Saturday, May 25, 2013


Sudah pasti menyaksikan perarakan sempena perasmian festival merupakan satu pengalaman yang menajkubkan buat pengunjung Festival Belia Putrajaya 2013 apabila buat  julung kalinya dipertontonkan sejak festival  belia ini dianjurkan pada tahun 2010.

Perarakan ini telah disertai oleh 20 buah kontinjen dari seluruh negara dan terbahagi kepada dua kumpulan..Kumpulan pertama terdiri daripada peserta Pavillion Negeri, Kumpulan dari Pink Village, Persatuan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada kumpulan motosikal berkuasa tinggi, scrambler, kereta-kereta klasik, 4x4, vintaj dan amfibia serta beca berhias.

Perarakan yang bermula dari bangunan Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan berakhir di hadapan bangunan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini telah berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung yang hadir ke Festival tersebut. Apabila ditanya, hampir kesemuanya memberikan komen yang positif dan teruja dengan persembahan dari perarakan tersebut.

Persembahan bunga api kepada pengunjung sebelum perarakan dimulakan..


Perarakan sempena Festival Belia Putrajaya 2013  dimulakan dengan persembahan oleh pancaragam Angkatan Tentera Diraja Malaysia sebelum perarakan pejalan kaki dimulakan dengan pasukan Pengakap Malaysia diikuti ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah..



Peserta Pavillion Negeri mengadakan persembahan dihadapan pentas utama..




Diikuti dengan perarakan kereta dan motor...






Perarakan diserikan dengan kehadiran Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Khairy serta isteri, Nouri Tun Abdullah bersama-sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan untuk menyaksikan perarakan berkenaan.


1 comments:

Anonymous said...

Islamik...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.