Tuesday, May 21, 2013


Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh. Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya. -MySuara

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....ini contoh pemimpin islam yang kita mahukan. Walaupun anak Tok Guru namun nada dan gaya kepimpinan beliau bergitu berlainan sekali. Seharusnya pemimpin bergini yang kita mahukan. Biar dari mana sekalipun asal orang islam dan melayu. Insyallah jika kita menbawa jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT kejayaan pasti akan datang.

Blues said...

Mainan politik je tu. kalau betul, isytihar la ahli pas jgn melibatkan diri. Isytihar la pas tak akan join bershit.
Ini setakat nak 'savekan' Kelantan yg dia dah menang.

Anonymous said...

Jgn hanya berkata...tapi terus bersekongkol terus bersekutu berkeliling di jlnraya..bukankah mat sabu org anda.....

PESTA RAKYAT...namapun dah melekat identiti Melayu...nah suruh org.Melayu ditunggang lagi china dibelakang..hulur duit buat acara..Melayu melalak. Dah byk istilah memanas Melayu

Melayu Islam Bangkit..
Ubah...
Pesta Rakyat

Semua memanas Melayu..suruh melayu berlaga. Cina ulur duit... Ubah strategi melayu laga melayu...

Anonymous said...

Masih terlalu awal utk kita mengadili Nik Abduh ni. Kita perlu lihat keseluruhan tindakan, cara dan fikirannya sekurang-kurangnya dlm tempoh 3 tahun. Kalau nak lihat hasilnya buah bukan dari putiknya tetapi tunggulah sehingga menjadi pokok yg matang. Lebih baik berdiam diri dari berkata-kata dan juga lebih baik kita tunggu dan lihat saja dulu sebelum buat kesimpulan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.