Tuesday, May 21, 2013

Betul ke rakyat yang berkeras mahu menggulingkan kerajaan menggunakan jalan raya seperti dalam kenyataan Rafizi atau sebaliknya???

Apa yang EP nampak..bukan rakyat tapi pemimpin pemimpin pakatan haram yang tidak dapat menerima kenyataan kekalahan mereka dan kemudiannya menghasut rakyat untuk turun bersama sama mereka ke jalan raya kononnya untuk menuntut keadilan..

Jika mereka tidak menganjurkan perhimpunan haram seperti yang dilakukan sekarang..EP rasa perkara ini tidak mungkin akan berlaku..Betul tak??

Jadi nasihat EP pada Rafizi dan pemimpin pemimpin pembangkang yang lain..sudah sudahlah menggunakan atau menjaja nama rakyat..

Malu la weii..diri sendiri yang kemaruk kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan..lepas tu jual nama rakyat kononnya nak keadilan..Bagaimana pula dengan kehendak rakyat yang mengundi BN dan menolak pakatan haram??


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan pandangannya yang tidak bersetuju dengan hasrat pihak tertentu mahu menggunakan jalan raya untuk menggulingkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, kerajaan tidak boleh menggunakan kekerasan sebaliknya perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan mengembalikan kepercayaan kepada rakyat.

“PR tidak terlibat (dengan cara ini), tapi secara peribadi saya kurang setuju untuk gulingkan kerajaan menggunakan jalan raya.

“Tapi kita faham, sebab apa ada rakyat yang berkeras mahu guna jalan raya kerana mereka tidak percaya dengan pilihan raya di negara kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, disarankan tidak menggunakan tindak balas kekerasan kerana ia hanya akan menambahkan kemelut yang melanda rakyat.

“Orang muda yang tidak percaya dengan pilihan raya akan percaya dengan jalan raya, mereka lakukan kerana tidak percaya dengan SPR. Mereka meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada SPR, tapi apabila dilihat SPR tidak mampu memberikan kerjasama untuk siasat secara bersih, mereka terpaksa memilih untuk ke jalan raya.

“Ini masanya kerajaan jalankan siasatan bersih untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Rakyat bukan berminat untuk guna kekerasan, tapi sudah hilang keyakinan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kumpulan aktivis termasuk mahasiswa yang dilaporkan menggesa orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Menurut peguam mewakilinya, Eric Paulsen memberitahu bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan menjejaskan Demokrasi Berparlimen yang merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan yang dikuatkuasa akhir tahun lalu.

9 comments:

Anonymous said...

Otak lembu badan manusia.nak tggu sampai jd lembu sepenuhnya ke br korang nak sedar yg mamat ni sbnrnya satu sen pun x blh pakai

Anonymous said...

Anak babi dap nie!!!!!

Anonymous said...

Si gay ni dah kemaruk kuasa.

Anonymous said...

Pandai sangat nak ajar kerajaan how to tackle demonstrasi jalanan. If not following the rules you have to pay the consequences la...follow the rules Pizi. I think kerajaan has learned from previous demonstation jalanan. Berlembut....janganlah lagi. Bantai dan penjarakan aja mereka ni....buat macam Singapore. Not the time to berlembut anymore.

Anonymous said...

Tak baik marah marah kepada Rafizi... bukankah cara dia cakap itu lembut macam baling kerikil kecil sembunyi tangan?

Anonymous said...

Rafizi..apa hak anda menafikan hak kami mengundi BN.

Saya Melayu Islam menegaskan di sini telah mengundi BN..tidak ada duit dan tidak ada paksaan.

Undi itu rahsia. Bagaimana anda tahu.majoriti telah mengundi pakatan. BN juga tidak tahu.
Kita hanya tau diwaktu pengundian.

JGN BERLAGAK BODOH. JGN JUGA BERLAGAK PANDAI.
DGR BAIK BAIK TELINGA ANDA SAYA KELUARGA SAYA SEMUANYA PENYOKONG UMNO BN.

ANDA TENTU ORG ISLAM beriman.

Anonymous said...

Rapussy ni kaki spin anak didik nuar berahi. Dia ingat org bodoh macam macai macai PR ke yg senang diperbodohkan. Bafia act apa cite dgn dia ni bila nak settled?

Anonymous said...

Not only anak babi but babi gila al doggie

Anonymous said...

Si buntal ni ibarat..Setan menyerupai Manusia. I hope someday this idiot gemuk gedempul ni, langsung tak ada tokoh politician, pekung dia terbongkar.. cant wait!!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.