysia. DAP adalah hanya satu jambatan untuk menggunakan kaum cina. Kristian avengrlis adalah alat di gunakan kuasa dunia untuk merosakk islam. Anwar pencetus Kristian arrival di Malaysia (lihat blog AIDC). Yang hadir di perhimpunan ramainya anak muda yang tidak faham keadaan sebenarnya.

Anonymous said...


Ingat apa babi cina kata kat Melayu :
'kasi melayu jadi hamba,
kita cina komunis dan DAP
mahu lihat melayu jadi kasut kita.
kita kasi ini negara komunis perintah"
-- feb1970 -- Chin Peng

Anonymous said...

Kalau kata Bangla undi BN, Xda fakta kamasukan pun kat imigresen. Tapi ada fakta 50000 pelancung /pelacur cina yang masuk malaysia x dapat dikesan oleh imigresen.
APAKAH INI BUKAN PENGUNDI HANTU DAPigs ? Silalah jawab Bang Nuar ooi..

Anonymous said...

Lagi yang org tak sedari. Cina pandai, Dia naikkan harga barang lepas tu kata kerajaan punya pasal. Ekonomi diorang yg pegang banyak cakap lagi.

Anonymous said...

Perkara paling penting kini untuk menyatupadukan orang melayu ialah perlu ada usaha di peringkat umno ataupun ngo islam untuk2 mendekati tokoh pas dan ustaz2 pas. Ini kerana penyokong pas sangat taksub dgn apa2 yg kluar dr mulut mereka. Penyokong pas tak mebaca blog pro krjn dan surat khabar arus perdana..

belang said...

DAP tahu PR tidak akan mampu menawan kesemua kerusi. Merka awal menjangkakan kemenangan tipis PR dlm PRU13. Dlm perkiraan mereka DAP menjangkakan kerusi dimenangi seperti yang diwar-warkan oleh Kit Siang adalah seperti berikut:
1. PKR tanding 99 kerusi - menang 35
2. PAS tanding 73 kerusi - menang 32
3. DAP tanding 51 kerusi - menang 51
Jumlah dimenangi PR adalah 118 kerusi dan kerusi bkn melayu adalah sekitar 60-75 kerusi. Jika sekalipun angka2 ini diberikan kpd puak2 pas, jawapan simplistik adalah kerana itu kita perlu melayu bersatu dibwh pas. Simplistik adalah perkataan sopan, bodoh adalh lebih tepat kerana bodoh memikirkan semua org melayu mampu menerima puak2 pas sebagai pemimpin. Bodoh kerana selama ini mereka hidup selesa dibwh polisi2 BN dan tanpa sedar atau tidak mahu menukar polisi yg lebih terbuka yg sudah tentu mengurangkan kekuatan org islam dalm Malaysia amnya.

Anonymous said...

PR menang 89 kerusi pas- 21 pkr -38 dari 38-kerusi hanya 14 sahaja melayu/islam .. fikirkan bangsa yang dominan dalam pr ..ini bukan rasis tapi kenyataan..

Anonymous said...

senang je jawapan dia, DAP n the gang mau monopoly oil n gas. Industri yang diorang belum dapat masuk lagi. Tu yg dia hasut mcm2.
Kit siang gi johor untuk apa? sana ada jumpa minyak baru n iskandar m'sia. singapore interest diorang kene cover. Air lagi utk industri s'pore.
macam2 ada mau sapu.

Anonymous said...

secara tersembunyi dap pun tak percaya pada pas...bayangkan pas sanggup berhimpun satu stadium untuk mendoakan kehancuran umno/bn...siapa orang umno kalu bukan orang islam...doa adalah suatu spiritual atau pun suci dlm islam...bayangkan sesama islam pun pemimpin mereka yg dianggap sangat tahu dlm islam sanggup mendoakan sesama penganut untuk dihancurkan semata2 mengejar kuasa politik...disamping tak percaya pada pas dap ketawakan pas kerana yg untung adalah dap sendiri...

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

D. Sabery chik kata Ramai staff yg kerja dgn petronas tidak menyokong BN. Ada tak sesiapa boleh buat analisis

Anonymous said...

Golongan intelektual pertengahan ramai yg tdk menyokong kjaan. Adakh sebb mreka kurang diberi perhatian oleh kjaan. Atau adakah gaji mereka tdk setimpal dgn kelayakn akademik mereka. Atau mereka merasakn mereka gol. Intelek n kjaan perlu menyembh mereka.
Pd pendpt saya mrk yg perlu memberi penergn kp anak2 muda isu sebenar yg berlaku. kebykn mhasiswa yg dipergunkn untuk melkukn demonstrasi jlnan yg mrugikn mereka.
Kadangkala sedih bila gol 2 ni mengglkn anak mrk sendiri ikut serta dlm demonstrasi ini. Mrk anggap ini adalh st JIHAD. Adakh mrk ini boleh disamakn dgn pemuda palestin di SEM. GAZA?
.

Anonymous said...

kemungkinan PAS dibayar olih DAP dan PKR untuk BERKEMPEN dan AKTIVITY2 lain.sebab itulah PAS sentiasa MENURUT PERINTAH DAP dan PKR.

Anonymous said...

Pemimpin pas dah kena sogok oleh dap sebab buat bodih jer. Ikut membabi buta apa dap dan anwar suruh. Tu lah melayu bodoh kata kit siang. Manusia biasa jer pemimpin2 pas tu.

Anonymous said...

Bukan staff sahaja bro..top level pun sama mereka ni tak sedar diri. Hidup mewah dgn gaji besar dan kickbacks yg lumayan.

Anonymous said...

On Anon 12.09 .... Minyak dalam tanah boleh habis bila-bila.

Anonymous said...

Bukan setakat minyak dalam tanah boleh habis bila-bila,matahari dilangit pun pasti akan terpadam.tetapi masih ada orang islam sanggup ditipu orang kafir.

Anonymous said...

ini semua nk membangkitkan isu perkauman shj..sama juga function MCA dlm barisan nasional..mereka menolak hudud sama seperti DAP..tp ketahui lah..yg bukan islam hnyalah menerima tempias hudud ini sedikit sahaja..hudud dilaksanakan keatas umat islam..bukn umat melayu..umno memperjuangkan hak melayu..dan bukan hak islam..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.